20 April 2010

Suatu pagi...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Makin lusuh dan berusang!

Mungkin itulah perumpamaan yang boleh penulis ungkapkan keadaan blog ini.Penulis tidak pasti masih adakah pengunjung-pengunjung setia yang sudi bertandang ke teratak ini.Yang paling teruk,pemilik blog sendiri pun tidak menjenguk 'rumah' sendiri.Macamana mahu jemput orang lain datang ke rumah sedangkan pemilik rumah itu sendiri tidak balik-balik.

Jika difikir-fikirkan balik,mungkin perubahan zaman seiring dengan perubahan minat seseorang itu sendiri.Zaman sekarang,zaman orang ber'facebook'.Satu laman yang amat mudah diakses oleh semua orang.Blog mungkin hanya untuk kalangan tertentu sahaja seumpama golongan penulis yang dipenuhi idea-idea dan input-input serta kemahiran mengarang.Tapi tidak bagi 'facebook'.Pemiliknya hanya mengutarakan ekspresi masing-masing dengan ringkas dan mudah.Kemudian 'friends' pula masing-masing akan 'mengomen' setiap ekspresi itu.Itulah antara punca ia menjadi ketagihan sebahagian besar penduduk dunia sekarang.

Namun,blog tidak akan ditinggalkan begitu sahaja.Bagi penulis,ia adalah satu medan buat penulis untuk terus melatih keupayaan menulis.Mudah-mudahan ia menjadi satu kelaziman yang tidak akan luput selamanya jika diberi keizinan RabbulJaleel...

- Setelah 4 bulan di Sabah,baru perasan rupa-rupanya Gunung Kinabalu dapat dilihat dari beranda belakang rumah penulis diami ini.Tapi agak malang,walaupun dah berada di tingkat tiga pemandangan puncak gunung terlindung dek atap apartment.Nak tengok kena naik ke rumah jiran di tingkat 4.

Pemandangan Gunung Kinabalu yang terlindung dengan atap apartment...