21 Disember 2009

"Tidak tutup aurat, kompaun RM500!"

KOTA BHARU - Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.

Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).

Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.

"Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini," katanya.

Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.

-Kosmo-

The Most Important Interview

Temuduga Sebagai : Calon Jenazah

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

29 November 2009

Apa Dah Jadi?

Kejadian yang berlaku pada Hari Raya 'IdulAdha ke-2...

Tayar terjerlus...

Tenggelam separuh tayar...

Dua2 tenggelam separuh...

Cubaan pertama menggunakan lori...

Masih mencuba...tetapi tak berjaya...

Final Attempt...

Finally...Alhamdulillah...

03 November 2009

Lambaian Kaabah 1430H

Hari ini,15 Zulqaedah@3 November,merupakan hari yang agak istimewa.Kedua-dua ibu bapa penulis akan berangkat ke Makkah untuk menunaikan fardhu haji buat kali kedua sepanjang umur hidup mereka.Kali pertama adalah pada tahun 2000.

Sememangnya pemergian mereka pada kali ini amat berbeza berbanding 9 tahun dulu.Berbeza suasana dan usia.

Dulu kami adik-beradik ditinggalkan seramai 10 orang dengan yang bongsu ketika itu baru berusia 5 bulan.Tetapi kali ini kami dah 12 orang.Dulu kebanyakan kami masih di bangku sekolah dan dijaga oleh ibu saudara.Kini kami di bangku universiti perlu menjaga dan mengurus sendiri kehidupan sehari-hari kami.

Di Pantai Kemasek

Walau bagaimanapun ,penulis dan adik-adik doakan buat mak dan abah selamat dan sentiasa sihat dalam menunaikan ibadah haji,dijauhkan segala musibah dan penyakit,dapat beribadah dengan penuh khusyu' dan tawadhu',dijauhkan segala penyakit hati.

Berdasarkan pengalaman penulis ke Makkah sebelum ini,memang tidak dapat dinafikan Makkah yang menempatkan Baitullahilharam membawa ketenangan yang mengasyikkan.Jiwa setiap insan hanya terarah untuk mengabdikan diri terhadap RabbulJaleel.Maka,diharapkan mak dan abah kami serta umat Islam yang lain mampu mengeksploitasi suasana ini sepenuhnya.Didiklah hati,tumpukan jiwa hanya pada Allah.Buangkanlah segala keegoaan diri.Tingkatkanlah amal ibadah dengan sepenuhnya.Jauhkan segala kekusutan dunia.Bulatkan hati hanya kepada Allah.

Tempat seribu ketenangan dan pengabdian

Doakan kami juga semoga suatu hari nanti dapat menunaikan fardhu haji.Doakan kami dan umat Islam agar sentiasa menjadi insan yang taat kepada Allah dan RasulNya,taat kepada kedua ibu bapa kami,sentiasa di dalam redha Allah.Paling penting doakan kami dapat mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.

Sampaikan salam kami buat kekasih umat Islam,penghulu sekalian nabi dan rasul,sebaik-baik makhluk dan kekasih Allah Sayyidina Muhammad S.A.W.Juga buat keluarga dan sahabat-sahabat baginda di Baqi'.

Rindukan Rasulullah...

Akhir kalam,semoga dikurniakan Allah haji yang mabrur.Haji yang diterima dan diredhaiNya.Dapat mengubah jiwa dan peribadi kepada yang lebih baik.Menjadi insan yang sentiasa dan terus larut dan khusyu' dalam ibadah kepada-Nya.

حج مبرور وسعي مشكور وذنب مغفور

02 November 2009

Class Of Sec.2 LE0520,CELPAD






Purdah@Niqob...

Cambridge Benar Graduan Berpurdah

LONDON - Menara gading berprestij di dunia, Universiti Cambridge kelmarin mengumumkan untuk membenarkan para penuntut wanita beragama Islam memakai purdah pada majlis konvokesyen.

Keputusan drastik melanggar peraturan sedia ada itu dibuat selepas pegawai-pegawai universiti tersebut mengadu ramai pelajar berpakaian kasual ketika upacara tahunan itu.

Mengikut tradisi universiti itu yang ditubuhkan pada tahun 1209 oleh sekumpulan lepasan Univeristi Oxford, graduan dikehendaki memakai sut berwarna gelap dan kemeja putih serta gaun labuh.

Pihak pentadbiran universiti memberi amaran, kod pakaian itu akan diperketatkan dan pelajar ingkar akan ditegah daripada menghadiri majlis konvokesyen itu.

Namun, pelajar lelaki Scotland sudah lama menentang peraturan pakaian itu sebaliknya gemar memakai kilt iaitu skirt paras lutut yang menjadi tradisi masyarakat Scotland.

Kelonggaran itu mendapat bantahan pelajar asing lain dan akhirnya pihak universiti dijangka membenar pemakaian sari dan kimono, masing-masing untuk penuntut India dan Jepun.

Kelmarin, pentadbiran Cambridge memperluaskan kebenaran itu termasuk purdah yang bukan sahaja ketika konvokesyen, malah semasa menghadiri kelas tutorial dan syarahan umum.

Penarikan larangan kod itu disambut baik ahli-ahli Persatuan Pelajar Islam Cambridge yang mempunyai 600 penuntut Islam dan pernah memohon kebenaran pemakaian purdah.

"Pakaian yang bercorak tuntutan keagamaan dan kebudayaan dibenarkan semasa majlis rasmi bahkan kami menghormati perkara itu," kata seorang jurucakap Cambridge . - Agensi

sumber : kosmo!

Ulasan : Penulis tertarik dengan artikel di atas berkaitan dengan keputusan@tindakan terbaru pihak Universiti Cambridge.Agak menarik kerana sikap pihak universiti di sebuah negara bukan Islam mampu bertoleransi dalam isu berkaitan fahaman agama para penuntutnya.Isu ini bukan baru.Semenjak beberapa tahun isu berkaitan hijab dan purdah@niqab berlegar di beberapa negara Eropah dan juga di negara Islam.Kalau kita imbas kembali terdapat kes-kes berkaitan dengan isu ini seperti larangan pemakaian hijab terhadap kanak-kanak Islam di Perancis satu ketika dahulu dan beberapa kes lagi di negara-negara Eropah yang lain.

Beberapa minggu lepas pula diberitakan isu larangan pemakaian purdah oleh Al-Imam al-Akbar SyeikulAzhar Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi yang menyebabkan keraguan di kalangan umat Islam sendiri. Untuk pencerahan,penulis cadangkan pembaca@pengunjung mengunjungi blog-blog atau laman-laman web yang menjelaskan kembali isu ini.Sebagai cadangan,sila ziarah ke blog Ustaz Hairul Nizam Mat Husain.(Sila tekan link di bawah)

Tidak lupa juga isu yang tidak ramai umat Islam di Malaysia yang tahu iaitu berkenaan larangan pemakaian purdah terhadap ustazah-ustazah siswi al-Azhar di mana-mana premis milik Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah,Mesir(KBMK) menyebabkan protes oleh siswa-siswi Malaysia di Mesir yang lebih arif hukum hakam mengenainya melebihi pegawai-pegawai KBMK sendiri.

Penulis amat berharap para wanita Islam di Malaysia cuba memahami hukum berkaitan pemakaian hijab dan purdah serta hukum menutup aurat.Kesedaran dan pemahaman mereka menurut pandangan penulis sememangnya amat cetek.Sekurang-kurangnya artikel seperti di atas dapat membuka mata dan menyedarkan mereka.Kempen-kempen seperti kempen menutup aurat di Kelantan seharusnya diperluaskan ke seluruh negara.

Wallahu a'lam.

Related link :

- PMRAM
- Blog Ustaz Hairul Nizam

29 Oktober 2009

ILMAM Selangor

IKATAN LEPASAN MAHASISWA MESIR (ILMAM)
NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SESI 2009/2010

PENGERUSI
UST. SYED ABDUL KADIR ALJOOFRE
017-7770282

TIMBALAN PENGERUSI
UST. MOHD FAUZAN MAZLAN
019-3855634

NAIB PENGERUSI
USTZ. FITRI NURUL ‘AIN NORDIN
019-3760860

SETIAUSAHA
UST. KHAIRUL FITRI MOHD
013-7185006

NAIB SETIAUSAHA
USTZ. NADIAH ABDUL RAHMAN
019-4427396

BENDAHARI
UST. IBRAHIM ABDUL WAHAB
012-9189340

UNIT PENYELIDIKAN & PENGUMPULAN MAKLUMAT
UST. HUSNI ZAIM MOHAMADAN (019-2738581)

UNIT PERUNDINGAN & LATIHAN
UST. ABDUL HALIM OTHMAN (019-2121079)

UNIT KEAHLIAN
UST. JAMHARI MOHD DESA (019-3217007)

UNIT DAKWAH & PENERANGAN
UST. MD KHAIRUL AZHARUDDIN MARGILAN (016-6540626)

UNIT KHAS
USTZ. SITI HAMNAH MOHAMAD MANSOR (013-2207732)

UNIT PEMBANGUNAN WANITA
USTZ. JAMILAH HANI HJ JAMI’AN (019-3046846)

AJK TANPA UNIT
DR BAIHAKI
FAREES ABDUL RAZAK

Related links :

28 Oktober 2009

What's Wrong?

Sememangnya sudah sebulan lebih blog ini tanpa sebarang berita.Idea ada,tapi tak mampu diulas.Internet ada,tapi agak jauh untuk dicapai.Ada yang menegur sudah lama blog ini sepi tanpa entri terbaru.Bosan.Setiap kali buka,pasti masih benda yang sama.

Penulis akui memang kebelakangan ini agak malas untuk menulis dalam ruang siber ini.Apakan daya,minda penulis bukanlah sehebat minda blogger yang aktif,idealistik,kreatif,inovatif dan 'up-to-date' yang sememangnya tidak kering dengan entri-entri terbaru.Hanya melayan@berkunjung ke blog-blog yang lebih advance cara penulisannya.Mungkin kerana objektif penubuhan blog ini sekadar santai-santai seperti yang pernah dinyatakan penulis sebelum ini tambah merencatkan percambahan entri@posting terbaru.Tiada pengkhususan yang jelas dalam mengajak pembaca@pengunjung blog ini untuk terus berkunjung.Walau bagaimanapun sekurang-kurangnya penulis update melalui laman 'twitter' yang penulis 'sangkutkan' pada 'birai' kanan blog ini.

Penulis kagum dengan pemilik-pemilik blog yang mampu mengutarakan entri demi entri.Sekurang-kurangnya sehari satu entri.Tambah kagum jika entri berbentuk ilmiah,menyeru kebaikan,menyemai benih perjuangan Islam,membangkitkan roh Islam yang insaf,mengajak mengingati Allah dan Rasulnya.SubhanaAllah,Allah jua yang berhak menentukan ganjaran kalian kerana telah memberi bekas kepada pengunjung@pembaca blog kalian.

Keinginan menulis sebenarnya tidak pernah pudar.Blogger yang yang tidak berbakat seperti penulis hanya bergantung kepada naluri 'pasang dan surut' untuk menulis.Kadang-kadang bermutu.Kadang-kadang amat mengarut.Kadang-kadang malas,kadang-kadang rajin.InsyaAllah,selagi blog ini wujud,penulis akan terus cuba memaksa untuk menulis.Masih tiada niat untuk 'menghapuskan' blog ini.

Ya Allah,jadikanlah daku seorang hamba yang istiqamah pada jalanMu walau di mana Kau campakkan diriku.Amin!


17 Oktober 2009

Penghujung Syawal...

Syawal tahun ini agak unik dan berbeza bagi penulis.Lantaran banyak peristiwa sama ade lucu,gembira,menyedihkan dan geram pun ade.Macam-macam lagilah!

1 Syawal

Dalam artikel lepas,penulis hanye meng'attach' sahaja gambar suasana perayaan di rumah penulis.Sebenarnya solat sunat 'Idulfitri itu dilakukan di rumah almarhum datuk penulis yang kini didiami oleh keluarga ibu saudara bersama nenek penulis.Untuk pengetahuan,sememangnya setiap kali 'Idulfitri menjelang,solat sunat di pagi raye setiap tahun diadakan di situ hasil cetusan idea almarhum datuk penulis yang mahukan semua anak-anaknya(ibu-ibu dan bapa-bapa saudara sebelah ibu) bersolat sunat bersama-sama di rumah itu untuk kemantapan silaturrahim.Ruang yang luas(seperti di dalam gambar) dimanfaatkan sepenuhnya.

Sakit Mata

Sepanjang cuti sempena raye lepas selama 2 minggu,penulis ditimpa musibah sakit mata.Bermula seminggu sebelum raye sehinggalah seminggu selepas raya merupakan satu tempoh yang agak getir yang penulis lalui.Gatal mata,mata merah dan bengkak semuanya bertakhta di organ anugerah Allah ini.Hasilnya,cermin mata hitam menjadi teman yang paling rapat.Penulis juga ingin merakamkan jutaan kemaafan lantaran musibah ini,penulis tak dapat beraya di rumah sahabat-sahabat penulis.

Tetamu Asing

Tetamu asing bukan bermaksud alien.Hari Raya ke-3 dan 4 yang lalu,penulis menerima kunjungan rakan penulis yang satu kuliah bersama keluarganya.Abdul Majid berasal dari Libya datang bersama isteri dan anak-anak datang beraya ke Terengganu dengan memandu sendiri keretanya.Penulis dan keluarga sangat gembira menerima kunjungannya.Yang uniknya,kedua-dua bahasa Inggeris dan Arab digunakan semaksimum mungkin untuk menghidupkan komunikasi yang berkesan.Walau bagaimanapun,penulis agak terkilan kerana perancangan asal untuk membawanya melawat seberapa banyak tempat menarik untuk dikunjungi tidak kesampaian.Hanya Taman Tamadun Islam dan Muzium Negeri sahaja yang sempat dilawati.

21 September 2009

07 September 2009

Al-Azhar Graduation(Rewind)

بسم الله الرحمن الحيم

Ana berminat untuk membantu rakan-rakan penulis yang masih di Mesir yang telah dan akan 'graduate'.Justeru,ana ingin 'link'kan balik artikel yang pernah ana tulis dan siarkan pada bulan Januari lepas.

Oleh demikian itu,jika rakan-rakan mendapat manfaat yang berguna daripada artikel ini,semuanya adalah atas kurniaan Allah.Tapi,jika sebaliknya,ana ingin memohon kemaafan terlebih dahulu kerana ana bukanlah yang terbaik.Malah,semuanya adalah kehendak Allah jua.

Artikel ini melibatkan dua bahagian.Segala yang ana tulis adalah berdasarkan pengalaman ana sendiri di samping pertolongan rakan-rakan senior yang turut membantu.

Sekian.

Sila tekan di bawah :

Bahagian 1

Bahagian 2

31 Ogos 2009

Malaysia Next General Election Will Be Like This?

Parti berkuasa 54 tahun kalah

TOKYO - Parti pemerintah Jepun, Liberal Demokrat semalam mengaku kalah kepada pembangkang, Parti Demokrat dalam pilihan raya parlimen.

Kekalahan itu merupakan satu sejarah kerana parti Liberal Demokrat kalah selepas 54 tahun berkuasa.

Menurut satu tinjauan yang dilakukan oleh semua stesen televisyen utama, Parti Demokrat dijangka memenangi 300 atau lebih 480 kerusi di Dewan Parlimen.

"Keputusan itu cukup teruk," kata Perdana Menteri, Taro Aso pada satu sidang akhbar di ibu pejabat parti Liberal Demokrat sekali gus mengaku kekalahan kepada pembangkang.

"Terdapat perasaan tidak berpuas hati yang mendalam dengan parti kami," katanya.

Aso berkata, beliau akan memikul tanggungjawab berikutan kekalahan itu.

Menurutnya, beliau akan meletakkan jawatan sebagai presiden parti Liberal Demokrat.

Beberapa pemimpin anggota parti itu akan turut meletakkan jawatan walaupun keputusan rasmi dijangka dikeluarkan pada pagi ini.

Kekalahan parti Liberal Demokrat akan membuka jalan kepada pemimpin parti Demokrat yang diketuai Yukio Hatoyama untuk menggantikan Aso.

Kekalahan parti Liberal Demokrat itu berpunca daripada kebimbangan berhubung isu ekonomi seperti peningkatan hutang negara dan masalah penduduk tua yang semakin ramai.

Parti Demokrat semasa berkempen berjanji untuk membina semula ekonomi dan menetapkan gaji minimum pada kadar yang lebih tinggi. - AP

Writer@Author : Do you all think that Malaysia will be like this in the next General Election?
Actually,it SHOULD be like this!!Let we pray in this sacred Ramadhan...

-Kosmo!-

12 Ogos 2009

Antara Dua...

Belum tahap 'darurat kesihatan'

SERDANG 11 Ogos - Kerajaan masih belum sampai ke peringkat perlu mengisytiharkan 'darurat kesihatan' meskipun bilangan kematian dan kes positif selesema babi atau influenza A (H1N1) semakin meningkat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, buat masa ini kerajaan mengamalkan langkah 'pengelakan sosial' iaitu orang ramai tidak perlu hadir ke majlis-majlis umum termasuk yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.

''Tidak payah anjurkan program besar-besaran dan mereka yang mengalami demam, batuk dan selesema tolong jangan hadir ke majlis-majlis umum termasuk kenduri kahwin dan majlis-majlis kerajaan. Ini penting bagi mengelakkan penularan virus H1N1,'' tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan mengejut dan meninjau proses pemeriksaan ke atas pesakit luar dan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan kes H1N1 di Hospital Serdang di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Ismail Merican.

Beliau berkata, bagaimanapun terdapat majlis-majlis penting kerajaan seperti sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 negara yang tidak boleh dibatalkan, namun pihak penganjur perlu mengambil langkah pencegahan termasuk membekalkan penutup mulut dan hidung kepada pengunjung.

Dalam pada itu Tiong Lai berkata, esok, beliau akan mengumumkan garis panduan baru berkaitan arahan penutupan sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) ekoran penularan wabak H1N1.

''Saya telah berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bagi semua garis panduan, perlu ada yang baru kerana terdapat sekolah-sekolah yang mengambil langkah berbeza-beza.

''Jadi kita hendak tetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang seragam dan esok jawatankuasa teknikal kementerian akan bermesyuarat untuk memperincikan garis panduan itu,'' katanya.

-utusanmalaysia-


Kadar Kematian H1N1 di Malaysia Luar Biasa – Dr Alias Razak

KUALA NERUS – PAS rasa cukup tidak puas hati dengan tindakan kerajaan menangani masalah selsema babi yang kini sudah menjadi satu jangkitan yang cukup merbahaya.

PAS juga memberi ingatan kepada seluruh rakyat Malaysia, selsema babi (H1N1) kini sudah mencapai tahap yang cukup merbahaya. (Gambar atas - peta dunia yang telah dijangkiti H1N1 menurut Organisasi Kesihatan Sedunia - WHO)

“Hari ini (semalam) enam orang mati dan (keseluruhannnya) di Malaysia sudah 41 kematian, kadar biasa dunia (dalam) 1000 kes (pengidap), seorang mati,

”tapi di Malaysia (luar biasa) kes tak sampai 2000, sudah 41 orang mati,” kata Dr. Alias Razak, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal,

ketika menyampaikan ucapannya dalam majlis penerangan di Bukit Tunggal, dekat sini, semalam.

Dengan kadar itu, katanya, ia adalah satu kadar kematian yang sangat tinggi dan sangat merbahaya, melebihi wabak demam denggi.

Beliau yang juga seorang doktor perubatan berkata, sehingga hari ini, belum lagi ditemui ubat yang mujarab yang benar-benar dapat membunuh virus tersebut, manakala vaksin untuk mencegah jangkitan virus selsema babi ini juga belum ditemui.

Menurutnya, virus H1N1 adalah gabungan tiga jenis virus iaitu virus selsema burung, selsema manusia dan selsema babi. (Gambar kanan - Dr. Alias, marah...geram...dan tak puas hati... dengan cara kerajaan menangani H1N1)

”Ini selsema burung campur dengan selsema babi pada manusia, campur dengan flu pada babi, ia sudah bercampur dalam babi, bila menjangkit kepada manusia boleh menyebabkan kematian,

”babi tempat prosesnya, tempat percampuran macam mangkuk memasak, (kini) berjangkit antara manusia dengan manusia, (dan) jadi bahaya sekarang ialah ia berjangkit bukan melalui makanan, tetapi melalui udara,”jelasnya.

Katanya, kanak-kanak dan mereka yang kurang imuniti adalah golongan yang berisiko menyebabkan kematian, namun tidak ada sebarang jaminan selamat, walaupun kepada orang-orang yang sihat.

Jelasnya, kematian akibat serangan selsema babi ini adalah kerana serangan sesak nafas dan paru-paru berair.

Oleh yang demikian, beliau menasihatkan supaya mereka yang mengalami demam atau selsema biasa mendapat rawatan segera, kerana menurutnya ubat selsema babi yang ada masakini sudah tidak memberikan sebarang kesan, sekiranya seseorang itu telah diserang selama empat hari.

Dalam pada itu, beliau kesal dengan sikap dan tindakan yang diambil oleh kerajaan yang sambil lewa menangani wabak selsema babi.

Katanya, sejak peringkat awal, kerajaan tidak meletakkan kawalan maksima menyebabkan virus yang berasal dari Amerika Selatan itu merebak ke Negara ini.

”Yang malangnya kita melihat pada hari ini, kerajaan tidak bersungguh atas perkara ini, tidak ada kesungguhan pada peringkat awal lagi,

”ini yang kita rasa cukup geram, marah dan tidak puas hati, ke (atau) kena buat demonstrasi nak tunjuk tidak puas hati kerana H1N1 pula, baru kerajaan nak bersungguh,”katanya

Menurutnya peringkat awal Negara kita adalah bebas dari selsema ini kerana Negara kita bukanlah Negara yang asal dimana wabak ini berlaku.

Katanya, selsema babi ini bermula di Mexico, menjangkit ke Amerika dan Eropah

”Tetapi kerajaan ketika itu mengambil sikap tidak apa, kesilapan pemimpin peringkat awal yang menyebabkan kita menghadapi masalah seperti yang dihadapi pada hari ini,”tegasnya.

Katanya, antara Negara yang berjaya mengawal penularan wabak selsema burung adalah Negara Arab Saudi, dimana kerajaan itu telah menggunakan kuasanya secara maksima, dengan mengurung (kuarantin) mereka-mereka yang disyakki mengidap selsema babi selama tujuh hari

-buletinonline-

02 Ogos 2009

Malaysia Protest March Broken Up

Malaysian police have used tear gas and water cannon to disperse thousands of people gathering to demonstrate against a security law allowing detention without trial.

Hundreds of police officers were awaiting the protesters as they arrived at three rallying points in Kuala Lumpur, the capital, for the banned demonstration on Saturday.

"There was no violent confrontation coming from the protesters but they were tear-gassed and dispersed," Al Jazeera's Harry Fawcett, reporting from Kuala Lumpur, said.

"They tried to meet again near a department store and were tear-gassed again there and water cannon were fired.

"They have been swiftly and pretty heavily dealt with."

Witnesses said police charged at the protesters with batons.About 20,000 protesters took part in the protests in three different areas, the Star newspaper and Malaysiakini news Web site reported.

'Cruel act'

The protesters had planned to march towards the national palace, but scores of people were reportedly detained even before they had reached the rally.

Before the march started, Muhammad Sabtu Osman, the Kuala Lumpur police chief, said that 150 people - identified as protesters because they were wearing opposition t-shirts and headbands - had been detained to prevent them from taking part.

Siti Mariah Mahmud, a politician from the opposition Islamic PAS party, criticised the arrest of protesters as they attempted to enter the national mosque.

"This is not reasonable. It's prayer time and this action is a breach of our religious freedom and duty," she said.

Organisers said they intended to present a 10-point memo to the king, including demands for the abolition of the Internal Security Act (ISA) and the closure of a camp in northern Perak state where detainees are held.

"We are here to fight for the ISA to be abolished," Yati Ali, one of the protesters, said. "We don't fear arrest. ISA is a cruel act, we are fighting for justice."

Datuk Hishammuddin Hussein, Malaysia's home minister, told Al Jazeera that some protesters were planning riots.

"The position of the police and the government is to ensure that nothing untoward happens with certain groups that want to exploit the situation for their own political reasons," he said.



Government criticised

"That is something we will not tolerate ... whether you are for or against the ISA."

Human rights groups estimate that at least 17 people are being held under the act, which was originally instituted under British colonial rule.

Najib Razak, the Malaysian prime minister, on Friday urged people not to join the protest, adding that he had already promised to review the law.

Most of those being held under the ISA have been accused of links to Islamic militancy and document forgery, but human rights groups say it has also been used to jail government critics.
Human rights activists have held numerous smaller rallies over the years to protest against the security act, but Saturday's protest received a boost after opposition parties urged their supporters to come out in force.

-malaysiakini-

22 Julai 2009

Doa Hilang Barang



Seterusnya bulatkan tawakkal kepada Allah dan berusaha mencari jika mampu..

Sumber :
- Darussyifa'
- Atau taip 'Doa hilang barang' pada mana-mana enjin carian..

Hukum Memberi Salam Kepada Wanita

Sila lihat dan lawati laman ini.

20 Julai 2009

A Hate Crime Or Simply A Crime?

An Egyptian Muslim woman was killed in a German courtroom by a man convicted of insulting her religion.

The brutal killing of the pregnant Marwa al-Sherbini, 32, has raised a lot of questions about the rise of right wing fanaticism in Europe.

Al-Sherbini was stabbed 18 times by a German man of Russian descent, formally identified only as Axel W, last week as she was about to give evidence against him as he appealed against his conviction for calling her a "terrorist" for her wearing a headscarf.

While the German authorities focus on court security, we ask, what about the underlying problem - the motivation behind the attack?

Inside Story discusses with guests: Maleiha Malik, a professor of law at King's College, London and author of Anti-Muslim Prejudice: Past and Present; Sulaiman Wilms, a media spokesperson for the European Muslim council and editor of a German newspaper, and Douglas Murray, the director of the Centre for Social Cohesion and author of Neoconservatism: Why We Need It.

09 Julai 2009

PPSMI

Semalam Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa PPSMI akan dimansuhkan dan PPSMBM akan dilaksanakan berperingkat-peringkat bermula tahun 2012.Keputusan ini adalah berdasarkan kajian yang mendalam oleh Kementerian Pelajaran terhadap PPSMI semenjak beberapa bulan yang lalu atas arahan mantan Perdana Menteri,Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi susulan bantahan rakyat yang dikepalai oleh pakar bahasa sendiri.

Saya sendiri semenjak bantahan besar-besaran yang membawa kepada kajian semula PPSMI ini turut mengikuti perkembangan ini dan sentiasa membuat penaakulan dan pemerhatian sendiri di samping pendapat rakan-rakan ‘junior’ yang merasai sendiri PPSMI.

Sebenarnya,jauh di lubuk hati,sebelum pemansuhan ini diumumkan,saya bersetuju dengan pelaksanaan PPSMI ini walaupun ia mendapat bantahan keras oleh pertubuhan-pertubuhan yang berpengaruh di negara ini didahului oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan seterusnya disokong kuat oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu(BM).Mungkin rakan-rakan seperjuangan akan mencemuh pendapat saya ini seolah-olah berpendapat saya ini seorang anti BM.Tapi percayalah pendapat ini didorong oleh kesedihan hati saya yang melihat umat Islam pada hari ini amat lemah dalam Bahasa Inggeris(komunikasi) terutamanya di negeri saya sendiri yang beranggapan kalau berbahasa Inggeris hanya memandai-mandai bahkan mengejek pula.Saya berpendapat Bahasa Inggeris(BI) perlu menjadi satu nilai tambah untuk diri kita terutamanya para pendokong agama dalam menempuh dunia dakwah hari ini di samping Bahasa Arab dan BM yang didahulukan.Sekurang-kurangnya dengan kemahiran BI yang kita ada ini dapat ‘membuka mata’ orang ramai yang kebanyakannya semakin ramai berpendidikan barat yang BI merupakan medium perbualan harian mereka dan kadang-kadang memperlekeh golongan yang buta BI.

Jadi,dengan pelaksanaan PPSMI sekurang-kurangnya memberi pendedahan yang bukan sedikit terhadap penggunaan BI dan sedikit demi sedikit memahirkan generasi yang melalui PPSMI.

Walau bagaimanapun,keputusan yang dibuat kerajaan semalam lebih tepat kerana secara kasarnya ia dipengaruhi oleh faktor kemudharatannya lebih besar berbanding manfaatnya.Ini berdasarkan kajian yang mendapati bahawa semenjak PPSMI dilaksanakan,pencapaian Sains dan Matematik semakin merosot dan jurang pencapaian ini amat ketara di antara pelajar bandar dan luar bandar.

Saya teringat satu firman Allah berkenaan pengharaman khamar(arak) dan judi:

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآَيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu" Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)?" katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) Yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.
Al-Baqarah : 219

Hujah pendalilan :
Saya bukan bermaksud menyamakan pengharaman Arak dan Judi ini dengan pengharaman PPSMI.Tapi cuba perhatikan faktor pengharaman( علة التحريم ) yang dijelaskan Allah dalam ayat ini yang mengatakan mudharatnya lebih besar dari manfaatnya dan kita juga boleh perhatikan permasalahan hukum-hukum yang lain yang menggunakan kaedah yang sama seperti isu rokok dan lain-lainnya.Begitu juga pemansuhan PPSMI ini juga agak menyamai penggunaan kaedah ini.

Kesimpulannya,tindakan memansuhkan ini lebih menguntungkan tapi tidak betul-betul merugikan terutamanya pelajar-pelajar luar bandar.Alternatif yang akan dilaksanakan pula iaitu Memperkasakan Bahasa Melayu (MBM) dan Memantapkan Bahasa Inggeris(MBI) seharusnya juga dipandang serius selaras dengan tujuan bantahan terhadap PPSMI dulu.

والله تعالى أعلى وأعلم




21 Jun 2009

'Ayah dan Ibu...'

Kehidupan di tanah air sendiri sememangnya berbeza berbanding kehidupan di negara orang.Lebih-lebih lagi jika hidup di ‘oversea’ sebagai status pelajar kemudian pulang ke tanah air sama ada bercuti atau sebagai graduan.Saya tidak berminat untuk menfokuskan apakah bidang yang dipelajari di ‘oversea’ itu kerana ia bukan topik utama untuk dibicarakan di sini tapi lebih mengaitkan suasana di tanah air.

Sememangnya kepulangan ke tanah air amat-amat dinantikan oleh sebahagian besar pelajar luar negara kerana selain dapat bercuti dari sebarang pengajian,apa yang paling penting adalh dapat melepaskan rindu untuk bersua kembali dengan ahli keluarga.

Apa kaitannya dengan tua?

Setiap pelajar@student pulangnya pasti akan tinggal bersama keluarga masing-masing termasuk orang tua mereka.Kenapa dipanggil orang tua?tidak dipangil ibu bapa?kita kena memahami bahawa ibu bapa mereka pastinya berbeza usianya antara satu sama lain.Ada yang ibu bapanya berusia di umur pertengahan dan ada yang berada di penghujung usia dan kebiasaannya mempunyai penyakit yang akan kekal ke akhir hayat ataupun mempunyai datuk dan nenek yang mungkin tinggal bersama.Ironinya,tua yang dimaksudkan adalah dalam pelbagai tafsiran.Tidak perlu dijelaskan di sini kerana kita semua mampu berfikir.

Walau bagaimanapun,apa yang saya ingin seru di sini adalah sebagai anak yang terpelajar,tidak kira berapa umur mereka,sesungguhnya bakti dan khidmat kita amat penting untuk ditabur kepada mereka.Tempoh bagi mereka yang bercuti mungkin tidak lama.Oleh itu,gunalah waktu yang ada dengan sebetulnya.Ingatlah,khidmat kita amat berharga kerana ia boleh dianggap sebagai kredit untuk kita kerana perlu diingat jika dipanjangkan umur,kita semua pun akan mengalami alam di usia senja sebelum kita bertemu Allah yang Maha Kuasa.Pada masa itu,anak-anak kita pula yang berperanan memberi khidmat untuk kita.Dan belum tentu Allah akan bagi peluang untuk kita berkhidmat buat orang tua untuk kepulangan akan datang.

Saya teringat kepulangan saya kali lepas iaitu pada tahun 2007,saya berkesempatan berbakti buat almarhum datuk saya,Hj Mohamed b Abd Rahman dan sesungguhnya syukur buat Allah kerana memberi peluang untuk berkhidmat buatnya untuk kali terakhir kerana Allah telah menjemput beliau pada tanggal hari Selasa,4 September 2007. Al-fatihah buat beliau.

Pulang sebagai graduan

Bagi mereka yang pulang sebagai graduan,mungkin perancangan agak berbeza berbanding mereka yang pulang bercuti. Ada yang mahu mencari pekerjaan yang sesuai,menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ataupun ada yang merancang untuk berkahwin(bagi yang masih bujang la…).Walau apapun perancangannya,restu dan keizinan orang tua amatlah penting terutamanya ibu.Jangan cepat melenting jika perancangan asal kita ditentang orang tua.Mereka perlu diberi penerangan sejelasnya agar mereka memahami kehendak dan tujuan kita kemudian barulah mereka boleh menilai baik buruknya.Paling penting jangan lupa minta petunjuk dan pertolongan Allah.

Restu dan izin orang tua amat penting

Satu hal yang saya rasa amat mustahak untuk dikemukakan di sini adalah perancangan berbentuk kebajikan orang tua kita pada masa akan datang.Jika kita mempunyai abang atau kakak kandung,cuba halusi perancangan mereka buat ibu bapa kita akan datang.Jika mereka bersedia untuk bertanggungjawab,Alhamdulillah mereka sedar dan seharusnya kita yang di peringkat adik ini perlu juga bersedia untuk kebajikan mereka.

Jika kita pula sebagai abang atau kakak,sesungguhnya kebajikan orang tua kita akan datang sehinggalah akhir hayat mereka saya tegaskan di sini,perlu dimasukkan dalam perancangan masa depan kita.Pada masa yag sama,adik-adik perlu sentiasa diperingat akan tanggungjawab ini.Saya tidak bermaksud bahawa adik-beradik yang lebih tua perlu bertanggungjawab sepenuhnya,tetapi anak-anak kesemuanya mempunyai tanggungjawab yang sama.Cuma yang paling berperanan utama adalah anak-anak lelaki kerana mereka apabila mereka berkeluarga kelak,mereka berkuasa penuh untuk urusan keluarga mereka berbanding anak-anak perempuan yang sememangnya di bawah kuasa suaminya.Anak-anak perempuan dalam memberi khidmat kepada ibu bapa kandung mereka masih tertakhluk kepada ‘kuasa’ keizinan suami masing-masing.Jangan membelakangi suami walaupun ia berkaitan urusan ibu bapa kandung mereka kerana mereka awal-awal lagi telah 'diserahkan' kepada suami melainkan dalam keadaan darurat.

Anak-anak disarankan belajar seumpama mereka

Sebelum saya mengakhiri posting kali ini,sekali lagi saya ingin mengingatkan semua terutama diri saya sendiri agar sentiasa beringat bahawa orang tua kita sesungguhnya aset paling penting dalam kehidupan kita.Akhir-akhir ini ramai di kalangan ibu bapa di akhir usia mereka hanya tinggal berdua lebih-lebih lagi apabila mereka dah terlalu uzur dan seringkali sakit.Kita sebagai generasi muda seharusnya sedar akan hal ini dan merancanglah untuk kepentingan mereka.Terpulanglah bagaimana perancangannya asalkan ibu bapa berada dalam perhatian anak-anak seumpama mereka memberi perhatian untuk kita pada waktu kecil.Dan sekali lagi saya tegaskan anak-anak lelaki lebih bertanggungjawab dalam hal ini.!!Wallahu a’lam bissowaab…

*Posting ini lebih berpandukan kepada idea,pemerhatian dan pengalaman penulis sendiri.Mungkin di sini,terdapat yang salah atau kurang tepat yang perlu diperbetulkan…

10 Jun 2009

Re-Union Thanawi 1 2000

Perkarangan Surau SMAASZA

Berhampiran Masjid Terapung

<<>>

Thanawi 2A

Thanawi 2B

09 Jun 2009

Takziah...

Al-fatihah buat almarhum Us Wan Mohd Salimi b Wan Sulong yang telah ke Rahmatullah serta takziah buat keluarga beliau.InsyaAllah solat jenazah jam 10 pagi esok,9/6/2009 (waktu Malaysia).





Sekitar majlis pengebumian Al-marhum di Permaisuri,Setiu...

.:maklumat berkaitan::.

08 Jun 2009

Penahafiy?

Semenjak kemunculan blog ini,ramai kawan-kawan penulis tertanya-tanya kenapa blog ini dinamakan sedemikian.Terutamanya apakah kaitan 'hafiy' dengan 'pena'.

Sebenarnya perkataan 'hafiy' berasal daripada nama kepada anak sulung kepada sepupu penulis iaitu Wan Ikram Hafiy bin Wan Khairuddin.Dilahirkan pada 29/6/2008 di Kuala Terengganu.Jadi kalau dicongak,kira-kira tinggal 3 minggu lagi untuk mencapai setahun.

Rentetan itu,penulis dan sepupu merancang untuk menulis 'sesuatu bahan yang boleh dibaca umum'(buku la tu).Tetapi,penulis terfikir sejenak dan mula berasa agak keberatan kerana kekurangan ilmu dan dan bakat dalam penulisan.So,sebagai permulaan,penulis mencadangkan supaya kitaorang bermula sebagai penulis blog dan sepakat memilih nama 'penahafiy' sebagai nama blog kami.Dalam masa sebulan,sepupu penulis terpaksa menarik diri dek kesibukan waktu sebagai guru di sekolah dan sebagai 'pengasuh' di rumah.

Berbalik kepada kisah Wan Ikram Hafiy.Sebenarnya penulis tidak berkesempatan ketika hari kelahirannya kerana penulis masih lagi berada di Mesir.Semenjak kelahirannya sehinggalah kepulangan penulis ke Malaysia, hanya teknologi yang mempertemukan kami.Medium terbaik adalah dengan menggunakan perisian skype.Sekarang musim cuti sekolah.Budak yang penulis panggil Ikram ni(bukan Hafiy)pun turut pulang bercuti bersama ibu bapanya.Maka makin dekat dan rapatlah kami untuk 'bergurau senda'.Apatah lagi dah tak sampai setahun,si Ikram ini dah pandai berjalan.!:D

So,begitulah serba sedikit asal usul nama blog ini dipilih dan siapa si 'hafiy' tu.Berikut adalah beberapa gambar Wan Ikram Hafiy...







Khusyuk menonton kartun di tv

Gambar ayahnya masa kecil

Saat mula boleh berjalan

'بارك الله لكما...إلخ'

Tahniah buat sahabat, Mohd Shahrir bin Abdullah@Ust Porr yang telah selamat diijabkabulkan pada 6/6/2009 dengan pasangan pilihannya.

Dan tiada doa yang terbaik melainkan sepertimana yang diucapkan oleh Nabi S.A.W :

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينمكا في الخير

Bersama pengantin dan zaujahnya

04 Jun 2009

ولائم العروس

Jemputan Kahwin pada cuti Sekolah ini :

5/6/2009 - ADNAN IBRAHIM ,Setiu.

7/6/2009 - AHMAD FAUZI ALIAS(Pozi), Dungun.

8/6/2009 - MOHD SHAHRIR ABDULLAH(Ust Porr), Kg Bukit Chempaka

12/6/2009 - MOHD SYATIR TALIB(Mat Tir), Kg Padang Nenas.maklumat lanjut.


24 Mei 2009

Clashes At Greek Quran Protest

Clashes have erupted between police and predominantly Muslim protesters in Athens, the Greek capital.

About 1,000 protesters took to the streets on Friday following reports that a police officer tore up a Quran, the Muslim holy book, belonging to an Iraqi immigrant while checking his identity papers.


Greek riot police fired tear gas after scores of the protesters began pelting officers with sticks and stones outside parliament.

"They started throwing rocks and sticks at police guarding parliament and the officers responded with tear gas and percussion bombs," a police official said.

The protest was the second since the alleged incident.

Prosecution urged

Demonstrators marched through Athens on Friday chanting "Allah is great" and carrying banners proclaiming "Hands off immigrants".

"We want the officer or officers involved to be prosecuted, and the government to issue an apology," Manala Mohammed, a Syrian national, told the Associated Press news agency.

"We want people to show us respect."

The protest in the city's Omonia square was organised by leftist, immigrant and anti-racism groups, which have previously complained of police brutality against immigrants.

Vasso Akrivou, a member of the Expel Racism group, told the AFP news agency: "Immigrants are outraged. The incident on Wednesday was the straw that broke the camel's back."

Police have said they will investigate the reports.

The Muslim Union, representing thousands of immigrants in Athens, said it had filed a case against the unidentified policeman.

"Police told us they need more time for the internal investigation so we went ahead and filed a suit ," Naim Elghandour, the union president, told the Reuters news agency.

Legal limbo

Thousands of immigrants, many from Muslim countries, cross into Greece illegally every year seeking a better life in the West, but large numbers end up living in squalid, overcrowded apartments.

Trapped in legal limbo, most have no jobs and are often arrested for minor crimes.

On May 9, members of a rightist group attacked immigrants in Athens, sending at least three to hospital.

Rights groups accuse Greece, which is predominantly Orthodox Christian, of not doing enough to protect immigrants.

Resource - Aljazeera
Related articles

14 Mei 2009

Remeh Tapi Ada Benarnya

Pagi ini penulis menerima satu 'offline message' melalui YM iaitu berupa pesanan dan peringatan yang penulis anggap ada benarnya walaupun agak remeh.Cuba hayati dan perhatikannya :

Jawablah telefon dengan menggunakan telinga sebelah kiri... minumlah ubat dengan tidak menggunakan air dingin... makanlah makanan ringan setelah jam 6 malam bukan makanan berat... minum lebih banyak air pada pagi hari, minum lebih sedikit pada malam hari... jam tidur yang paling baik adalah jam 10 malam s/d jam 5 pagi... jangan terlalu cepat berbaring setelah minum ubat... ketika bateri HP tinggal satu bar, jangan angkat telefon kerana radiasi meningkat hingga 100 kali ganda...! Teruskan pesanan ini kepada orang-orang yang kita sayangi... dan yakinlah bahawa kebaikan hati... tak akan pernah merugikan kita

Ada beberapa pesanan sememangnya tidak dinyatakan rahsia dari segi saintifiknya.Cuma penulis beranggapan walaupun tidak pasti dari mana asal sumber yang menyebarkannya,ada beberapa pesanan yang penulis pernah dengar dan agak relevan untuk diamalkan.

Mungkin ada dari kalangan pembaca@pengunjung blog yang ada sedikit info berkenaan dengan pesanan di atas dapat berkongsi maklumat...

والله أعلم

09 Mei 2009

Kasut tumit tinggi bahaya - CAP


PULAU PINANG 8 Mei - Berkasut tumit tinggi memang kegemaran sebahagian besar wanita kerana selain menjadi sebahagian daripada fesyen, penampilannya akan nampak lebih bergaya dan elegan apabila mengenakan kasut bertumit tinggi.

Bagaimanapun, kecenderungan ini boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi wanita hamil.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris berkata, kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.

Katanya, CAP juga mendapati kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.

''Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut beliau, berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.

Tambahnya, memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.

''Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

''Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan,'' katanya.

Jelasnya, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.

Kecacatan Haglunds juga, katanya, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.

''Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi.

''Sehubungan itu CAP menasihati kaum wanita agar berhenti menyeksa tubuh mereka dengan mengelak kasut tumit tinggi yang boleh menyelamatkan diri daripada mengalami pelbagai masalah kesihatan,'' jelasnya.

-UtusanMalaysia-

08 Mei 2009

Virus Influenza A H1N1

Dalam tempoh seminggu ini heboh berkenaan tersebarnya penyakit baru iaitu Selsema Babi atau bahasa yang digunapakai oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) ,Virus Influenza A H1N1.Banyak negara mengambil langkah berjaga-jaga daripada tersebarnya virus ini tersebar masuk ke negara masing-masing apatah lagi virus ini amat berbahaya kerana ia amat mudah tersebar iaitu hanya melalui sebaran angin.

Sesungguhnya ini adalah sebahagian daripada isyarat daripada Allah kepada umat manusia berikutan rentetan daripada penemuan-penemuan penyakit baru yang amat berbahaya.Penulis tidak mampu mengulas panjang berkaitan penyakit ini lantaran ramai lagi dari kalangan bloggers,ulama',pakar-pakar perubatan dan ramai lagi telah mengulas menurut perspektif dan medium masing-masing.

Penulis lebih berminat untuk menyebaran artikel yang telah digarap oleh Al-Fadhil Ustaz Hairul Nizam Mat Husain di dalam blognya berkenaan Selsema Babi ini.Untuk itu,diharap para pengunjung dapat melayari artikel berkenaan di sini.

Semoga semua pengunjung dan pembaca dapat mengambil manfaat.

Sekian.

07 Mei 2009

Selamat BerImtihan

Penulis terkenang semenjak 4 tahun lalu di Perlembahan Nil sehingga tahun lepas,fatrah(tempoh) ini adalah fatrah persediaan(revise period) untuk menghadapi peperiksaan fasal dua setiap tahun yang akan menentukan natijah(keputusan) penuh untuk sesi pembelajaran tahun tersebut.Kuliah yang biasanya ditamatkan pada pertengahan bulan 4 mampu memberi ruang dan masa yang secukupnya untuk persediaan peperiksaan.Hanya bergantung kepada individu pelajar masing-masing untuk menguruskannya.

Pasti tidak dapat dilupakan pada tempoh beginilah bermacam-macam ragam pelajar dan kawan-kawan yang dapat penulis ingati.Berkurung dalam bilik,ulangkaji sehingga larut malam,berjaga malam,malas memasak,bermain ping pong&bola sepak,bermain game 'FIFA'&'Pro Evolution',melayan drama&kartun korea dan jepun serta 1001 macam lagi ragam dan pembawakan masing-masing sebelum melayani peperiksaan yang biasanya bermula pertengahan bulan 5.Mustahil kalau dikatakan setiap pelajar tidak menghadapi stress atau dalam bahasa ibunda dan lebih tepat, "tttekanggg!!"

Kenapa berlaku stress?Bagaimana menghilangkan stress?Penulis tidak berhajat untuk menjadi motivator di sini.Penulis percaya,kawan-kawan di Mesir sana amat bijak untuk menghadapinya.Perlu diingat,suasana peperiksaan di Mesir amat berlainan dengan suasana peperiksaan di Malaysia.Cuma penulis di sini hanya sekadar bercerita berdasarkan pengalaman penulis semata-mata.Sekadar berkongsi pengalaman diri sendiri dan kawan-kawan berdasarkan pengamatan penulis.

Kekalutan Untuk Mendapatkan Muqarrar Selepas Dr Keluar

Dalam menghadapi apa jua peperiksaan yang mencapai kejayaan, persediaan awal amatlah penting untuk mengelak stress pada akhirya.Di Mesir,kehadiran awal ke kuliah amatlah perlu.Awal di sini membawa 2 makna.Hadir awal-awal pagi ke kuliah dan hadir seawal-awal bermulanya musim pengkuliahan.Kitab-kitab harus dipastikan ia adalah kitab yang digunakan dalam kuliah.Kalau tersalah beli,jangan menyesal dan merasa rugi,ada faedahnya.Kenalpasti keseluruhan isi kandungan kitab.Kalau tak faham kuliah yang disampaikan,baca dulu sebelum kuliah bermula terutama sekali semasa di rumah lagi kemudian ulangkaji balik di rumah.Tak faham,boleh tanye kawan-kawan atau buat 'study group'.Penumpuan dalam kuliah penting walaupun bukan 100% faham.Paling kurang,tahu bahagian mane yang dititikberatkan pensyarah sebagai bekalan study selepas tamat kuliah.Nota bergantung kepada setiap individu.Yang terbaik cuba buat.

Itu sebenarnya sebahagian daripada langkah awal mengurangkan stress.Tapi masih tidak menghilangkannya.Kesilapan kita di Mesir adalah kurangya perhatian terhadap pelajaran pada awal musim.Jiwa yang malas disebabkan sukatan yang agak rumit kebiasaannya membawa kelalaian berterusan sehinggalah kuliah tamat.Maka apabila tempoh persediaan bermula,macam-macam aksi,tindakan,pembawakan,aktiviti dan sebagainya berlaku sehinggalah peperiksaan tamat.

Berkurung dalam bilik.Penulis dapat mengesan dua versi jenis berkurung dalam bilik.Pertama,tidur awal kemudian bangun pagi awal-awal tumpu bersungguh-sungguh pada study sehingga zohor.Selepas zohor sehingga malam,penumpuan study diringankan.
Kedua,tidur waktu pagi sehingga tengahari,kemudian study selepas zohor sehingga larut malam.Penulis telah memilih yang pertama sepanjang 4 tahun yang lalu.

Walau bagaimanapun,masa-masa selepas boring(bosan) study adalah paling 'best'!Macam-macam boleh buat.Main ping-pong&bola sepak,menonton 'wayang',main game bola,minum air buah,lepak bilik kawan-kawan,sembang(topik paling menarik adalah nikah),bersiar-siar dan sebagainya atas kreativiti masing-masing.

Sebenarnya bila bermulanya peperiksaan,situasinya tidak jauh berbeza seperti di atas.Setiap individu pasti mempunyai strategi peperiksaan terutama apabila semakin hampir dengan waktu peperiksaan dijalankan.Bergantung kepada jadual.Ada pagi,ada petang.Kebanyakannya petang sebab ramai yang ambil Syariah.Penulis lebih suka mengamalkan tidur awal pada malam peperiksaan kemudian tumpu ulangkaji sepenuhnya pada pagi hari peperiksaan.Bagi yang peperiksaan pada waktu pagi,biasanya malam tak tidur.Waktu tidur adalah selepas balik dari peperiksaan(Macam Wan Othman,Kuliah Usuluddin).

Saat-saat menghantar kertas jawapan

Kamal Mamat sedang serius menjawab...

Waktu yang sangat ditunggu adalah hari-hari selepas tamat tempoh peperiksaan.Dah banyak perancangan dibuat semenjak belum periksa lagi.Terpulanglah,masing-masing ada halatuju.Tapi yang paling gembira pastinya yang tahun akhir.

Hari terakhir peperiksaan bersama rakan seangkatan

Bergambar bersama Dr Solah Zaidan(UsulFiqh)

Celebrate dengan air tebu

Buat kawan-kawan di Mesir,sesungguhnya penulis amat merindui suasana saat ketika sama-sama menghadapi peperiksaan dulu.Kini,penulis dan kawan-kawan seangkatan yang tamat bersama berada di alam berlainan daripada alam pelajar dulu.Walau bagaimanapun tumpu dan berusahalah bersungguh-sunguh untuk menghadapi peperiksaan akan datang ini.

اللهم افتح علينا فتوح العارفين , وارزقنا فهم النبيين ,بجاه خاتم الأنبياء والمرسلين

بالتوفيق والنجاح