21 Januari 2009

Syahadah Muaqqotah, Kasyfut Taqdirat dan Syahadah Asliyyah ::Bahagian 1::

Entri ini khusus bagi bakal graduan Universiti Al-Azhar Cawangan Kaherah (Banin) secara khusus dan semua cawangan secara amnya.

Langkah-langkah seterusnya selepas keluar natijah tahun 4 :

1- 1 minggu selepas keluar natijah – Kemukakan permohonan untuk buat syahadah muaqqotah dengan menulis surat kepada Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang.
Serahkan surat permohonan yang ditandangani (sekurang-kurangnya oleh Mudierul ‘Aam) kepada pegawai syuunul khirriej dan sertakan 2 keping gambar berukuran passport.
Bayaran LE75 akan dikenakan.Bayar di khazinah,kemudian serahkan resit bayaran kepada pegawai syuun khirrij untuk urusan menyiapkan syahadah muaqqotah.4-5 hari tempoh diberi untuk menuntut syahadah tersebut.

2- Selepas 4-5 hari,tuntut syahadah muaqqotah selepas jam 12 t/hari.Beli setem bernilai LE1 untuk setiap syahadah muaqqotah dan tampal di atasnya.Dapatkan cop ‘burung helang’(cop rasmi urusan berkaitan kerajaan Mesir) beserta beberapa cop lagi yang akan dicop atas syahadah muaqqotah.Kembali ke syuun khirrij supaya syahadah dapat disemak oleh pegawai.Jika tiada masalah,maka syahadah itu dikira sudah sempurna.

3- Transkrip@kasyfu taqdirat : kasyfu taqdirat boleh dibuat selepas 1 minggu atau bergantung tempoh yang ditetapkan syuun khirriej selepas syahadah muaqqotah siap.Sediakan salinan fotostat syahadah muaqqotah untuk diserahkan kepada syuun khirriej.Bayaran LE50 dikenakan untuk urusan ini.Resit bayaran ini akan dikepilkan bersama salinan syahadah muaqqotah.Tempoh 1 minggu atau lebih dibagi untuk menuntut kasyfu taqdirat.

4- Selepas 1 minggu atau lebih,tuntut kasyfu taqdirat di syuun khirriej selepas 12 t/hari.Kasyfu taqdirat yang diberi adalah telah lengkap diproses termasuk cop-cop yang berkaitan.(PENTING!!-Sila semak betul-betul kasyfutTaqdirot terutama jumlah markah dan keputusan setiap tahun).

5- Kedua-dua syahadah muaqqotah dan kasyfu taqdirat ini seterusnya diterjemah ke dalam Bahasa Melayu di Jabatan Penuntut-penuntut Malaysia Kaherah(JPMK).

6- Dengan adanya kedua-dua dokumen ini sudah cukup untuk digunakan untuk permohonan kerja atau sambung peringkat pengajian seterusnya di Malaysia.

7- Bagi yang ingin mewakilkan kepada rakan-rakan atau sesiapa yang berkenaan,boleh mengambil borang@surat tawkil daripada Encik Sulaiman,pegawai berbangsa Arab Mesir di JPMK.Selepas mengisi data-data yang diperlukan pada borang@surat tersebut,dapatkan tandatangan mana-mana pegawai JPMK yang bertugas.

8- Borang@surat tawkil yang telah ditandatangani seterusnya dibawa ke idaarah khaarijiyyah berhampiran Asrama Rumah Melayu Abbasiah(ARMA) dan Buuth.Bayaran sebanyak LE11 akan dikenakan untuk cop pengesahan wakil dan setem.

9- Sekarang,anda boleh menyerahkan surat tawkil beserta salinan syahadah muaqqotah kepada sesiapa yang menjadi wakil anda dan anda boleh pulang ke Malaysia.

p/s - Langkah-langkah ini adalah hanya berdasarkan pengalaman penulis sahaja.Penulis tidak pasti adakah pihak Universiti Al-Azhar membuat garis panduan secara khusus untuk proses-proses seperti di atas.

Daftar kata :
Syahadah Muaqqotah : Sijil Graduasi Sementara
Kasyfu Taqdirat : Transkrip Keputusan Penuh Peperiksaan
Syahadah Asliyyah : Sijil Graduan Asli
Banin : Lelaki
Natijah : Keputusan Peperiksaan
Mudierul ‘Am : Pengetua Umum
Syuunul Khirriej : Hal Ehwal Graduan
Khazinah : Kaunter Bayaran
Tawkil : mewakilkan
Idaarah Kharijiyyah : Pejabat Kedutaan Luar

Ikuti entri seterusnya di Bahagian 2

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..bagus entri ni.bleh buat panduan untuk ana akhir thun ni.ana mtk izin copy utk simpanan ana.sy

Tanpa Nama berkata...

syukron

Fitrie Muhammad berkata...

Ambik je...Kl tahun ni lain plk carenye,jgn marah deh...mesir ni...

Fitrie Muhammad berkata...

Ambik je...Kl tahun ni lain plk carenye,jgn marah deh...mesir ni...

蒜泥白肉Lynn berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.