29 Ogos 2008

Jalan berliku tokoh PKR ke Putrajaya



Seperti yang diduga, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang mudah dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh semalam.

Ini ditambah pula dengan majoriti yang lebih besar daripada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

anwar ibrahim mp swearing in 080828 04Ia membuktikan bahawa pengaruh Anwar sedikitpun tidak terjejas meskipun dilemparkan dengan pelbagai tuduhan.

Tuduhan liwat, pengkhianat Melayu dan negara, rasuah gila kuasa yang dibuat oleh pemimpin Umno, ditolak mentah-mentah oleh pengundi Permatang Pauh.

Anwar mendapat 31,195 undi, manakala calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi. Manakala calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.

Ia sekaligus menunjukkan bahawa usaha BN, khususnya Umno, untuk menguburkan karier politik Anwar gagal. Sebaliknya, keputusan pilihanraya itu menunjukkan sokongan terhadap beliau tidak pernah luntur.

Sewajarnya pemimpin Umno yang bermulut celupar, khususnya Naib Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin, merasa malu kerana serangan-serangan peribadi ke atas mantan timbalan perdana menteri itu, sedikitpun tidak diterima pengundi.

anwar ibrahim enters parliament building as mp 280808 09Sepanjang tempoh kempen selama 10 hari, pemimpin besar Umno, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hadir berkempen untuk calon BN.

Pengundi atas pagar

Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku pengarah pilihanraya BN, saban malam berada di Permatang Pauh bersama pemimpin-pemimpin lain.

Malangnya, pengundi Permatang Pauh langsung tidak mahu mendekati ceramah pemimpin Umno, menyebabkan ia lenggang kerana tiada sambutan.

Serangan-serangan oleh bekas orang kuat, Anwar seperti Ezam Mohd Noor dan Datuk S Nalakarupan, juga bagaikan peluru kertas sahaja.

Sebaliknya, ceramah Anwar dihadiri bukan sahaja oleh penyokongnya tetapi juga pengundi atas pagar dan kaum India serta Cina setiap malam.

permatang pauh polling day 260808 05Namun, perlu diakui juga bahawa jentera kempen PKR dan Pakatan Rakyat sangat berkesan kerana mereka gigih bekerja tanpa mengira waktu.

Petugas parti juga bergerak pantas setiap hari untuk membahagikan risalah untuk menjawab apa juga serangan Umno terhadap Anwar.

Dalam pilihanraya kali ini, penekanan Anwar terhadap Malaysia baru, iaitu menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum, lebih diterima oleh rakyat berbanding politik perpaduan oleh BN.

Kemenangan besar Anwar itu memberikan peluang yang baik untuknya mengotakan janjinya untuk mengambilalih pemerintahan pada 16 September depan.

Laluan ke Putrajaya

Mungkin masih ramai berpandangan sinis tetapi jika diperhatikan kepada pengaruh Anwar yang tidak pernah surut, ia seharusnya menerbitkan rasa gerun kepada Umno itu sendiri.

Rakyat Permatang Pauh telah membuktikan mereka tidak lagi percaya kepada Umno walapun para pemimpinnya mendendangkan bahawa parti keramat itu begitu berjasa kepada orang Melayu dan negara.

Apa yang mereka perlukan ialah politik yang lebih adil, pemimpin yang berwibawa dan dipercayai yang boleh membawa negara dan rakyat yang lebih makmur dan dihormati dunia.

permatang pauh polling day 260808 04Sepatutnya, janji-janji retorik tidak perlu lagi untuk sebuah negara seperti Malaysia, sebaliknya memperkasakan keazaman untuk membina Malaysia yang baru.

Mulai hari ini, tiada lagi mana-mana pihak yang boleh memandang rendah kepada Anwar.

Pagi ini, mantan timbalan perdana menteri telah telah mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh di Dewan Rakyat.

Pagi ini juga, seperti yang telah dipersetujui oleh anggota Pakatan Rakyat sebelum ini, Anwar turut dilantik sebagai ketua pembangkang.

Dan laluannya menuju Putrajaya, seperti yang dilaung-laungkan kepada penyokongnya, kini terbuka luas.

-malaysiakini,280808

24 Ogos 2008

20082008...

"come and go... But today is a special day..
*20082008*
Double Match.It happens only once in a lifetime.so.. I wish YoU a very Wonderful Day! n Hepi bufday 2 u!May Allah bless u.."

Satu sms yang masuk ke kotak mesej 'Mahmul' k770i yg dihantar oleh 'Years'.
Terkejut.Hairan.Bagiku ia memang agak kebetulan.20082008.memang spesial jugak nombor tu.
Kebetulan yang memang sukar untuk kufikirkan.Tapi,bagiku ade keistimewaan pada nombor itu jika dimaksudkan dengan tarikh 20 OGOS 2008...

Pertama,ulangtahun kelahiranku yang serentak dengan sahabat seperjuangan YM Syed Syahadi dan seniorku, Tuan Harun Tuan Cob.Hari yang sama.Waktu yang berbeza.

Kedua,kesabaran dalam menanti akhirnya reda dengan kemunculan si 'dia' yang tak dijangka.Niat di hati nak 'taqdim'.Tapi.akhirnya 'dia' berserah diri juga.Nak tengok 'kontrol',tiba2 keluar natijah sebenar.Alhamdulillah.sempurna 'fizikalnya'.Cuma ade satu kecacatan yang merencatkan rancanganku.(Terima kasih buat pensyarah tafsirku tahun 3,Dr Zainal Abidin kerana masih menyayangiku.Akan kubalas dengan sebaik mungkin kasih sayangmu pada hari yang dijanjikan nanti.Akan kubaiki kecacatan itu sambil mengharapkan bantuan dan hidayahNya.InsyaAllah...)

Tapi...siape 'Years' tu....?

18 Ogos 2008

Result....oh Result....



Saat yang ditunggu-tunggu oleh seluruh Azhariyyin.Tidak kira cerah,putih,kuning langsat,coklat atau hitam warna kulitnya,masing-masing pasti berdebar-debar menantikan kemunculan'nya'.
Tapi tahun ini,Kuliah Syariah dan Undang-undang,Kaherah mencatat sejarahnya tersendiri apabila result peperiksaan yang lalu adalah antara yang paling lewat keluar tatkala Al-Azhar Cawangan Damanhur yang biasanya paling lewat keluar result peperiksaannya dah membuatkan studentnya gembira,tersenyum,sedih,menangis dan yang'buat kering' pun ade dek penangan result.
Memang.penantian satu penyeksaan,satu keletihan,satu yang 'tekangg'(bace dgn dialek tganu yang fasih ye)dan berpuluh-puluh perasaan lagi untuk menghadapi penantian ini.Inilah Mesir...
Setiap hari jutaan harapan mendatang mengharapkan si 'dia' yang kunantikan itu muncul...tapi...susah nak kuceritakan....hanya Azhariyyin seperjuangan saje yang memahami...
Hari ini ku datang lagi ke Azhar degan harapan.Tapi...sekali lagi hampa.Tahun 5 Qanun saje yang keluar.Tahun 4 Syariah Islamiah,entah......esok pasti akan ku pergi lagi....

Result...oh result...

06 Ogos 2008

نية التعليم والتعلم

الحمدلله رب العالمين , نويت التعلم والتعليم , والتذكر والتذكير , والنفع والإنتفاع ,
والإفادة والإستفادة ,والحث على التمسك بكتاب الله وسنة رسوله , والدعاء إلى الهدى ,
والدلالة على الخير إبتغاء وجه الله ومرضاته وقربه وثوابه سبحانه وتعالى .

05 Ogos 2008

RENUNGAN BAGI SEMUA YANG MASIH SINGLE MAUPUN YANG SUDAH MARRIED ...


Alkisah seorang raja yang kaya raya dan sangat baik, ia mempunyai banyak sekali emas dan kuningan, karena terlalu banyak sehingga antara emas dan kuningan tercampur menjadi satu. Suatu hari raja yang baik hati ini memberikan hadiah emas kepada seluruh rakyatnya, dia membuka gudangnya lalu mempersilakan rakyatnya mengambil kepingan emas terserah mereka.
Karena antara emas dan kuningan tercampur menjadi satu sehingga sulit sekali di bedakan, mana yang emas dan mana yang kuningan, lalu mana yang emasnya 24 karat dan mana yang emasnya hanya 1 karat, namun ada peraturan dari sang raja, yaitu apabila mereka sudah memilih dan mengambil satu dari emas itu, mereka tidak boleh mengembalikannya lagi.
Tetapi raja menjanjikan bagi mereka yang mendapat emas hanya 1 karat atau mereka yang mendapatkan kuningan, mereka dapat bekerja dikebun raja dan merawat pemberian raja itu dengan baik, maka raja akan menambah dan memberikan kadar karat itu sedikit demi sedikit.
Mendengar itu bersukacitalah rakyatnya, sambil mengelu-elukan rajanya. Mereka datang dari penjuru tempat, dan satu persatu dari mereka dengan berhati-hati mengamat-amati benda-benda itu, waktu yang diberikan kepada mereka semua ialah satu setengah hari, dengan perhitungan setengah hari untuk memilih, setengah hari untuk merenungkan, dan setengah hari lagi untuk memutuskan.
Para prajurit selalu siaga menjaga keamanan pemilihan emas tersebut, karena tidak jarang terjadi perebutan emas yang sama diantara mereka. Selama proses pemilihan berlangsung, seorang prajurit mencoba bertanya kepada salah seorang rakyatnya, "apa yang kau amat-amati, sehingga satu setengah hari kau habiskan waktumu disini?", jawab orang itu "tentu saja aku harus berhati-hati, aku harus mendapatkan emas 24 karat itu",
lalu tanya prajurit itu lagi "seandainya emas 24 karat itu tidak pernah ada, atau hanya ada satu diantara setumpuk emas ini, apakah engkau masih saja mencarinya?, sedangkan waktumu sangat terbatas", jawab orang itu lagi "tentu saja tidak, aku akan mengambil emas terakhir yang ada ditanganku begitu waktuku habis".
Lalu prajurit itu berkeliling dan ia menjumpai seorang yang tampan,melihat perangainya ia adalah seorang kaya, bertanyalah prajurit itu kepadanya "hai orang kaya apa yang kau cari disini, bukankah engkau sudah lebih dari cukup?" ,jawab orang kaya itu "bagiku hidup adalah uang, kalau aku bisa mengambil emas ini, tentu saja itu berarti menambah keuntunganku".
Kemudian prajurit itu kembali mengawasi satu persatu dari mereka, maka tampak olehnya seseorang, yang sejak satu hari ia selalu menggenggam kepingan emasnya, lalu dihampirinya orang itu "mengapa engkau diam disini?, tidakkah engkau memilih emas-emas itu? atau tekadmu sudah bulat untuk mengambil emas itu?", mendengar perkataan prajurit itu, orang ini hanya diam saja, maka prajurit itu bertanya lagi "atau engkau yakin bahwa itulah emas 24 karat, sehingga engkau tidak lagi berusaha mencari yang lain?", orang itu masih terdiam, prajurit itu semakin penasaran, lalu ia lebih mendekat lagi
"tidakkah engkau mendengar pertanyaanku?", sambil menatap prajurit, orang itu menjawab "tuan saya ini orang miskin, saya tidak pernah tahu mana yang emas dan mana yang kuningan, tetapi hati saya memilih emas ini, sayapun tidak tahu, berapa kadar emas ini, atau jika ternyata emas ini hanya kuninganpun saya juga tidak tahu". "lalu mengapa engkau tidak mencoba bertanya kepada mereka, atau kepadaku kalau engkau tidak tahu" tanya prajutit itu lagi.
"Tuan emas dan kuningan ini milik raja, jadi menurut saya hanya raja yang tahu, mana yang emas dan mana yang kuningan, mana yang 1 karat dan mana yang 24 karat. Tapi satu hal yang saya percaya janji raja untuk mengubah kuningan menjadi emas itu yang lebih penting" jawabnya lugu. Prajurit ini semakin penasaran "mengapa bisa begitu?", "bagi saya berapapun kadar karat emas ini cukup buat saya, karena kalau saya bekerja, saya membutuhkan waktu bertahun-tahun menabung untuk membeli emas tuan"
prajurit tampak tercengang mendengar jawaban dari orang ini, lalu ia melanjutkan perkataannya "lagi pula tuan, peraturannya saya tidak boleh menukar emas yang sudah Saya ambil", "tidakkah engkau mengambil emas-emas yang lain dan menukarkannya sekarang, selagi masih ada waktu?" tanya prajurit lagi, "saya sudah menggunakan waktu itu, kini waktu setengah hari terakhir saya,
inilah saatnya saya mengambil keputusan, jika saya gantikan emas ini engan yang lain, belum tentu saya mendapat yang lebih baik dari punya saya ini, saya memutuskan untuk mengabdi pada raja dan merawat milik saya ini,untuk menjadikannya emas yang murni", tak lama lagi lonceng istana berbunyi,tanda berakhir sudah kegiatan mereka.
Lalu raja keluar dan berdiri ditempat yang tinggi sambil berkata "wahai rakyatku yang kukasihi, semua emas yang kau genggam itu adalah hadiah yang telah kuberikan, sesuai dengan perjanjian, tidak seorangpun diperbolehkan menukar ataupun menyia-nyiakan hadiah itu, jika didapati hal diatas maka orang itu akan mendapat hukuman karena ia tidak menghargai raja" kata-kata aja itu disambut hangat oleh rakyatnya.
Lalu sekali lagi dihadapan rakyatnya raja ingin memberitahu tentang satu hal "dan ketahuilah, bahwa sebenarnya tidak ada emas 24 karat itu, hal ini dimaksudkan bahwa kalian semua harus mengabdi kepada kerajaan, dan hanya akulah yang dapat menambah jumlah karat itu, karena akulah yang memilikinya. Selama satu setengah hari, setengah hari yang kedua yaitu saat kuberikan waktu kepada kalian semua untuk merenungkan pilihan, kalian kutunggu untuk datang kepadaku menanyakan perihal emas itu, tetapi sayang sekali hanya satu orang yang datang kepadaku untuk menanyakannya". Demikianlah raja yang baik hati dan bijaksana itu mengajar rakyatnya,dan selama bertahun-tahun ia dengan sabar menambah karat satu persatu dari emas rakyatnya.
Dikutip dari : Kumpulan Sharing dan Cerpen Judul Asli: When We Have to Choice Berharap melalui alkisah diatas kita dapat merefleksi diri dalam mencari pasangan hidup :
Bagi yang sedang mencari pasangan alias cari pacar(setengah hari untuk memilih) Memilih memang boleh tapi manusia tidak ada yang sempurna, jangan lupa emas-emas itu milik sang raja, jadi hanya dia yang tahu menahu masalah itu, artinya setiap manusia milik Tuhan jadi berdoalah untuk berkomunikasi denganNya tentang pasangan Anda.

Bagi yang telah memperoleh pasangan tapi belum menikah (setengah hari untuk merenungkan) Mungkin pertama kali Anda mengenal, si dia nampak emas 24 karat,ternyata setelah bertahun-tahun kenal, si dia hanya berkadar 10 karat. Diluar, memang kita dihadapkan dengan banyak pilihan, sama dengan rakyat yangm memilih emas tadi, akan tetapi pada saat kita sudah mendapatkannya, belum tentu waktu kita melepaskannya kita mendapat yang lebih baik. Jadi jika dalam tahap ini Anda merasa telah mendapatkan dia, hal yang terbaik dilakukan ialah menilai secara objektiv siapa dia (karena itu keterbukaan dan komunikasi sangat penting dalam menjalin hubungan), dan menyelaraskan hati Anda bersamanya, begitu Anda tahu tentang hal terjelek dalam dirinya sebelum Anda menikah itu lebih baik, dengan demikian Anda tidak merasa shock setelah menikah, tinggal bagaimana Anda menerimanya, Anda mampu menerimanya atau tidak, Anda mengusahakan perubahannya atau tidak,"cinta selalu berjuang", dan jangan anggap tidak pernah ada masalah dalam jalan cinta Anda, justru jika dalam tahap ini Anda tidak pernah mengalami masalah dengan pasangan Anda (tidak pernah bertengkar mungkin). Anda malah harus berhati- hati, karena ini adalah hubungan yang tidak sehat, berarti banyak kepura-puraan yang ditampilkan dalam hubungan Anda yang terpenting adalah niat baik diantara pasangan, sehingga dengan komitmen dan cinta, segala sesuatu selalu ada jalan keluarnya. Meskipun dalam tahap ini Anda masih punya waktu setengah hari lagi untuk memutuskan, artinya anda masih dapat berganti pilihan, akan tetapi pertimbangkan dengan baik hal ini.

Bagi yang telah menikah (setengah hari untuk memutuskan) Dalam tahap ini, siapapun dia berarti anda telah mengambil keputusan untuk memilihnya, jangan berfikir untuk mengambil keuntungan dari pasangan Anda, jika ini terjadi berarti Anda egois, sama halnya dengan orang kaya diatas, dan dengan demikian Anda tidak pernah puas dengan diri pasangan Anda,maka tidak heran banyak terjadi perselingkuhan. Anda tidak boleh merasa menyesal dengan pilihan Anda sendiri,jangan kuatir raja selalu memperhatikan rakyatnya, dan menambah kadar karat pada emasnya.
Jadi percayalah kalau Tuhan pasti akan memperhatikan Anda, dan Dia yang paling berkuasa mengubah setiap orang. Perceraian bukanlah solusi, sampai kapan kita harus menikah lalu bercerai, menikah lagi dan bercerai lagi ???, ingatlah si dia adalah hadiah, siapapun dia terimalah dia karena sekali lagi itulah pilihan Anda, ingat ini adalah setengah hari terakhir yaitu waktu untuk memutuskan, setelah itu Anda tidak boleh menukar atau meyia-nyiakan emas Anda, jadi peliharalah pasangan Anda sebagaimana hadiah terindah yang telah Tuhan berikan. Dan apapun yang terjadi dengan pasangan Anda komunikasikanlah dengan Tuhan, karena Dia yang memiliki hati setiap manusia ........

Selamat Hari Lahir...

Ulangtahun kelahiran ke-6 buat si kembar 2 butir...Izzah Sofiya(kiri) dan Izzah Soliha..
29 Julai 2002-Now

Umat Muhammad S.A.W.


Kelahiran cahayamata sulung,Wan Iqram Hafiy.Semoga menjadi pendokong agama Allah di barisan hadapan.Amien..

29 Jun 2008

Siapa?


Ahlan

Selamat datang buat pengunjung-pengunjung yang datang melawat.insyaAllah,ini sebagai muqaddimah kami dlm arena penulisan.Doakan kejayaan kami.