25 Januari 2009

Syahadah Muaqqotah, Kasyfut Taqdirat dan Syahadah Asliyyah ::Bahagian 2::

10- Permohonan Syahadah Asliyyah.Sekarang anda mempunyai 2 dokumen penting,syahadah muaqqotah dan transkrip@kasyfut Taqdirat.Dlm tempoh 1@2@3 minggu atau sehingga diberitahu selepas siap transkrip,kemukakan permohonan untuk membuat syahadah asliah di maktab tansiq(Ibupejabat Universti Al-Azhar),tingkat 2,syuun ta’lim.Serahkan salinan syahadah muaqqotah kepada pegawai bertugas iaitu Ustaz Fahmi untuk ditandakan nama atau mana-mana pegawai jika dia tiada.Urusan permohonan ini boleh dibuat jika segala dokumen pelajaran kita telah sampai ke pejabat syuun ta’lim ini dari syuun khirrij di kuliah pengajian masing-masing.Sebagai langkah yang agak selamat ,boleh cuba tanya selepas sebulan transkrip siap.Bagi situasi siswa yang tasfiah,urusan syahadah asliah(sijil asli) boleh mula buat selepas 1 Januari tahun seterusnya.Baik,jika telah sampai segala dokumen berkaitan,maka nama graduan telah disenaraikan untuk proses menyiapkan sijil asli.Maka anda boleh taqdim @tandakan nama anda untuk diproses sijil asli dengan segera.Tempoh sijil asli ini siap selepas taqdim bergantung kepada syuun ta’lim yang menetapkan.Sekurang-kurangnya 2 minggu.

11- Tuntut Syahadah Asliyyah.Sijil Asli yang telah siap boleh dituntut di makhzan di setiap kuliah masing-masing atau bergantung syuun khirriej yang menetapkan.Sijil ini secara umumnya telah siap diproses di peringkat di kuliah@syuun khirij ini.Tiada lagi urusan berkaitan syahadah tersebut.

12- Pengesahan.Sijil Asli yang telah siap seterusnya dibawa ke maktab tansiq untuk diproses iaitu termasuk pembelian bayaran bernilai LE40 untuk setiap sijil.Kemudian dapatkan tandatangan mudierul ‘Aam bagi syuun ta’lim tersebut serta dapatkan cop berkaitan di bilik berlainan.

13- Mati Setem.Setelah selesai segala urusan di maktab tansiq,seterusnya anda perlu ke idaarah kharijiyyah untuk dapatkan cop dan setem berkaitan bernilai LE11.Jika telah selesai,maka segala urusan berkaitan syahadah asliyyah telah selesai.

14- Proses paling akhir.Anda boleh menuntut kembali dokumen-dokumen asal yang digunakan ketika apply kemasukan ke pengajian AL-Azhar pada tahun pertama dulu di syuun khirriej.Proses ini dipanggil insihab auraq.

Maka itulah urusan terakhir anda di Universiti Al-Azhar.Anda boleh membeli tiket flight utk pulang ke kampung bergantung keinginan dan keselesaan anda.Sesungguhnya anda boleh berlapang dada,tersenyum puas sendirian kerana anda telah menguruskan segala proses berkaitan dokumen graduasi anda dengan usaha anda sendiri tanpa menyusahkan orang lain!

Selamat Berjaya!

Daftar kata :
Syahadah Muaqqotah : Sijil Graduasi Sementara
Kasyfu Taqdirat : Transkrip Keputusan Penuh Peperiksaan
Natijah : Keputusan Peperiksaan
Mudierul ‘Am : Pengetua Umum
Syuunul Khirriej : Hal Ehwal Graduan
Tawkil : mewakilkan
Idaarah Kharijiyyah : Pejabat Kedutaan Luar
Maktab Tansiq : Ibu pejabat pentadbiran Universiti Al-Azhar
Syuun Ta’lim : Hal Ehwal Pengajaran
Tasfiah : Ujian ulangan (layak untuk minimum 2 subjek sahaja)
Makhzan : Bilik Simpanan Dokumen
Insihab Auraq : Proses mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan


1 ulasan:

Abdul Hakim Bin Baharudin berkata...

Syukran banyak2 atas maklumat yang detail ini.Amat berguna kepada generasi akan datang.