02 Mac 2009

Tudung Wanita Dari Kacamata Lelaki

" Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." An-Nuur : 31

Kali ini penulis berminat untuk menyentuh sedikit soal trend tudung kepala wanita.Kalau kita imbas kembali Malaysia atau Tanah Melayu bermula zaman awal 1900an ,wanita-wanita Islam Melayu mengenakan tudung kepala sekadar lilitan sahaja bahkan lebih ramai yang ber’bogel’ kepala.Hanya ketika upacara berbentuk ke’islam’an yang tertentu sahaja mereka mengenakan tudung yang lebih ‘sempurna’ dalam erti maksud sebenar.

Kemudian pada sekitar tahun 1950an iaitu pada era pasca-kemerdekaan negara(atau era P.Ramlee) sehingga 1970an,trend tudung ini tidak banyak berubah.Kita boleh saksikan antaranya melalui koleksi filem-filem P.Ramlee,tudung-tudung wanita hanya sekitar diikat dan dililit sahaja di kepala dan masih menampakkan rambut di kepala.Jarang-jarang sekali kita boleh saksikan sebilangan kecil wanita mengenakan tudung labuh yang kebiasaannya adalah pelajar pengajian agama.

Bermula akhir 1970an dan awal 1980an,kesedaran untuk bertudung yang lebih sempurna mula berkembang.Ini dapat dilihat apabila semakin ramai wanita ketika itu yang mengenakan tudung yang lebih labuh di kepala.Manakala yang bertudung ala kadar sudah mula menutup terus rambut mereka walaupun ada yang masih menampakkan leher mereka.Anda boleh perhatikan foto-foto lama ibu-ibu dan nenek-nenek anda dari dulu sehingga sekarang sebagai rujukan(sekadar cadangan penulis).

Desawarsa ini,trend tudung pun mula berubah.Tidak salah kalau penulis katakan hampir kesemua jenis tudung semenjak era awal 1900an itu sehingga kini dikenakan oleh wanita zaman kini. Jilbab@tudung labuh,tudung ala Wardina,tudung 'bawal' dan terbaru,tudung Indonesia.Walau bagaimanapun,apa yang penulis ingin luahkan di sini walau apa jenis sekalipun tudung yang dikenakan,jangan menyimpang dari maksud asal kewajipan bertudung itu sebagaimana ayat di atas.

Jilbab@tudung labuh
Model ini paling ramai dipakai oleh pelajar-pelajar perempuan sekolah agama kerana pemakaiannya wajib di sekolah.Cuba kita lihat mereka apabila di luar sekolah atau tamat sekolah,lain jadinya kan!Tapi walau bagaimanapun,inilah model yang paling menepati kehendak syariah Islam berdasarkan ayat di atas.Cuma berdasarkan khilaf di kalangan mazhab,ada yang wajib ditambah penutup muka (purdah) sebagai hijab.

Tudung Ala Wardina
Tudung ini mula mendapat nama dan perhatian wanita apabila diperkenalkan oleh Wardina,iaitu artis yang insaf mengenakan tudung.Sebenarya bukan Wardina yang mempelopori model sebegini ,tapi ia adalah pemakaian tudung wanita-wanita negara arab seperti Mesir dan Jordan.Dari segi Syariah,penulis berpendapat ia agak bertepatan dgn syara’ kerana kainnya melepasi bahagian dada cuma kurang bersetuju kerana penutup kepalanya agak ‘fit’ dengan bentuk kepalanya.Walau bagaimanapun bergantung kepada pemakainya yang faham berdasarkan ayat di atas.

Tudung ‘Bawal’
Boleh dikatakan inilah model tudung yang paling ramai dipakai melibatkan semua peringkat umur.Rata-rata pemakainya berpendapat ia ringkas,lembut,cantik dan sebagainya.Dari segi syara’,bergantung kepada model dan cara pemakaiannya.Kalau model yang jarang kainnya dan terang warnanya kemudian dipakai ala kedua2 labuhan kain depan di’keronsang’kan di bahu,memang jelas menyalahi syara’.Kain yang jarang masih menampakkan telekung dan leher di dalamnya.Lebih teruk lagi kalau tak pakai telekung.Habis nampak rambut sampai boleh tahu jenis pengikat rambut!!!Baik jangan pakai terus,sama aje!!!
Begitu juga kalau warnanya agak terang,menarik perhatian yang melihat.Yang ini pun tak bertepatan syara’ kerana menarik perhatian umum terutamanya lelaki.
Satu lagi masalah yang memang tidak difahami adalah trend yang mana labuhan kain tudungnya dikepil@dislip di bahu dengan keronsang berbagai jenis.Ini pun satu hal,dalam ayat suruh labuhkan kain menutup dada,tapi trend ini suruh angkat biar nampak dada pulak!!!

Tudung Indonesia
Model ini paling laris digunakan sekarang ini,Mudah dan cepat.Tak perlu cari pin,tak perlu lipat segitiga,terus pakai.Model ini perlu diteliti dahulu terutama bentuk kain dan saiznya.Bentuk kain yang terlalu lembut dan mudah ‘luruh’ pun kalau tak kena cara pemakaiannya,akan menampakkan serba sedikit bentuk tubuh bahagian yang dipakai.Begitu juga saiznya ada yang terlalu kecil sehingga hanya menutup bahagian kepala dan leher sahaja.

Ini hanya sekadar pendapat dan pengetahuan penulis sahaja.Dari segi model-model di pasaran dan gaya pemakaian wanita sekarang,memang penulis tak tahu mana.Sekadar yang penulis tulis di atas boleh dikatakan pandangan umum dari kacamata lelaki.

Akhir sekali,penulis amat mengalu-alukan pandangan pembaca@pengunjung blog sekalian sama ada komen,teguran,tambahan dan pembetulan.

Wallahu A'lam.

4 ulasan:

Shahibul Afzan Wahab berkata...

setuju bhw tudung labuh adalah yg terbaik...tp mentaliti masyarakat sekarang, tudung begini dah dianggap ketinggalan zaman...hanya layak dipakai oleh org2 tua shj.

baru2 ini kulliyyah ana mengadakan grooming seminar,dan semua pelajar wajib datang...ana ketika tu mengenakan tudung labuh.datin yang jadi perunding imej tu cakap kat ana,"You're still young afzan!"...

Ana senyum je...kejahilan masyarakat makin parah, dan dibawa pula ke dalam universiti.

DAMAI berkata...

salam buat kamu fitrie..

ingin tutup aurat tapi dalam masa yang sama ingin kelihatan cantik...kerana itu,ramai yang tidak faham dan tidak mahu mengenakan tudung yang sebaik2nya untuk dipakai ^^

tugas kita yang faham ini untuk mengingat dan memahamkan mereka ^^

Tanpa Nama berkata...

saya sokong anda..tpi sya ckp gtu dgn org2 mlysia smue org xsokong saya.payah2!

wearelearningparents berkata...

mesti bangga dgn identiti muslimah...bertudunglah utk menutup aurat...yg tertutup itu indah