31 Disember 2008

Pembetulan

بسم الله الرحمن الرحيم

Penulis ingin memaklumkan terdapat sedikit pembetulan dalam entri lepas iaitu Qunut Nazilah.Dalam doa tersebut terdapat lafaz :

وشَدِّدْ كلِمَتَهم
Yang membawa maksud : "Kuatkan barisan@kesatuan mereka"

Maka ditukar kepada lafaz :

وشَتِّتْ كلِمَتَهم
Yang membawa maksud : "Pecahbelahkan barisan@kesatuan mereka!!"

Penulis ingin memohon maaf atas kesilapan yang agak besar ini.Bagi yang telah menyalin entri ini diharapkan dapat mengubah kesilapan ini.

Penulis mengharapkan agar pengunjung blog ini dapat menegur sebarang kesilapan yang berlaku pada masa akan datang.

Sekian.

30 Disember 2008

.::Qunut Nazilah::..:: قنوت النازلة ::.

Antara sighah qunut nazilah yang boleh digunakan :

اللهم إنَّا نَجْعَلُكَ في نُحُورِ أعدَائِنا ونعُوذُبِكَ من شُرُورِهم

اللهم بَدِّدْ شَمْلَهم وفَرِّقْ جَمْعَهم وشَتِّتْ كلِمَتَهم

وزَلْزِلْ أقْدَامَهم وسَلِّطْ عليهم كَلْبًا من كِلاَبِك

يا قَهَّار... يا جَبَّار... يا مُنْتَقِم!

يا الله ( 3 مرّات )


اللهم يا مُنْزِلَ الكِتاب...ويا مُجْرِيَ السَحَاب...ويا هَازِمَ الأَحْزَاب...
اهْزِمْهم وانْصُرْنا عليهم



Sesungguhnya qunut nazilah adalah antara yang disyariatkan di dalam Islam yang antaranya bertujuan sebagai doa kepada saudara-saudara Islam yang ditimpa musibah seperti ditimpa peperangan.

Doa qunut ini dibaca pada setiap kali solat fardhu yang lima.Sabda Rasulullah S.A.W :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: " لأقَرِّبَنَّ صَلَاةَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَانَ أَبُو هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقْنُتُ فِي الرَّكْعَةِ الْآخِرَةِ مِنْ صَلَاةِ الظُّهْرِ وَصَلَاةِ الْعِشَاءِ وَصَلَاةِ الصُّبْحِ بَعْدَ مَا يَقُولُ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَيَدْعُو لِلْمُؤْمِنِينَ وَيَلْعَنُ الْكُفَّارَ
متفق عليه

Disunatkan juga agar bacaan doa itu hendaklah ringkas,pendek dan tidak memanjang-manjangkannya.Ini berdasarkan kepada Hadis Baginda S.A.W :

حديث أَنَسٍ رضي الله عنه لما سئل: هَلْ قَنَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي صَلَاةِ الصُّبْحِ؟ قَالَ: " نَعَمْ بَعْدَ الرُّكُوعِ يَسِيرًا "
أخرجه مسلم

Doa qunut nazilah juga tidak dikhususkan pada lafaz-lafaz tertentu.Oleh demikian itu,boleh digunakna lafaz seperti yang di atas.

Secara ringkas,cara pelaksanaan qunut nazilah tidak berbeza daripada qunut pada solat Subuh melainkan pada lafaz.

Oleh demikian itu,rentetan serangan pengganas dunia tentera israel ketika ini ke atas rakyat Palestin terutamanya saudara seIslam kita,marilah kita sama-sama memperbanyakkan doa kepada Allah agar umat Islam pada hari ini dibagi kekuatan dan kemenangan antara caranya adalah mengamalkan qunut nazilah seperti di atas.Kita pohon pada Allah supaya umat Islam Palestin diberi kekuatan dalam menghadapi musibah dan serangan Israel Laknatullahi 'Alaihim serta dihapuskan kekuatan dan serangan Israel walau dengan apa cara sekalipun.Kita berserah kepada kehendak Allah dalam memberi pertolongan kepada hamba-hambanya yang merupakan umat kesayangan kekasihNya S.A.W.

rujukan : islamway

26 Disember 2008

Ya Sayyidi Ya Rasulallah...

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya telah menerima satu mesej melalui YM mengenai blog yang diakui telah disabotaj iaitu blog yang telah diisi dengan artikel-artikel dan lakaran yang menghina Nabi kita S.A.W.

Oleh demikian itu penulis ingin mengajak semua pembaca@pengunjung blog untuk sama-sama berdoa kepada Allah supaya bertambah kecintaan kita terhadap Rasulullah S.A.W serta memohon kepada Allah supaya menunjukkan balasan yang dikehendakiNya kepada makhluk-makhluk yang telah menghina kekasihNya S.A.W.

Marilah kita perbanyakkan Selawat dan Salam buat Rasulullah S.A.W. Perhidupkan atau perbanyakkan kembali amalan@sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W. Tanamkan sensitiviti kita sedalam-dalamnya berupa kecintaan terhadap Rasulullah S.A.W melebihi daripada kecintaan kita terhadap makhluk Allah yang lain kerana baginda S.A.W. seawal-awal dan sebaik-baik hamba dan makhluk yang telah diciptakan Allah Taala..

Sama-sama hayati qasidah ini.

يا سيدي يا رسول الله
يا سيدي يا رسولَ الله - يا من له الجَاهُ عند الله
إنّ الْمُسِيْئِيْنَ قدْ جَاءُوك - بالذّنْبِ يَسْتَغْفِرُونَ الله
يا سيّد الرُّسْل هَادِيْنـا - هَيـّا بِغَارة إِلَيْنا الآن
يا هِِمَّة السّادات الأقْطاَب- مَعَادِن الصِّدْقِ والسِّرّ
نَادِ المُهَاجِرصَفِيّ الله -ذاك ابْنُ عيسى أبَا السَّادات
ثُمّ المُقَدّم ولِيّ الله - غَوْث الوَرَى قُدْوَة القَادات
ثمّ الوَجِيْـه لِديْنِ الله - سَقّافَنا خَارِق الْعَادَات
والسّيّد الكامِل الأَوّاب - العَيْدرُوس مَظْهَر القُطْر
قُومُوا بِنا واكْشِفُوا عَنّا - يا سَاداتِي هذِه الأَسْوَ
وَاحْمواُ مَدِيْنَتْكُم الغَنَّا - مِنْ جُمْلةِ الشَّرّ والْبَلْوَى


Qasidah ini menceritakan tentang tawassul kepada Rasulullah SAW dan para salaf, di antara mereka: Ahmad bin Isa Al-Muhajir, Al-Faqih Al-Muqaddam, Abdurrahman Al-Saggaf, Abdullah Al-idrus untuk kita mendapat pengampunan dari Allah SWT dan dijauhkan dari segala kejahatan dan musibah

24 Disember 2008

PAS Hari Ini

Pendedah Eurocopter, Abu Zahar sertai PAS hari ini

KUALA LUMPUR,24 Dis (Hrkh) - Bekas Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Dato' Abu Zahar Hashim yang dikenali ramai sejak mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter sah menyertai PAS hari ini. Selanjutnya.

-HarakahDaily.

Zahar bersama 28 ketua cawangan UMNO sertai Pas

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Ketua UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim secara rasmi menyertai Pas dalam satu majlis di Ampang hari ini.

Beliau bersama 28 ketua cawangan UMNO dalam bahagian itu menyerahkan borang keahlian Pas kepada Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa. Selanjutnya.

- Utusan Malaysia.

Zahar sertai PAS, kempen di KT

Bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim - yang mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter - secara rasmi menyertai PAS hari ini. Selanjutnya.

- Malaysiakini.

1000 ahli Kelab Penyokong PAS ke Kuala Terengganu.

Azhan Harap Pengundi Kuala Terengganu ‘Buka Mata’.

- Buletinonline.

22 Disember 2008

Alam dan Manusia

Kisah 1
Pernah tak kalian memandang ke langit malam dalam tempoh yang lama?Pernah pada tahun 1997,ketika itu penulis berada di tingkatan 1 dan sedang mengikuti Program Asrama Cemerlang 4141 (PAC 4141-41 hari 41 malam di asrama tanpa pulang kampung) di SMKA Tok Jiring.Dalam slot Pendekatan Cahaya Iman(PCI),penulis dan kawan-kawan sekumpulan telah dibawa oleh Ustaz Raja Daud iaitu fasi kami ke padang sekolah lalu memerintahkan kami berbaring dan melihat ke langit. Ustaz pun turut berbaring bersama kami.Malam itu langit cerah.Penulis ketika itu dapat melihat bintang-bintang yang cukup banyak.Berbeza-beza saiz dan cahaya kerlipannya.Pernah satu meteor melintas.Ah,sungguh pantas dan sebentar!Kemudian,dipandang ke kiri dan ke kanan.Tiada penghujungnya.Sungguh luas makhluk Allah bernama langit ini.Sesungguhnya Allah bagi nikmat malam antaranya dapat menghayati langit ciptaan Allah tanpa memedihkan mata.

Kisah 2
Tatkala melayari sebuah blog yang penulis tak ingat macamane boleh terjumpa,penulis terfikir seketika.Blog seorang pelajar tahun akhir kuliah perubatan Malaysia di Ireland ini mungkin boleh dianggap seperti blog-blog lain dari segi isi dan artikel-artikel yang dikeluarkan tapi apa yang membuatkan penulis terfikir sejenak ialah ketika melihat ‘header’ blognya : AKU SEBUTIR PASIR… dan gambar-gambar yang dipaparkan sebagai layout blognya.
Gambar-gambar yang diambil sendiri oleh pemilik blog ini merupakan pemandangan yang dirakam tatkala jelajah dan ziarah beliau merangkumi kebanyakan Negara Eropah,Utara Afrika,Australia dan beberapa buah Negara lagi.Penulis terkaget seketika melihat pemandangan-pemandangan yang indah dan menarik ini mengingatkan kebesaran dan keagungan Allah yang Maha Pencipta lagi Maha Kaya.Bahkan pemandangan yang pelbagai ini menunjukkan bahawa aturan alam ini bukan terjadi dengan sendiri bahkan dicipta oleh Yang Maha Bijaksana.Pemandangan-pemandangan ini berbeza mengikut lokasi geografinya.Begitu juga bangunan dan infrastruktur setiap negara berbeza menunjukkan penciptaan manusia dan gaya berfikir manusia sangat berbeza.


Blog Aku Sebutir Pasir

Cukuplah 2 kisah ini yang penulis paparkan.Di sini penulis tidak lain dan tidak bukan hanyalah ingin mengajak kalian berfikir sesungguhnya manusia ini sangat kecil berbanding makhluk-makhluk Allah yang lain.Dalam kisah pertama,cuba kita fikirkan bahawa bintang-bintang yang banyak dan pelbagai itu amat jauh jaraknya dari bumi ini bahkan antara satu sama lain.Pakar-pakar astronomi menganggarkan jarak dari bumi ke bintang-bintang tersebut memakan masa berjuta-juta tahun cahaya perjalanannya menggunakan kapal angkasa paling laju di dunia.
Dalam kisah kedua,berdasarkan travelog-travelog saudara Jhaznarul ,iaitu pemilik blog tersebut,banyak hikmah yang kita boleh cungkilkan.Antaranya pertama,seperti yang penulis sebutkan di atas bahawa manusia ini terdiri daripada berbilang-bilang kaum dan bangsa.Walaupun manusia itu berbeza,tapi secara kasar kita boleh lihat setiap bangsa itu ada identitinya tersendiri.Cuba bayangkan beratus bahkan beribu bangsa yang berbeza-beza adat dan tatacara hidupnya yang sedikit sebanyak mempengaruhi persekitaran termasuk binaan bangunan.Apatah lagi antara individu manusia.Lagi berbeza-beza!
Kedua,cuba bayangkan bahawa bumi Allah yang kerdil ini pun tak mampu untuk kita teroka ke seluruh pelusuknya apatah lagi bintang-bintang.Bahkan kalau kita sempat teroka habis pun,berapa lama yang kita telah peruntukkan?Fikirkan…

Akhirnya diharapkan semua pengunjung@pembaca blog termasuk diri penulis dapat mengambil iktibar atas ciptaan Allah mengikut perspektif yang penulis sentuh di atas.Banyak lagi iktibar yang boleh kita dapat terutamanya apabila kita mentadabbur ayat-ayat Allah.Penulis bahkan kita semua ini hanyalah insan yang sangat kerdil di sisi Allah.Seumpama nukleus di dalam tubuh,seumpama sebutir pasir di padang sahara yang luas…..

21 Disember 2008

Demam Peperiksaan vs Demam Wireless

Tempoh 2 minggu terakhir ini merupakan antara minggu-minggu terakhir kepada siswa-siswi Al-Azhar untuk membuat persediaan menjelang peperiksaan fasal pertama sesi pengajian 2008/09 di Universiti Al-Azhar.Pada waktu inilah mereka akan cuba menghadiri sepenuhnya jadual pengajian kuliah di universiti memandangkan pada ketika ini pensyarah biasanya akan memberi gambaran gaya atau bentuk soalan serta tajuk-tajuk penting bagi semua subjek yang akan diajukan dalam peperiksaan akan datang.Maka akan penuh sesaklah dewan kuliah apatah lagi bas-bas yang menuju ke kampus!
Kelas-kelas tutorial tambahan yang diadakan di penginapan masing-masing juga tidak kurang rancaknya berjalan terutamanya melibatkan subjek-subjek yang kritikal dan berdepan risiko untuk gagal.Na'uzubillahi min zaalik!

Jika jadual pengajian kuliah ini telah mula ditawaqqufkan(ditangguhkan),maka bermulalah tempoh ber'uzlah' atau berkurung bagi mereka untuk menumpukan pada ulangkaji setiap subjek peperiksaan.Masing-masing akan cuba memahami kembali dan menghafal point-point penting bahkan ada juga yang baru nak buka kitab!Maka ada dari kalangan mereka yang sampai demam lantaran terlalu memberi penumpuan pada ulangkaji.Kesihatan juga amat penting persediaan sebelum dan semasa peperiksaan.Apatah lagi bila berada dalam musim dingin ini.Penulis doakan agar Allah mempermudahkan ulangkaji mereka serta memudahkan mereka untuk memahami subjek-subjek tersebut.


Dewan-dewan peperiksaan

Sementara itu,baru-baru ini pula,siswa-siswi Terengganu di Asrama Darul Iman telah menerima kehadiran 'orang baru' ke asrama mereka.Internet!
Internet yang dipasang di asrama ini menggunakan link DSL yang baru dan berfungsi dengan baik.Hal ini demikian kerana Datalink yang digunakan sebelum ini amat bermasalah dan ini diakui oleh pengguna-pengguna yang telah lama menggunakannya.

Wireless router

Lantaran kehadiran 'orang baru' ini,maka timbullah satu tsunami baru dalam kehidupan siswa-siswi di asrama ini.Demam wireless!Bagi mereka yang menggunakan laptop,mungkin masalah untuk mendapatkan gelombang internet agak kurang berbanding mereka yang menggunakan desktop.Maka pemilik desktop ini mula mengambil inisiatif membeli adaptor wireless untuk menarik gelombang ini.Maka terpacaklah beberapa bentuk adaptor ni di ruang-ruang yang agak strategik.Sekurang-kurangnya mereka tidak ketinggalan berbanding pemilik-pemilik laptop.

Adaptor wireless di atas peti sejuk

Adaptor wireless dari dekat

Apa-apa hal pun,penulis nasihatkan mereka agar pandai-pandailah menggunakan kemudahan tersebut apatah lagi bertembung dengan musim peperiksaan ini.Kelak jika mereka gagal,janganlah disebabkan internet ini dijadikan hujah dan alasan kegagalan tersebut.Kekalkan prestasi pencapaian siswa-siswi Terengganu yang sebelum ini menjuarai peratus kelulusan tertinggi berbanding negeri-negeri lain.Dan paling penting,bulatkan niat ulangkaji ikhlas kerana Allah Taala sebagai wasilah untuk menuntut Ilmu.

Siiru 'ala barakatillah.

15 Disember 2008

Mengadu Pada Allah..

" Ya Allah , kepadaMu aku mengadu betapa lemahnya kekuatanku dan betapa sedikitnya helah upayaku dan betapa hinanya aku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang maha Penyayang mengatasi segala yang menyayangi, Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkaulah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau serahkan diriku ini? Kepada orang jauh yang senantiasa memerangiku atau kepada musuh yang mahu menangkapku? Jika tiada kemurkaanMu terhadap diriku ini, nescaya aku tidak peduli (untuk teruskan perjuangan ini). Akan tetapi naungan kesejahteraanMu terlebih aku harapkan. Aku berlindung dengan cahaya keredhaanMu yang telah menerangi kegelapan. " - doa Rasulullah SAW ketika dalam perjalanan pulang dari Thaif..

Ya Allah,kurniakanlah kepada kami ketabahan sebagaimana Kau kurniakan kepada KekasihMu...

- petikan dari YM.

13 Disember 2008

Year's Biggest Full Moon Friday Night

The full moon Friday night will be the biggest one of the year as Earth's natural satellite reaches its closest point to our planet.
Earth, the moon and the sun are all bound together by gravity, which keeps us going around the sun and keeps the moon going around us as it goes through phases. The moon makes a trip around Earth every 29.5 days. But the orbit is not a perfect circle.
The moon's average distance from us is about 238,855 miles (384,400 km). Friday night it will be just 221,560 miles (356,567 km) away. It will be 14 percent bigger in our sky and 30 percent brighter than some other full moons during the year, according to NASA.
Tides will be higher Friday night, too. Earth's oceans are pulled by the gravity of the moon and the sun. So when the moon is closer, tides are pulled higher. Scientists call these perigean tides, because the moon's closest point to Earth is called perigee. The farthest point on the lunar orbit is called apogee.
Some other strange lunar facts:
  • The moon is moving away as you read this, by about 1.6 inches(4 centimeters) a year. Eventually it'll be torn apart as an expanding sun pushes the moon back toward Earth for a wrenching close encounter.
  • There is no proof the full moon makes people crazy.
  • Beaches are more polluted during full moon, owing to the higher tides.
The moon will rise Friday evening right around sunset, no matter where you are. That's because of the celestial mechanics that produce a full moon: The moon and the sun are on opposite sides of the Earth, so that sunlight hits the full face of the moon and bounces back to our eyes.
At moonrise, the moon will appear even larger than it will later in the night when it's higher in the sky. This is an illusion that scientists can't fully explain. Some think it has to do with our perception of things on the horizon vs. stuff overhead.
Try this trick, though: Using a pencil eraser or similar object held at arm's length, gauge the size of the moon when it's near the horizon and again later when it's higher up and seems smaller. You'll see that when compared to a fixed object, the moon will be the same size in both cases.
You can see all this on each night surrounding the full moon, too, because the moon will be nearly full, rising earlier Thursday night and later Saturday night.
Interestingly, because of the mechanics of all this, the moon is never truly 100 percent full. For that to happen, all three objects have to be in a perfect line, and when that rare circumstance occurs, there is a total eclipse of the moon.

Robert Roy Britt
Editorial Director
SPACE.com – Thu Dec 11, 1:45 pm ET

12 Disember 2008

.: Hydrocele :.

I found out something about a disease that called hydrocele in my friend's blog which happened to his beloved son.He was treated with an operation and alhamdulillah,it's a success operation.I hope everything will be okay and normal.

I tried to find out some explanation about the hydrocele through the google search engine and there were many of webs provide this information.But it's difficult for me to understand it.As a reference of these webs,I chose a web with simple language briefing but still not understanding it.I hope that somebody can tell and brief to me about Hydrocele in Malays.

10 Disember 2008

Raya Qurban

الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر , الله أكبر, الله أكبر,
ولله
الحمد
Alhamdulillah,penulis bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana sekali lagi telah memberi peluang kepada hamba-Nya ini untuk meraikan sambutan ‘Idul Adha,bersama-sama saudara muslimin lain melaungkan takbir menghayati kebesaran Allah,menghayati ruh ibadat korban serta menyelami ruh jemaah haji yang menunaikan haji di Mekah Penulis berasa bertuah kerana dapat berada di bumi kinanah ini,bersama-sama rakyat Mesir yang sememangnya jiwa mereka ini amat terkesan dengan ‘Idul Adha yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada diri penulis.

Inilah sebenarnya penghayatan yang diajar oleh Islam dalam merayakan ‘Idul Adha,bukannya dengan kegembiraan dan keseronokan semata.Bukan dengan hiburan.Bahkan ruh atau jiwa kita sepatutnya diajar untuk berkorban diiringi dengan pujian membesarkan keagungan Zat Yang Maha Esa.Tiada yang layak dengan sebenar-benarnya melainkan Allah untuk dipuji,dibesarkan dan diagungkan sebagaimana takbir raya yang memuji dan membesarkan Allah.Bahkan laungan takbir Raya Korban ini berterusan bermula dari malam 10 Zulhijjah sehinggalah ke penghujung hari-hari Tasyriq iaitu pada 13 Zulhijjah,berbeza dengan Hari Raya Fitrah yang takbir raya terhad sampai solat pagi raya sahaja.

InsyaAllah,mari kita sama-sama berdoa memohon kepada Allah untuk memberi peluang kepada kita semua untuk menyahut seruan menunaikan ibadah haji seawal-awalnya tahun depan bagi sesiapa yang belum menunaikan haji dan juga memohon kepada Allah supaya kita mampu melakukan ibadah korban jika ada yang belum melakukannya.Amin..

Penulis : Penulis sangat teruja dengan laungan takbir stail Arab yang agak berbeza dengan takbir stail Nusantara.Laungan mereka lebih bersemangat berbanding stail Nusantara yang agak mendayu.Kurang ‘match’ dengan maksud takbir itu sendiri.MP3 takbir yang ada dalam simpanan penulis pun yang ada hanya stail Nusantara tu.Oleh demikian itu,penulis pun teruja mencari-cari takbir raya stail Arab takut-takut ada dalam simpanan kawan-kawan penulis.Akhirnya,Alhamdulillah terjumpa juga.Itupun melalui laman web.Kepada rakan-rakan yang berminat,sila layari dan download takbir raya Mekah di sini.

Kambing2 utk dikorbankan...
Proses me'rebah'kan unta...
Unta yg baru dikorbankan

04 Disember 2008

HUKUM JUAL DAGING KORBAN

Assalamualaikum.Ketahui hukum berkenaan jualan daging korban di sini.

Lidah Dan Hati...

Ikatan Lidah Dengan Hati: Sesungguhnya lidah orang mukmin itu di belakang hatinya. Apabila berkehendak ingin mengatakan sesuatu, nescaya difahaminya (lebih dahulu) menerusi hati kemudian baru dilakukannya dengan lidahnya. Ada pun lidah orang munafik pula berada di hadapan hatinya. Apabila ia bercita-cita terhadap sesuatu nescaya dilakukannya dengan lidah dan tidak difahami sama sekali dengan hatinya."
(Diriwayatkan oleh al-Kharaithi dari Hasan al-Basri...)
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA 10 AWAL ZULHIJJAH

30 November 2008

Pencabar Anwar ingin sertai PKR

Datuk Arif Shah Omar Shah, pencabar tokoh utama PKR sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh pada Ogos lalu, sedang mempertimbangkan untuk menyertai parti itu.

Beliau berkata kini 30 peratus peluang beliau menyertai parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu selepas mendakwa diketepikan dengan serius oleh ketua bahagian Umno Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

"Saya harus berbincang dengan (ketua menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng dahulu supaya beliau selesa (dengan kemungkinan beliau menyertai Pakatan Rakyat," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"(Pemimpin) PKR (negeri) mempelawa saya (menyertainya), mereka mengalu-alukan kehadiran saya tetapi ia bukan keputusan yang mudah, banyak perkara perlu difikirkan dan saya harus menyelesaikan satu per satu."

Mengulas sama ada pergeseran beliau dengan Abdul Jalil - yang mengekalkan jawatan ketua bahagian Umno pada Oktober lepas - dengan kepemimpinan atasan Umno, Arif Shah berkata beliau akan membawa perkara itu jika beliau ingin meninggalkan parti itu.

Diminta mengulas lanjut sebab-sebab yang mendorongnya melompat kepada parti pembangkang itu, Arif Shah berkata penyalahgunaan kuasa yang didakwa dilakukan Abdul Jalil telah menghalangnya menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Arif Shah menguasai DUN Seberang Jaya, dalam bahagian Permatang Pauh, selama dua penggal berturut-turut. Dua lagi DUN bawah parlimen itu masing-masing dikuasai PAS (Permatang Pasir) dan PKR (Penanti).

"Banyak perkara yang saya harus melalui beliau (Abdul Jalil) termasuk di kawasan DUN saya sendiri, saya tidak boleh bertemu dengan pemimpin-pemimpin cawangan," katanya.

"Bagi saya, jika orang memerlukan khidmat saya, tanpa mengira sama ada mereka Melayu, Cina atau India, saya mesti menolong mereka."

Ditanya sama ada PKR menawarkan sebarang jawatan, beliau berkata: "Perkara itu tidak penting, saya perlukan wadah untuk menyalurkan khidmat saya."

Arif Shah dilaporkan ditawarkan jawatan timbalan ketua menteri I yang kini dipegang oleh wakil rakyat Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin.

Beliau bagaimanapun berkata perlu masa untuk mengambil keputusan muktamad.

-MalaysiaKini,30112008

28 November 2008

Al-Faatihah!

Al-Fatihah kepada Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail yang meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland kira-kira 6.30 petang tadi dan takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau.

Pengalaman bersama Almarhum

Penulis pernah bersua muka dengan almarhum yang mana ketika itu diadakan Majlis Ramah Mesra bersama almarhum di Surau Asrama Darul Iman di Kaherah akhir 2007.Antara pesanan almarhum ketika itu yang sedikit sebanyak memberi peransang kepada penulis :
"Extraordinary Effort Can Make or Produce Extraordinary Result"

Penulis akui almarhum seorang yang berpengalaman dalam dunia pendidikan dan sedikit sebanyak kagum dengan almarhum dalam bidang ini,bukannya dalam bidang politik.Ini jelas ketika almarhum berucap dalam majlis ramah mesra tersebut lebih-lebih lagi almarhum lulusan Sarjana di Birmingham University,UK dan pernah mengajar di beberapa buah maktab perguruan serta menjawat jawatan sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu.Cuma penulis agak terkilan apabila almarhum seolah-olah terlalu memandang tinggi institusi-institusi pendidikan di Barat sehingga penulis ketika itu terkeluar kata menyampuk ucapan almarhum :
" Universiti AlAzhar?(Bagaimana?)".
Mungkin rakan-rakan seperjuangan pun turut terkilan ketika itu.Almarhum dan kenamaan lain sepatutnya jangan lupa Universiti Al-Azhar adalah merupakan penyumbang yang besar dalam dunia umat Islam jika dibandingkan dengan institusi-institusi pendidikan lain.Sejarah telah membuktikan!

Penulis tidak berniat untuk menyalahkan almarhum seratus-peratus apatah lagi memburukkan almarhum.Harapan penulis dan rakan-rakan agar mereka yang kenamaan dan berkelulusan Barat terutamanya pimpinan UMNO wajib perbetulkan tanggapan yang salah ini.Kaji balik sejarah Islam yang lalu berkaitan dengan Al-Azhar ini dan hayatilah.Kalau nak mempersalahkan kami sebagai Azhariyyun ini kerana kami salah tak mengapa,tapi jangan nafikan kebenaran sejarah Al-Azhar dan sumbangannya sampai hari ini.

Walau bagaimanapun,penulis dan rakan-rakan doakan semoga roh beliau tergolong bersama roh-roh orang beriman dan semoga Allah mengampuni dosa-dosa beliau.Mudah-mudahan keluarga beliau juga turut tabah dan redha dengan kembalinya almarhum ke rahmatullah.Amin...

26 November 2008

قد كفاني علم ربي


قَدْ كَفَانِي عِلْمُ رَبِّي
Cukup bagiku pengetahuan Tuhanku
مِنْ سُؤَالِي وَاخْتِيَارِي

Daripada permintaan dan usahaku
فَدُعَـائِي وابْتِهـَالِي
Doa serta permohonanku
شَـاهِدٌ لِي بِافْتِقَارِي
Sebagai bukti pada kefakiranku
فَلِهَذَا السِّرِّ أَدْعُـو
Oleh kerana rahsia itu aku berdoa
فِي يَسَارِيْ وَعَسَارِي
Pada saat aku senang dan susah
أَنَا عَبْدٌ صَارَ فَخْرِي
Aku adalah hamba, menjadi kebanggaanku
ضِمْنَ فَقْرِي وَاضْطِرَارِي
Dalam kefakiran dan keperluanku

يَا إِلَـهِي وَمَلِيْـكِي
Wahai tuhanku yang memiliki aku
أنْتَ تَعْلَمُ كَيْفَ حَالِي
Kau Maha tahu akan keadaanku
وَبِمَا قَدْ حَـلَّ قَلْبِـي
Dan apa yang berada dalam hatiku
مِنْ هُمُوْمٍ وَاشْتِغَالِـي
Dari kesedihan dan kesibukanku
فَتَـدَارَكْنِي بِلُطْفٍ
Maka tolonglah aku dengan kelembutan
مِنْكَ يَا مَوْلَى الْمَوَالِي
Dari-Mu Wahai Tuhan seluruh hamba
يَا كَرِيْمَ الْوًَجْهِ غِثْنِي
Wahai yang Maha Pemurah tolonglah hamba
قَبْلَ أنْ يَفْنَى اصْطِبَارِي
Sebelum lenyap kesabaran hamba
يَا سَرِيْعَ الْغَوْثِ غَوْثًا
Wahai pemberi pertolongan dengan segera
مِنْكَ يُدْرِكْنَا سَرِيْعًا
Berilah kami dengan segera pertolongan-Mu
يَهْزِمُ الْعُسْرَ وَيَأْتِي
Yang dapat menghilangkan kesulitan dan dapat mendatangkan
بِالَّذِي نَرْجُو جَمِيْـعًا
Dengan apa-apa yang kami harapkan semua
يا قَرِيْـبًا يا مُجِيْـبًا
Wahai yang Maha dekat, dan menjawab
يا عَلِيْمًا يا سَمِيْـعًا
Wahai yang Maha mengetahui dan mendengar
قَدْ تَحَقَّقْتُ بِعَجْزِي
Aku mengaku akan kelemahanku
وخُضُوْعِي وانْكِسَارِي
Dan ketaatan serta kesedihanku
لَمْ أَزَلْ بِالْبَابِ وَاقِفْ
Aku sentiasa menunggu di hadapan pintu rahmat-Mu
فَارْحَمَنْ ربِّي وُقُوْفِي
Wahai Tuhanku berikanlah rahmat padaku
وبِوَادِي الْفَضْلِ عَاكِفْ
Pada lembah kurnia-Mu aku berada
فَأَدِمْ ربِّي عُكُـوْفِي
Wahai Tuhanku tetapkanlah keberadaanku disana
ولِحُسْنِ الظَّنِّ لاَزِم
Aku sentiasa mempunyai prasangka baik
فَهُوَ خِلِّي وحَلِيْفِي
Ia (prasangka baik) adalah teman dan kawanku
وأَنِيْسِي وجَلِيْسِي
Juga penyenang bagiku dan yang setia bersamaku
طُوْلَ لَيْلِي ونَهَارِي
Sepanjang malam dan siangku
حَاجَةً فِي النَّفْسِ يَا ربّ
Wahai Tuhanku, dalam jiwa ini terdapat hajat
فَاقْضِهَا يا خَيْرَ قَاضِي
Tunaikanlah Wahai yang Maha Menunaikan
وأَرِحْ سِرِّي وقَلْبِي
Tenteramkanlah rahsia dan hatiku
مِنْ لَظاَهَا والشُّوَاظِ
Dari kebimbangan dan pergolakannya
فَالْهَنَا والْبَسْطُ حَالِي
Sungguh aku akan berada dalam ketenteraman dan ketenangan
وشِعَارِي ودِثَارِي
Dan juga (ketenteraman dan ketenangan) menjadi pakaianku


-Qasidah Al-Imam Al-Haddad

Bagaimana untuk mendekatkan diri kepada Allah serta mendapat kasih sayang dan keredaan-Nya?

1. Anda perlu mempelajari bagaimana mencari ganjaran pahala di sisi Allah

2. Anda perlu merancang kebahagiaan untuk hari akhirat anda sebagaimana anda merancang untuk kebahagiaan hidup di dunia

3. Anda perlu mengetahui apakah amalan yang paling baik, waktu dan masa yang paling sesuai serta pemberian yang paling baik untuk anda lakukan atau berikan kepada rakan-rakan dan keluarga anda

4. Anda perlu mengetahui apakah amalan yang paling utama dan ganjaran pahala yang paling besar serta cara memperolehinya.

5. Anda perlu mencari dan berdamping dengan orang yang sering melakukan kebaikan dan anda hendaklah membina hubungan baik bersama mereka, mengambil pengajaran dan manfaat dari mereka, bertanya mereka dan belajar dari mereka cara untuk mendekatkan diri kepada Allah sehingga anda dikasihi oleh Allah.

6. Anda perlu bersiap-siap dalam beramal dengan meminta panduan dari mereka yang suka beramal untuk akhirat sebagaimana ada bersiap-siap untuk dunia anda dengan meminta panduan dari seseorang untuk urusan dunia anda. Apabila anda sentiasa bertanya dan meminta panduan dari orang yang suka beramal dengan cara mengkaji dan mempelajari, semua itu akan memperelokkan amalan anda.

7. Anda perlu sentiasa mengadakan perubahan dalam hidup anda sebagaimana anda sentiasa menukar barang-barang keperluan hidup duniawi anda seperti perabot rumah anda, pakaian, set pinggan mangkuk dan sebagainya. Anda juga perlu mengubah niat dan meningkatkan amalan anda iaitu ubahkan niat kepada niat yang baik dan suci.

8. Anda perlu mengubah niat anda dan belajar bagaimana untuk mendapatkan ganjaran pahala dalam segala perbuatan samada kecil atau besar, semasa anda gembira dan marah, semasa anda tidur dan jaga, semasa anda makan, pergi dan pulang dan dalam segala amalan dan tindakan anda!

Sesuatu perbuatan yang dilakukan dalam kehidupan mesti berasaskan kepada niat dan tujuan perbuatan tersebut dilakukan. Seseorang yang melakukan urusan dunianya dan kebiasaan hariannya jika diniatkan perbuatan tersebut semata-mata untuk menunaikan hak dan kewajipan terhadap Allah SWT disamping untuk menunaikan kewajipan terhadap hidup dan dirinya sendiri, maka segala amalan yang menjadi rutin hidupnya itu akan menjadi ibadah dan mendapat pahala di sisi Allah. Ini termasuk urusan mencari rezeki, makan dan minum, rehat, tidur dan sebagainya. Apabila semuanya diniatkan untuk Allah maka perbuatan tersebut akan diberkati dan dibuka segala pintu kebaikan dan rezeki dengan tidak disangka-sangka oleh kita.

Orang yang tidak berniat kerana Allah dalam segala urusan hidupnya maka merekalah orang yang paling rugi kerana kejahilannya dan kecuaiannya. Mereka hanya mencela diri mereka sendiri. Rasulullah saw bersabda di dalam hadis sahih:

إنك لن تعمل عملاً تبتغي فيه وجه الله إلا أجرت عليه، حتى ما تجعله في فيّ امرأتك
"Sesungguhnya engkau tidak melakukan amalan yang engkau niatkan kerananya semata-mata kerana Allah, melainkan engkau akan diberi pahala sehingga termasuk juga rezeki yang engkau suapkan kepada isterimu"
(Al-Bukhari)


Petikan dari buku 'Mencari Ganjaran Pahala Dalam Kehidupan',karangan Ustaz Zukarnain bin Dollah.

23 November 2008

Zaqaziq....

Alhamdulillah...Penulis sekali lagi dapat menjejakkan kaki ke bumi Zaqaziq di muhafazah Syarqiyyah setelah penulis congak hampir kira-kira 2 tahun lalu kali terakhir sampai di sini.Itupun pergi tak sempat bermalam.Bersama teman exco ketika itu, Nik Taufik serta musyrif, Abd Manaf kami menempah uniform untuk AJKT KPT 06/07.Bertolak selepas Maghrib dari Kaherah,terus pulang kembali pada malam itu juga.Kebetulan musim sejuk.Malam agak panjang.

Tapi kali ini,penulis berkesempatan sekali lagi untuk ke Zaqaziq dan bermalam di sana.Itupun bukannya berziarah semata.Ada sedikit urusan.Kebetulan pula,teman blogger d'udin pun berkeinginan ke sana.Itupun kes ada sepupu di Zaqaziq,Faiz yang baru berada di tahun pertama Kuliah Perubatan.Kalau tidak ,bukan senang si 'udin ni nak ke mana-mana.

Emmm...menurut musyrif kami di sini,tiada pun tempat menarik di sini.Fakta ini disokong oleh beberapa temannya hatta Faiz sendiri pun kata macam tu.Tapi penulis berfikir,alang-alang dah sampai,takkan nak melepak kat rumah aje.Lagipun paling kurang setiap tempat pasti ada keistimewaannya tersendiri.Begitulah yang penulis fikirkan.

Kami ambil keputusan untuk keluar bersiar-siar sekitar bandar Zaqaziq.Keistimewaan pertama yang penulis boleh ungkapkan,bandar ini dihiasi dengan aliran sungai di tengah-tengahnya.Walaupun kurang lebar,tapi menarik.Setiap yang datang ke sini,pasti akan melewati,menyusuri atau melalui sungai ini.

Masjid Fatah
Di samping itu,terdapat sebuah masjid besar yang lokasinya berhampiran sungai dan persimpangan jalan.Namanya Masjid Fatah.Menurut kata musyrif kami,masjid ini dibina hasil pembiayaan atau sumbangan seorang bekas penyanyi Mesir yang telah insaf.Semoga Allah memberkati sumbangan beliau ini.

Inilah antara tempat-tempat yang sempat penulis dan rakan berziarah.Kesimpulannya,apa yang penulis ingin lontarkan di sini,keistimewaan setiap tempat di mana-mana sekalipun bukan bergantung dengan adanya tempat-tempat menarik dan cantik semata.Keramahan penduduk,kemeriahan suasana Islamik,nyamannya udara adalah antara faktor yang perlu diambilkira juga untuk menilai.
Sekian.
Bersama Udin dan Faiz
Teman Serumah Faiz
Kedai Kain
emm...?
p/s- Penulis teringat rupanya tahun lepas penulis sempat juga singgah sebentar di Zaqaziq.Kebetulan AJKT KPT anjur ziarah ahli bersalin(zaujah Us Roslan)di Tafahna Asyraf.
Sorry...:D

21 November 2008

Sejarah Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya...Amin

19 November 2008

Selamat Berkhidmat......

Selamat pulang buat rakan-rakan seperjuangan yang pulang lebih awal..Mudah-mudahan kepulangan kita dapat memberi manfaat kepada masyarakat tidak kira di bidang mane sekalipun.Ya Allah...bantulah kami...

Najib...

Taufik...

Syed , Yusri & Saiful...

Nantikan kepulangan kami pula.InsyaAllah,kita sama-sama berkhidmat.

18 November 2008

'Eid Milad Sa'ieed

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selamat Ulangtahun kelahiran buat Adinda Nani.Moga Peluang hidup yang Allah kurniakan ini dipenuhi dengan pengabdian kepadaNya.

p/s - sorry,tak tau birthday ikut kelendar Hijrah...

17 November 2008

كتاب المعتمد في الفقه الشافعي


صدر عن دار القلم في دمشق «كتاب المعتمد في الفقه الشافعي» وهو من تأليف الأستاذ الدكتور محمد الزحيلي عميد كلية الشريعة والدراسات الإسلامية في جامعة الشارقة
والكتاب في خمس مجلدات، اعتمد المؤلف فيه على القول الراجح في المذهب وأحياناً يشير إلى القول المرجوح أو الضعيف، وخاصة إذا كان موافقاً للمذاهب الأخرى، وكذلك بيَّن الأدلة للأحكام الفقهية في المذهب الشافعي لأن المجتهد لا يقول قولاً إلا إذا كان معتمداً على دليل وكذلك عزا المؤلف الآيات الكريمة، وخرّج الأحاديث تخريجاً مختصراً بعزوها إلى كتب السنة المطبوعة، والاكتفاء بذلك إذا وردت في الصحيحين أو أحدهما، وأثبت المصادر والمراجع في الحاشية، ومن الأشياء المهمة في هذا الكتاب أنه أشار للحكم الفقهي الشائع والمنتشر بين الناس من المذاهب الأخرى. وقد ركز المؤلف على المسائل الفقهية التي يكثر وقوعها وأغفل المسائل التي يندر وقوعها أو التي لم تعد مستعملة في زماننا اليوم كأحكام الرقيق والعبيد مثلاً.
ورابطة علماء سورية تشكر المؤلف على هذا الجهد العلمي الكبير والعمل الجليل، وتدعو طلبة العلم إلى الاستفادة من هذا الكتاب النافع القيم.

نبذة مختصرة: المعتمد في الفقه الشافعي

المؤلف : الدكتور محمد الزحيلي عميد كلية الشريعة والدراسات الإسلامية جامعة الشارقة

الأجزاء : خمسة أجزاء

الغلاف : مجلد

بلد الناشر: سوريا

التخصص: الفقه

دار النشر: دار القلم - دمشق



14 November 2008

HAJJATUL WADA (HAJI SELAMAT TINGGAL)

Hajjatul Wada merupakan satu-satunya haji yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. selepas diutuskan sebagai Rasul. Apabila orang ramai mendengar Rasulullah s.a.w. akan mengerjakan haji pada tahun tersebut, mereka berbondong-bondong datang dari pelbagai pelusuk semenanjung tanah Arab untuk sama-sama mengerjakan haji hinggakan bilangan mereka (mengikut sesetengah ahli sejarah) mencapai jumlah 114 ribu orang. Kami anggap bilangan ini adalah bilangan anggaran. Jika tidak, bagaimanakah mereka boleh dihitung dan ditentukan bilangan seramai itu?

Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan khutbah Baginda yang masyhur. Setiap penuntut wajib menghafalnya kerana ia mengandungi pengisytiharan prinsip-prinsip umum Islam, la juga merupakan khutbah terakhir Baginda. Di dalamnya terkandung:

"Wahai manusia! Dengarlah sabdaku. Aku tidak tahu, boleh jadi aku tidak akan menemui kamu selepas tahun ini di tempat ini untuk selama-lamanya. (Ramalan ini adalah antara mukjizat Rasulullah s.a.w.).
Wahai manusia! Darah dan harta kamu mesti dihormati sehingga kamu bertemu kembali
dengan Tuhan kamu. la mesti dihormati sebagaimana kehormatan hari kamu ini (Hari Arafah) dan kehormatan bulan kamu ini (bulan haram Zulhijjah). Kamu akan bertemu dengan Tuhan kamu, lalu Dia akan menyoal kamu tentang amalan-amalan kamu. Sesungguhnya aku telah menyampaikan. Sesiapa yang mempunyai amanah, hendaklah dia menunaikan amanah itu kepada pemberi amanah. Semua amalan riba dihapuskan. Namun kamu berhak memiliki modal kamu tanpa kamu menzalimi atau dizalimi. Allah telah menetapkan tiada riba (lagi diamalkan). Oleh itu, semua riba kepunyaan Abbas bin Abdul Muttolib dihapuskan. Setiap tuntutan darah pada zaman jahiliah digugurkan. Tuntutan darah pertama yang aku gugurkan ialah darah Ibnu Rabiah bin al-Harith bin Abdul Muttolib (dia disusukan oleh Bani Laith dan telah dibunuh oleh Huzail). Dia merupakan tuntutan darah jahiliah pertama yang aku mulakan pengguguran tuntutannya.
Wahai manusia! Syaitan telah berputus asa buat selama-lamanya untuk dia disembah lagi di bumi kamu ini. Namun sekiranya dia dipatuhi dalam perkara lain yang kamu anggap lekeh, ia sudah cukup untuk menyenangkan hatinya. Oleh itu, berwaspadalah terhadap agama kamu.
Wahai manusia! Perbuatan menangguh tarikh bulan-bulan haram adalah penambahan kepada kekufuran. Orang-orang kafir menyesatkan orang ramai dengan perbuatan itu. Mereka menghalalkan bulan tersebut untuk setahun dan mengharamkannya untuk setahun yang lain dengan tujuan melakukan perkara-perkara yang Allah haramkan. Justeru itu, mereka menghalalkan perkara yang diharamkan Allah dan mengharamkan perkara yang dihalalkan Allah. Waktu telah berputar sebagaimana keadaan asalnyapada hari Allah menciptakan langit dan bumi. Bilangan bulan di sisi Allah ialah 12 bulan. Empat bulan daripadanya adalah bulan haram: tiga bulan berturut-turut dan satu lagi ialah Rajab Mudhar1 yang berada antara Jamadil Akhir dengan Syaaban.
Wahai manusia! Kamu mempunyai hak ke atas isteri-isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu. Hak kamu ke atas mereka ialah mereka tidak boleh membenarkan sesiapa yang kamu bend (sama ada lelaki mahupun wanita, mahram mahupun ajnabi) memasuki rumah kamu. Mereka juga tidak boleh...(maaf tiada maklumat)
Kaum Mudhar amat memuliakan bulan Rajab. Oleh kerana itu, bulan tersebut dikaitkan dengan mereka. melakukan perkara keji. Sekiranya mereka melakukannya, Allah membenarkan kamu untuk meninggalkan tidur dengan mereka dan memukul mereka dengan pukulan yang tidak keras. Sekiranya mereka berhenti daripada perbuatan-perbuatan ini, mereka berhak mendapat rezeki dan pakaian yang baik. Terimalah pesanan aku untuk berbuat baik dengan wanita ini. Mereka adalah pembantu kamu. Mereka tidak memperolehi apa-apa bagi diri mereka. Kamu mengambil mereka sebagai amanah Allah serta menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah.
Fahamilah sabdaku ini, wahai manusia! Sesungguhnya aku telah menyampaikan. Aku telah tinggalkan kepada kamu satu perkara yang jelas,jika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya: Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
Wahai manusia! Dengar dan fahamilah sabdaku. Kamu tahu bahawa setiap orang Islam saudara kepada orang Islam yang lain. Sesungguhnya orang Islam bersaudara. Milik
saudaranya tidak halal bagi seseorang kecuali apa yang diberikannya dengan rela hati. Oleh itu,jangan kamu menzalimi diri-diri kamu. Ya Allah, adakah aku telah menyampaikan?"



Perkara pertama yang menarik perhatian dalam peristiwa Hajjatul Wada ialah kehadiran manusia yang begitu ramai bersama Rasul s.a.w.. Mereka datang dari segenap pelusuk semenanjung tanah Arab. Mereka beriman dengan Baginda, membenarkan risalahnya serta patuh kepada arahan-nya. Sedangkan 23 tahun sebelum itu, mereka semuanya berpegang kepada keberhalaan dan syirik. Mereka mengingkari prinsip-prinsip risalah Baginda dan merasa pelik dengan seruan tauhid yang disampaikan oleh Baginda. Mereka juga menjauhkan diri daripada kritikan Baginda terhadap nenek moyang mereka yang menyembah berhala, juga hujah Baginda memperbodohkan khayalan mereka. Bahkan ramai antara mereka yang menentang dan menunggu-nunggu masa untuk bertindak kepada Baginda. Bahkan mereka merancang untuk membunuh, mempersiapkan angkatan untuk menyerang dan bertarung dengan Baginda menggunakan pedang juga lembing. Bagaimanakah revolusi perubahan yang mengkagumkan ini berlaku dalam tempoh sesingkat ini? Bagaimanakah Rasulullah s.a.w. dapat menukar kelompok manusia yang ramai ini daripada pegangan keberhalaan, jahiliah, kerosakan dan perpecahan kepada mentauhidkan Allah, mengenali zat dan sifat-Nya, bersatu padu dan mempunyai satu objektif juga matlamat? Bagaimana mereka boleh mencintai Baginda sedangkan sebelum ini mereka memusuhi, kuat menentang dan terus bertelingkah dengan Baginda? Seorang manusia, walau sepintar, selicik dan sehebat mana peribadinya, adalah mustahil dia mampu mencapai perubahan ini dalam masa ratusan tahun. Kita tidak pernah mendengar fenomena sebegini pada umat terdahulu mahupun kini. Perubahan ini pasti disebabkan oleh kebenaran risalah, sokongan langit, pertolongan Allah dan mukjizat agama yang syumul lagi sempurna. Agama ini dijadikan sebagai penyempur-naan nikmat Allah ke atas hamba-hamba-Nya dan penutup risalah-Nya kepada manusia. Allah menghendaki agama ini berperanan menghentikan kesengsaraan umat yang sesat di celah lorong-lorong kehidupan, juga yang hina kerana hawa nafsu dan sentimen 'asobiyyah. Dia juga mahu menunjukkan mereka jalan hidayah dan membuka mata mereka kepada cahaya kebenaran. Dia ingin melantik mereka sebagai pemimpin bangsa-bangsa dan perubah perjalanan sejarah. Dia juga mahu mereka menghapuskan kehinaan manusia, seterusnya mewariskan kepada mereka, hikmah dan Kitab yang menjadi petunjuk dan peringatan kepada orang-orang yang berakal.
Seratus empat belas ribu orang manusia yang sebelumnya mendustai, memerangi, membenci dan memberontak terhadap Baginda, bertukar menjadi mereka yang mempercayai, mematuhi, mencintai dan mentaati Baginda. Semua itu dalam tempoh 23 tahun. Ini adalah perbuatan Allah Yang Maha Benar lagi Maha Nyata. Maha suci Allah daripada apa yang mereka sekutukan. Maha suci zat Rasul-Nya daripada apa yang dikatakan oleh para atheis.
Maha Suci Tuhan kamu, Tuhan Yang Maha Mulia daripada apa yang mereka sifatkan. Selamat ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam.

Perkara kedua yang menarik perhatian dalam peristiwa hajjatul Wada ini ialah khutbah yang bertenaga lagi jitu yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada semua manusia. Begitu juga dengan pengisytiharan prinsip-prinsip selepas sempurna risalah dan kepimpinan Baginda. la merupakan penegasan terhadap prinsip-prinsip yang diisytiharkan sejak permulaan dakwahnya. Iaitu ketika Baginda masih keseorangan, ditindas, sedikit dan lemah. la adalah prinsip yang tetap dan tidak berubah, sama ada ketika sedikit mahupun ramai, ketika perang mahupun aman, kalah mahupun menang, dunia menentang mahupun menerimanya, musuh kuat mahupun lemah. Sedangkan kita mengetahui terdapat di kalangan pemimpin-pemimpin dunia, mereka yang berbolak balik ialam pegangan akidah dan prinsip.
Pegangan mereka bercanggah ketika lemah dan ketika kuat. Cara dan objektif mereka pula berubah-ubah. Mereka menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang mereka sembunyikan dalam diri. Mereka juga mengajak kepada perkara yang mereka tidak percayai. Mereka memakai pakaian pendeta ketika lemah dan kulit serigala ketika kuat. Fenomena ini adalah kerana mereka itu "rasul" kepada maslahat, sedangkan para Nabi adalah rasul kepada Allah. Amat jauh beza antara mereka yang mengerumuni bangkai busuk dengan mereka yang berenang dalam lautan cahaya petunjuk. Begitu juga terlalu jauh beza mereka yang bekerja untuk diri sendiri dengan mereka yang bekerja untuk kemanusiaan. Juga amat jauh beza antara penyokong-penyokong syaitan dengan penyokong-penyokong Tuhan ar-Rahman.
Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya..

HUKUM WANITA SOLAT DI RUMAH

SOALAN:
Bolehkah seorang lelaki meminta isterinya supaya bersolat di rumah tanpa pergi ke masjid?

JAWAPAN:
Solat berjemaah di masjid adalah lebih afdhal dari solat di rumah bagi golongan lelaki. Bagi golongan wanita solat di rumah lebih afdhal. Berkata Syeikh Al-Marsafi dalam komentarnya terhadap kitab Manhaj at-Tullab ( fiqh Syafie ) :
Solat berjemaah di masjid walaupun dalam bilangan yang sedikit adalah lebih afdhal dari tempat-tempat lain bagi lelaki dan kanak-kanak, dan bagi golongan wanita dan khunsa di rumah adalah lebih afdhal. Sabda Rasulullah SAW:
أفضل صلاة المرء في بيته إلا المكتوبة أي فهي في المسجد أفضل وقال لا تمنعوا نساءكم المساجد وبيوتهن خير لهن

Maksudnya:
“ Seafdhal-afdhal solat seseorang ialah di rumah kecuali bagi solat fardhu, ia lebih afdhal dilakukan di masjid. Dan janganlah kamu menghalang isteri-isteri kamu dari mengunjungi masjid, solat mereka di rumah adalah lebih baik bagi mereka”
( Hadis Riwayat Abu Daud, di sahihkan oleh Al-Hakim dengan syarat Bukhari dan Muslim)

Berkata Imam Al-Bujairimi dalam Hasyiah beliau sebagai komentar hadis di atas:

“Sekiranya dalam hadis di atas menyebut solat para wanita di rumah adalah lebih baik, maka sudah tentu ia bermaksud tiada larangan untuk mereka solat di masjid. Larangan yang dimaksudkan bukannya larangan haram atau larangan secara pasti, sebaliknya larangan para wanita solat di masjid khusus bagi mereka yang boleh mendatangkan syahwat dan fitnah terhadap lelaki. Solat di masjid adalah elok bagi wanita akan tetapi solat di rumah adalah lebih elok untuk mengelakkan berlakunya fitnah ketika keluar rumah….”

Oleh yang demikian tiada halangan bagi suami untuk meminta isterinya solat di rumah kerana seorang isteri wajib mentaati suami dalam perkara yang tidak menyalahi syariat.

Petikan dari sebahagian Fatwa Syeikh Ali Jumaah

06 November 2008

Hukum Membuat Pinjaman Wang Atau Berhutang Untuk Menunaikan ‘Ibadah Haji.


Soalan : Adakah dibolehkan seseorang mukallaf yang ‘aqil baligh untuk meminjam wang@berhutang dengan individu tertentu semata-mata untuk menunaikan ibadah fardhu haji?

Jawapan : Sesungguhnya antara keistimewaan Syariah Islam ialah ianya tertegak atau didirikan atas dasar memudahkan dan mengangkat(menghilangkan) kesusahan.Di antara dalilnya :
يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر )) البقرة / 185 ))
Maksudnya : Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesusahan(kesukaran) bagimu.

وما جعل عليكم فى الدين من حرج )) الحخ / 78 ))
Maksudnya : Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.

Mafhum dari 2 ayat di atas iaitu Allah swt tidak meFardhukan@mewajibkan ke atas kamu sesuatu yang membawa kepada kesempitan dan kesulitan.

Berkaitan dengan kefardhuan Haji,sesungguhnya alQuran telah menerangkan dengan jelas bagi mereka yang diwajibkan menunaikan Haji :

ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا )) آل عمران / 97 ))
Maksudnya : Mengerjakan Haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah

Mafhum dari ayat ini bahawasanya Allah telah mewajibkan ke atas hamba-hambanya supaya menunaikan Haji di Rumah-Nya(Baitullah)pada waktu-waktu tertentu dan dengan cara-cara(kaifiat) yang telah dikhususkan setelah mana mereka berada dalam keadaan yang mampu dari segi harta dan fizikal.Sesungguhnya Nabi S.A.W telah mentafsirkan maksud kemampuan ini(Qudrah) ialah dengan memiliki bekalan dan kenderaan untuk menunaikan Haji.
Maka diriwayatkan dari Saidina Anas r.a bahawa beliau telah berkata :
Bahawa Nabi S.A.W. telah ditanya apakah maksud sabil (سبيل) iaitu yang disebutkan dalam ayat :
(( من استطاع إليه سبيلا ))
Maka bersabda Nabi S.A.W. : Bekalan (yang mencukupi) dan kenderaan.

Iaitu mereka yang memiliki harta yang mencukupi untuk keperluan asas yang penting dan keperluan yang merangkumi sepanjang tempoh perjalanan pergi balik ke Mekah,tempoh sepanjang berada di Mekah menunaikan ibadah Haji dan mencukupi keperluan makan minum serta perjalanannya selama menunaikan Haji.

Imam alBaihaqi telah meriwayatkan dari Abdullah bin Abi Aufa bahawa beliau telah berkata : Aku telah bertanya Rasulullah S.A.W.berkenaan seorang lelaki yang belum menunaikan haji,adakah boleh dia meminjam untuk menunaikan Haji? Nabi S.A.W menjawab : Tidak.
Sesungguhnya para Fuqaha’ telah mengambil hadis ini(sebagai istinbat hukum) bahawasanya tidak seharusnya bagi seseorang muslim untuk berhutang semata-mata untuk membolehkan dia menunaikan Haji kerana Allah s.w.t telah berfirman :
لا يكلف الله نفسا إلاّ وسعها )) البقرة / 286 ))
Maksudnya : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Oleh demikian itu ,kami menasihati setiap individu muslim dan muslimah agar tidak berhutang sama ada untuk menunaikan Haji atau atas segala tujuan yang lain pun melainkan dalam keadaan darurat(terpaksa)untuk menutup atau menampung sesesuatu yang berkaitan dengan kehidupan manusia.Sebagaimana kami menasihati mereka yang sanggup menjatuhkan airmuka untuk berhaji menggunakan nafqah atau keperluan orang lain(berhutang) supaya menjauhi perkara tersebut kerana yang demikian itu menafikan kemuliaan akhlak.
Walau bagaimanapun,sesungguhnya para fuqaha’ telah berkata bahawa walau seseorang itu meminjam wang untuk menunaikan haji,sesungguhnya ibadah Hajinya diterima dan gugur kefardhuan haji mereka dengan cara meminjam itu.Maka sesungguhnya seluruh amalan itu berdasarkan niat,dan setiap seseorang itu atas apa yang telah dia niatkan.Dan kita memohon kepada Allah swt agar menambahkan bagi kita taqwa,hidayah dan kekayaan.

-Petikan daripada sisipan Majalah Al-Azhar bulan DzulQaedah 1429 oleh Dr Muhammad Sayyid Tantawi,SyeikhulAzhar.

30 Oktober 2008

Petikan Dari '1001 cara merebut pemerintahan MPP pasca PRK'-Harakahdaily

Menang kerana strategi
Tentera Islam dalam kebanyakan perang, Perang Khandaq dan lain-lain peperangan, telah mencedok strategi ilmu peperangan daripada tamadun lain juga seperti Parsi dan lainnya. Soalan awal yang patut kita tanya diri sendiri .. adakah kita menyusun strategi?

Saufi dari Upsi akhirnya melayangkan sms, "Aspirasi meletakkan calon menang tak bertanding sebagai YDP. Calon undi tertinggi PRK UPSI hanya diletakkan sebagai exco, memang mainan HEP." Saya tidak menjawab sms itu kerana penjelasannya panjang.

Maka, buang jauh-jauh pendapat selama ini, bahawa yang mendapat undi (angka) tinggi akan menang. Berasaskan pengalaman sebelum ini pun, kita dah tahu bahawa HEP Umno dan Aspirasi akan melakukan 1001 macam kaedah dan strategi untuk menang.

Kisah pilihan raya di USM itu belum tamat. Inilah sambungannya. Selesai pengiraan undi malam itu, wakil-wakil PMI, Dema yang membentuk pakatan propelajar berasa riang dan gembira. Puas hati kerana mereka mendapat undi tertinggi.

Dalam senarai calon umum itu, 4 orang wakil propelajar telah menang dan seorang sahaja wakil Aspirasi yang tersenarai dalam undian tertinggi. Sebahagian rakan-rakan PMI telah menuju ke Masjid al-Malik Khalid di USM malam itu kerana usaha mereka berbaloi.

"Kita mahu sujud dan solat syukur!" kata mereka beramai-ramai. Dan rakan-rakan Dema pun menghala ke arah Restoren Khaleel, membuang penat yang lama bertakung di tubuh mereka menjelang PRK. Demikianlah cara mereka melepaskan ketegangan di kepala.

Malam itu, sejurus pengumuman dilakukan oleh Dato' Profesor Jamaludin Mohaiadin di dewan kuliah, kumpulan Islamis melaungkan takbir dengan kemenangan itu. Gema takbir disambut TNC dengan gurauan sadis, "Yang itu (laungan) Pas!"

Deraian ketawa pun melimpah, memenuhi dewan kuliah yang bertukar menjadi tempat mengira undi. Propelajar meraikannya penuh gembira. Tak pernah tercuit, selepas itu, ada hari-hari gelap dan mendung suram mendatang, menyaksikan mereka kalah percuma!

Warga Berita Kampus berkerut dahi seperti biasa. Ya.. kerja kami belum lagi selesai. Dan saat pulangnya ke desasiswa Indah Kembara, saya terlihat kelibat juak-juak Aspirasi yang berkumpul bersama TNC di tanah lapang yang berhampiran tempat pengiraan itu.

"Kau agak.. apa TNC buat di situ?" demikian saya bertanya 'Deep Throat'.

"Entahlah, aku pun tak tahu," duri dalam daging HEP itu membalas ringkas.

"Kan kau yang selalu rapat dengan mereka?" saya bertanya kembali. Saya syak ada suatu rancangan baru yang bakal menyusul tiba. Tapi, kami gagal memahami apa-apa.

Tiba-tiba, selesai perbincangan antara TNC dan mahasiswa Aspirasi itu, mereka bertepuk tangan penuh kegembiraan. Dan mereka menyanyikan sebuah lagu. Sah! Mereka gembira ini tentunya ada apa-apa. Mereka tahu mereka akan menang! Tetapi, strategi apa?

Perang tiga peringkat
Sebab itulah dalam tulisan baru-baru ini, saya menyatakan bahawa saya mestilah gembira dengan kemenangan siswa Upsi, tapi peratus kegembiraan itu tak sampailah 100%. Saya hadam benar strategi dan pola pemikiran HEP. Bukan saya nak berlagak. Percayalah..

Sudahkah saudara menyiapkan pelan peperangan tiga peringkat? Saya percaya, ramai pro siswa menyediakan dua rancangan saja, iaitu sebelum PRK dan ketika berlangsung PRK. Sebenarnya, ada satu lagi strategi terakhir, iaitu 'backup plan' .. strategi selepas PRK.

Suatu malam, ketika berbual di ruang maya YM, Hamzah mengirim maklumat yang sama seperti Saufi. Iaitu, meminta cadangan tentang bagaimana mahu bertindak.

"Tiga calon umum yang menang PRK di Upsi dilantik jadi exco saja. Walhal, kami minta dua kerusi MT saja, iaitu NYDP dan bendahari.

"Dengan rakusnya, Proaspirasi bolot semua kerusi MT. Bagi saya, mereka dah menafikan majoriti undi siswa yang mengundi promahasiswa khasnya untuk kerusi umum," katanya. Beliau antara yang yakin sepenuhnya bahawa promahasiswa menang besar di Upsi.

Baiklah, yang tersurat telah pun terjadi. Saya teringat ungkapan Einstein yang tidak kalah menariknya. Lebih kurang begini, "Keburukan terjadi bukan kerana dunia ini dihuni oleh ramainya penjahat. Tetapi, keburukan berlaku kerana orang-orang yang sedar, melihat hal kemungkaran berlaku di depan matanya, tetapi tidak mengubahnya."

Pengajarannya..masalah ini terjadi bukan kerana Umno, HEP, Aspirasi berbuat kejahatan. Tapi, kerana orang-orang baik tidak berbuat apa-apa. Nah! Saya yakin saudara pasti rasa 'tension' lagi mendengar kenyataan ini.

Sudahlah kami kalah dan tidak mendapat kuasa, hasil penipuan HEP, kini anda menghina kami pula sebagai kelompok siswa yang tak bertindak?! Baik..dengar dulu apa penjelasan saya yang berikutnya. Asas kenapa saya berkata demikian memang wujud.

Saya bercakap melalui pengalaman, bukan cakap ikut suka hati. Di USM, hal yang sama telah berlaku. Ketika kes itu terjadi, kumpulan mahasiswa ini, Aspirasi dan promahasiswa telah dibawa ke kem BTN. Maka, gerak kerja 'brainwash' pun bermula.

Ceritanya sangat panjang di sini. Tapi, memadailah kalau saya ringkaskan di sini bahawa pada akhirnya, USM jatuh juga ke tangan Aspirasi.

"Hangpa buat apa lepas ni?" tanya saya kepada seorang pemimpin propelajar. Diam..

Kepada seorang pimpinan pelajar lagi saya turut bertanya, "Tak bolehkah buat kenyataan untuk bantah.." Dia juga mati akal. Selalunya begitulah, pimpinan siswa diam pada pasca PRK. Di sini HEP suka, sebab dia tahu pada pasca PRK propelajar akan diam sahaja.

Dan percayalah, bahawa hal ini akan terus menjadi satu budaya yang berterusan. Tahukah saudara betapa azabnya ketika saya terpaksa memujuk seorang pimpinan propelajar untuk memberikan kenyataan di Berita Kampus bahawa promahasiswa di USM menang?

"Tak apa, kalau HEP panggil nanti, kita pergi sekalilah," demikianlah saya memujuknya. Akhirnya dia bersetuju, memberanikan diri untuk memberi kenyataan kepada BK.

Saya masih ingat, hari Jumaat pagi dia menelefon saya. "Abang, HEP dah panggil."

Atas keinginan mahu bertanggungjawab dan rasa ingin bergaduh dengan HEP, maka saya jadi gembira kerana perangkap saya mengena. En. Nazrul memang marah saya. Dia halau saya keluar dari pejabat. Saya enggan. Saya merapati keraninya. Pendek kata, saya masih ingin menimbulkan kemarahan pegawai HEP itu. Fuh! Seronoknya!

"Jangan rapat dengan kerani saya!" marahnya lagi. Saya enggan. Ketika itu saya sudah di luar biliknya. Saya tak mahu menunjukkan bahawa saya akan tunduk pada arahannya. Di sini, kita harus tahu bahawa pegawai HEP berasa gembira kalau arahannya dipatuhi.

Anda mesti cuba melanggar sebanyak mungkin arahan ini dengan sengaja hingga mereka sakit hati. Semua ini pasti akan melemahkan mereka dan anda jadi kuat tiba-tiba.

"Saya bukan panggil awak! Saya panggil dia seorang saja!" katanya ketika merujuk siswa itu. Saya masih diam, buat-buat memandang siling, pintu, meja dan apa-apa sajalah yang boleh dipandang. Anda mesti tekan perasaan HEP, tapi kenapa hal ini tak dilakukan?

Sesekali, anda perlu berlawak jenaka juga dengan HEP. Ini sebagai menunjukkan bahawa mereka ini tidak dihormati oleh warga kampus. Ada banyak lagi yang mahu diceritakan. Tetapi, biarlah saya berhenti di sini dahulu.

Syor dan cadangan
Baiklah..ketika saya mengarang ini, saya sendiri tak tahu apa yang sedang dilakukan oleh HEP dan apa yang sedang dirancang oleh mahasiswa Upsi itu. Tapi inilah syor-syor yang mungkin boleh saudara usahakan.

Pertama, himpunkan mahasiswa Upsi seluruhnya yang telah mengundi propelajar tempoh hari. Gunakan kebijaksanaan, mengguna persatuan-persatuan tertentu di Upsi yang anda kuasai untuk menggunakan kemudahan tersebut.

Kedua, sebarkan 'flyers' maklumat tentang perhimpunan itu. Minta pandangan-pandangan mereka berhubung kaedah bagaimana yang perlu mereka lakukan bagi mengatasi hal ini. Katakan kepada siswa, undi anda telah dinafikan oleh HEP, maka apa tindakan kita?

Ketiga, lantik barisan 'MPP alternatif'' dan isytiharkan kepada semua mahasiswa bahawa inilah MPP yang sah sebenarnya dan MPP yang dilantik HEP itu adalah MPP haram.

Keempat, kenyataan dan pendirian saudara berhubung MPP alternatif itu hendaklah juga dirakam melalui YouTube dan salinannya disebarkan seluas-luasnya di internet.

Kelima, berjumpa dengan pihak media cetak, media eletronik, Buletin Utama, NTV7 dan sebagainya untuk mengisytiharkan bahawa MPP anda adalah sah dan HEP telah khianat kepada perjalanan demokrasi kampus.

Keenam, melalui kenyataan terbuka di media eletronik, desak Idris Haron agar menjawab segala kenyataan saudara itu termasuklah pegawai HEP anda sendiri.

Ketujuh, undang bersama pensyarah-pensyarah yang berani sebagai penasihat anda dalam hal ini. Ertinya, mahasiswa propelajar yang dilantik sebagai exco di dalam MPP haruslah meletakkan jawatan untuk dimasukkan dalam kerajaan MPP alternatif itu.

Dan banyak lagi yang boleh anda rancangkan nanti. Perhatian.. semua langkah di atas ini memang jelas menyalahi Auku. Anda tak boleh membuat kenyataan media melainkan ia mestilah melalui TNC. Ini semua, anda sedia maklum bukan?

Tetapi, kalau ingin berjuang dan tak mahu ditembak mati seperti Gandhi, Hasan al-Banna atau tidak mahu dipenjarakan seperti Nelson Mandela atau maut di tali gantung sebagai Syed Qutb, lupakan sajalah syor-syor di atas. Berehatlah dan wariskan derita batin untuk generasi seterusnya pada sidang hadapan. Wariskan kekalahan ini untuk bakal guru.

Saya tidak suka menyindir, menaikkan suhu bahang kemarahan, mendidihkan kegeraman yang telah lama menggelegak di kolam perasaan saudara. Saya tahu apa perasaan disindir itu. Ek, eleh.. macamlah kami ini tidak berguna walau seduit pun.

Proteslah seperti Sivaji!
Duit satu rupee kalau jatuh dalam genggaman seorang Sivaji pun besar maknanya kerana bermodalkan duit syiling itulah dia sanggup dan berani melawan. Tengok tak filem Sivaji The Boss baru-baru ini? Kalau tak sempat tonton, belilah VCD atau DVD satu.

Tapi, janganlah berlatih baling duit syiling, berlatih makan 'chewing gum', berlatih pakai cermin mata ala Sivaji. Bukan apa syeih..Ana dah cuba banyak kali dah. Memang tak jadi pun! Jadi, saya harap saudara berlatih bijak bertindak seperti Sivaji yang mengesan wang haram dan mengguna video di mana hal itu hampir sama dengan kes klip video Linggam correct, correct, correct. Gunalah YouTube, media elektronik perdana dan lainnya.

India itu walau terjebak dalam barah rasuah menggila, masih berani bermimpi membunuh pemimpinnya lewat filem. Labu Labi walau diherdik, masih berani protes dalam mimpi, mewajahkan watak majikan mereka, Hj Bakhil sebagai pelayan bar dan beruk mat ye.

Saudara memang berani protes di dalam blog. Tahniah.. saya memang gumbira. Tapi, apa kata jika anda lanjutkan protes sebagai Labu yang terbawa-bawa protesnya di alam realiti ketika Hj Bakhil simbah wajahnya dengan air. Kita boleh lihat ketakutannya bukan?

Syahadan, tentang syor-syor cara melawan HEP pasca PRK itu bukanlah saya harapkan sangat saudara mengikuti langkah-langkah tersebut. Mungkin, dalam pertemuan saudara bersama pelajar-pelajar Upsi itu nanti, saudara akan dapat menemukan lebih banyak syor yang berguna, baik dan sesuai dengan situasi di Upsi. Itulah yang terlebih baik.

Saat mengarang ini banyak limpahan perasaan berkubang di dalam dada. Rasa nak marah dan berlagak pun ada. Justeru itu saya mohon maaf. Rasa mahu ketawa pun ada, sebab itu saya pun tergelak, terguling dan tersenyum sendirian tatkala mengarang ini.

Kata Sukarno, berikan saya 10 orang pemuda nescaya saya akan goncangkan dunia. Saya bukan Bung Karno. Cuma, nak tanya.. berapa ramai yang boleh bergerak untuk melawan dalam tempoh pasca PRK ini? Takkan Saufi dan Hamzah saja kot?!

Kee.. saudara nak saya turun ke Upsi? Haa.. jawab-jawab..

-Ali Bukhari Amir

3:02 a.m, 29 Syawal 1429
Sekolah Pemikiran Kg Baru. _

Penulis : Saya tertarik dengan artikel ini kerana sedikit sebanyak menggambarkan suasana,ragam dan sepak terajang dalam PRK di tanah air.Saya akui memang sebelum ini saya belum pernah mendengar cerita-cerita semacam ini.Saya beranggapan ini semua memang tempias daripada PRU Malaysia ke-12 yang lalu menimpa PRK di semua IPT Malaysia.Saya harap Saudara Ali Bukhari Amir merestui kisah beliau ini disalin di dalam blog saya ini dengan harapan dapat berkongsi cerita dengan rakan-rakan blogger saya yang lain terutamanya yang berada di Perlembahan Nil ini.

Saya sebenarnya rasa segan dengan perjuangan rakan-rakan siswa di IPT Malaysia apabila berdepan dengan PRK ini kerana tiada suasana sepertinya di sini.Walau bagaimanapun saya beranggapan kami di sini mungkin berhadapan dengan cabaran yang agak berbeza tapi dengan matlamat yang sama iaitu menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini bermula dari kampus supaya manusia di semua peringkat terutamanya mahasiswa beramal dengan amal Islam. Wallahu a'lam.

23 Oktober 2008

Peringatan Buat Semua

“ Pendedahan yang dilakukan oleh dua orang mahasiswi UPM yang juga anggota Persatuan Mahasiswa Islam UPM berhubung tindakan pejabat pengurusan kolej kediaman pelajar yang tidak membenarkan mereka untuk tinggal di kolej seharusnya dapat menarik perhatian masyarakat apa yang telah berlaku kepada mahasiswa di institusi-institusi pengajian tinggi sama ada tempatan ataupun di luar negara. Kejadian ini pula hanyalah secebis daripada perkara malang yang menimpa mahasiswa.Bahkan ada di kalangan mereka yang ditarik pinjaman dan biasiswa bahkan zakat disebabkan penglibatan mereka dengan persatuan pelajar yang pada anggapan pihak pengurusan IPT lebih mirip kepada parti pembangkang.
Penulis teringat terhadap kejadian yang hampir sama berlaku terhadap mahasiswa al-Azhar di Mesir ini.Peristiwa yang berlaku sekitar penghujung 2004 dan awal 2005 melibatkan beberapa pelajar yang telah diperintahkan untuk keluar asrama serta-merta oleh pihak pengurusan asrama atas alasan telah cukup tempoh yang dibenarkan untuk menginap di asrama tersebut.Yang menyedihkan kejadian ini berlaku tatkala para pelajar sedang menghadapi peperiksaan dan pelajar terbabit tidak berkesempatan untuk mencari penginapan baru serta berlaku pada musim dingin yang suhu malamnya hampir mencecah 7 darjah celcius.Kejadian ini telah mendapat perhatian seluruh mahasiswa al-Azhar di mesir terutama yang berada di Kaherah yang mana lantas memberi bantuan setakat yang termampu.
Tidak cukup setakat itu ada sebahagian mahasiswa yang tidak diluluskan permohonan zakat atau diugut untuk ditarik penerimaan zakat atau pinjaman atas alasan terlibat dengan persatuan pelajar Malaysia terbesar di Mesir iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang dianggap pro-pembangkang kerajaan sedangkan mereka adalah kalangan cemerlang akademik.
Malah yang paling teruk persatuan pelajar peringkat negeri pun ada yang turut terjejas kegiatannya.Ada yang dibubarkan,dibekukan dan tidak diberi hak untuk bergiat dalam asrama sendiri atas alasan yang hampir sama,pro-pembangkang. “

Penulis bukan berniat untuk bercerita semata.Tapi hanyalah sebagai peringatan buat diri penulis dan sahabat mahasiswa yang berada dalam satu platform yang sama memperjuang dan meninggikan kalimah Allah melalui medium berpersatuan.Kita semestinya sedar dan sentiasa menyedarkan diri kita bahawa dalam meneruskan rantaian perjuangan Islam, tiada jalan yang mudah dan selesa.Bahkan di sana banyak ujian dan cabaran sama ada yang telah dihadapi ataupun yang bakal menanti.Apatah lagi jika kita adalah pelajar jurusan agama yang belajar tafsir,hadith,fiqh,usulFiqh dan lain-lain ilmu agama.Dugaan bukan setakat dari luaran bahkan dalam bentuk dalaman yang menguji kekebalan iman melawan hawa nafsu dan syaitan.Amal ibadah yang berterusan amat perlu untuk membentuk kekuatan iman.

Harapan penulis supaya para pembaca sedar dan sentiasa memperingati antara satu sama lain lebih-lebih lagi terhadap diri penulis yang serba dhoif ini.

“ Ya Allah tetapkanlah hati-hati kami pada jalan agama-Mu dan dalam mentaati-Mu”

"يا مقلب القلوب ... ثبّت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك ! "
وصلّى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين…

Bawwabah 3,
10th District of Nasr City.

p/s-sila tekan