26 Mei 2010

Polis Agama Diberi 20,000 Skirt

MEULABOH, Indonesia - Polis Islam di Aceh akan menerima 20,000 skirt panjang untuk diberikan kepada wanita yang melanggar etika pakaian Muslim, kata seorang pegawai, Ramli Mansur semalam.

"Mulai hari ini, saya akan menyerahkan kira-kira 20,000 skirt kepada polis syariah di Aceh Barat," katanya yang merupakan Ketua Daerah Aceh Barat.

Menurutnya, pesalah-pesalah wanita akan menukar seluar panjang dengan skirt panjang dan longgar jika polis syariah menangkap mereka.

Mansur berkata, pada suatu hari, dia terpaksa menjawab soalan daripada Tuhan apakah yang telah dilakukannya untuk menguatkuasakan undang-undang Islam.

"Kami akan meningkatkan serbuan terhadap pesalah undang-undang syariah di sini. Tuhan akan bertanya kepada saya untuk bertanggungjawab terhadap apa yang telah saya lakukan semasa saya berkhidmat di Aceh Barat," katanya.

Polis pencegah maksiat semalam menyoal 30 wanita mengenai pakaian yang dipakai mereka di sebuah kampung di Aceh Barat semalam.

"Apakah silapnya dengan pakaian saya? Undang-undang manakah yang telah saya langgar? Adakah saya seorang pengganas yang menyebabkan saya diminta menunjukkan kad pengenalan saya?" kata seorang wanita berumur 40 tahun, Fatima yang ditahan oleh polis agama.

Namun, protesnya tidak didengari dan dia menutup seluar jeannya dengan skirt yang dibawa dari rumah.

Polis agama itu tidak mempunyai kuasa untuk menangkap wanita kerana melanggar etika pakaian tetapi mereka diminta menukar pakaian yang tidak sesuai dengan ciri-ciri Islam. - AFP


Penulis : Entri ini penulis dapati daripada akhbar Kosmo 26 Mei 2010.Pendekatan yang digunakan oleh Penguatkuasa Syariah di Aceh sesungguhnya sesuatu yang perlu dicontohi.Penulis berpendapat sememangnya akan ada berpandangan bahawa tindakan ini terlalu tegas dan melanggar hak peribadi wanita.Penulis percaya jika penguatkuasaan ini dilaksanakan di Malaysia pastinya akan mendapat tentangan hebat. Percayalah,tindakan penguatkuasaan ini bukan perkara yang merugikan.Mungkin ia agak membebankan lantaran ia melanggar kebiasaan sebahagian besar wanita di Malaysia.Prinsip pelaksanaan syariah sebenarnya lebih bersifat mendidik dan menjaga kesucian wanita itu sendiri.Penulis berharap para wanita di luar sana jangan melenting apatah lagi memandang serong terhadap penguatkuasaan sebegini.

Sumber - kosmo
Artikel-artikel lepas berkaitan pakaian wanita :
1) Kompaun Tidak Tutup Aurat
2) Purdah@Niqob
3) Kasut Tumit Tinggi
4) Tudung Wanita
5) Cara Menutup Aurat

19 Mei 2010

Cinta dan Kasih Sayang

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri kali ini lebih berbentuk tazkirah atau peringatan buat sidang pengunjung@pembaca sekalian lebih-lebih lagi buat diri penulis yang serba faqir ini.

Kali ini penulis ingin mengajak sidang pembaca sekalian untuk sama-sama berfikir dan merenung balik konsep atau kesan ungkapan tersebut.Mungkin skop yang diutarakan tidak meluas memandangkan perkara ini telah dibahaskan lebih panjang lebar oleh penulis-penulis lain.Penulis di sini hanya sekadar ingin berkongsi sedikit pandangan.

Di sini,maksud cinta tidak semestinya melibatkan percintaan antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi ia lebih luas lagi.Suka penulis ingin ungkapkan juga perkataan sayang dan suka untuk memberi pengertian yang sama seperti kasih sayang kita terhadap ibu bapa,adik-beradik,isteri,anak-anak,kaum kerabat dan lain-lainnya.Begitu juga terhadap rasa sayang kita terhadap harta benda seperti wang,rumah,kereta,tanah dan sebagainya.Pelbagai tafsiran di sini dan mungkin sidang pembaca lebih mengetahuinya.

Sebenarnya penulis ingin mengajak kita semua untuk merenung balik mungkin adanya kasih sayang@cinta@rindu@suka kita terhadap seseorang ataupun sesuatu benda berharga.Tapi sedarkah kita ataupun pernahkan anda semua terfikir untuk kita ukur dan bandingkan tahap kecintaan@sayang kita itu dengan kecintaan kita terhadap Allah dan RasulNya serta kecintaan kita terhadap Islam dan perjuangannya???Kebanyakan kita mungkin akan mengatakan kecintaan terhadap Allah itu kurang berbanding yang lain.Oleh demikian itu,di sini penulis ingin mengajak semua untuk mengubah kesilapan ini dengan kita menyedari bahawa sesungguhnya selama mana kecintaan@kerinduan@kesukaan@kasih sayang kita terhadap manusia dan harta benda,sesungguhnya semua itu akan pergi meninggalkan kita.Didiklah jiwa kita agar meletakkan kecintaan terhadap Allah dan RasulNya melebihi yang lainnnya apatah lagi terhadap perjuangan menegakkan agama Islam.Tanda cinta kita terhadapNya adalah kita sentiasa menjaga segala perintah dan laranganNya.Istiqomah pada jalanNya.Sesungguhnya kecintaan itu amat manis rasanya bahkan akan berkekalan sehingga ke akhirat.Kecintaan kita pada yang selainnya beserta kemanisannya mungkin akan bersifat sementara...



والله أعلم بالصواب

8.00pm
19 Mei 2010

02 Mei 2010

Termenung Di Tengah-tengah Malam...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Malam ni,fikiran penulis entah menerawang ke mana-mana.Skrin laptop ditatap beracap kali.Laman web yang sama ditekan dan 'refreshed' berkali-kali.Akhirnya penulis tergerak untuk membuka blog sendiri menghayati hasil tulisan sendiri.

Penulis tergerak untuk membuka blog-blog rakan penulis yang tersenarai.Satu-persatu nama pemilik blog ditekan.Satu-persatu penulis baca entri-entri terbaru setiap blog.

Berdasarkan gaya dan isi penulisan,kematangan penulis-penulis atau pemilik blog tersebut makin terserlah.Bahkan ada sahaja ilmu-ilmu baru yang dikongsi bersama dan disebarkan kepada yang lain.Melihat latar belakang pemilik-pemilik blog mebuatkan penulis terasa malu kepada diri sendiri.Rata-ratanya adalah bekas junior di SMAASZA dulu.

Penulis bandingkan dengan diri penulis,terlalu jauh rasanya keupayaan diri ini berbanding mereka.Di sini penulis dapat pelajari bahawa tidak semestinya 'senioriti' seseorang itu dikira sebagai faktor utama dalam menentukan keupayaan dan kehebatan seseorang.Bahkan makin terserlah maksud firman ALLAH yang berbunyi :

" Allah mengangkat (darjat) orang-orang beriman daripada kamu dan ( juga mengangkat darjat) mereka yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat. "

Penulis akui diri penulis tidaklah sehebat mereka.Tapi penulis pohon daripada Allah supaya dijadikan diri penulis ini seorang hamba yang sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat yang telah dikurniakanNya.Sentiasa redha dan 'Qona'ah' dengan apa yang ada.

Sejak akhir-akhir ini,penulis asyik terfikir yang diri penulis ini pun masih kekurangan ilmu agama dan kadang-kadang merasakan apa yang dah ada semakin tumpul bahkan lebih dahsyat merasakan diri ini sentiasa tidak dapat di'tarbiyyah',apatah lagi men'tarbiyyah' 'seseorang yang akan hadir sebagai peneman hidup' nanti?

Sebagai seorang muslim,kita mesti hidup dalam keadaan sentiasa bersyukur kepada Allah supaya kita sentiasa yakin dengan diri sendiri.Kita diajar supaya menggunakan sepenuhnya kekuatan yang ada dengan kita sebagai satu titik untuk memotivasikan diri walaupun ia tidaklah sehebat yang lain.Kita juga perlu sedar mungkin di luar sana masih ramai yang memiliki keupayaan yang jauh di bawah kita.

Entah apa yang penulis karutkan di atas.Mungkin apa yang ditulis sekadar ingin melepaskan sahaja perasaan yang berlegar di kalbu (hati @ jantung?) dan juga di minda penulis.Sekurang-kurangnya penulis dapat muhasabah diri yang dhoif ini agar sekurang-kurangnya dapat memotivasikan kembali diri penulis.

Wallahu a'lam.

2 Mei 2010
1.34 am
Blok C 3-2,Apartment Staf,
Politeknik Kota Kinabalu.