06 Mac 2009

Rasulullah S.A.W

Berdasarkan tajuk entri kali ini,sememangnya banyak topik yang kita boleh perkatakan berkaitan Kekasih kita semua,Nabi Muhammad S.A.W.Satu hal yang sepatutnya tak perlu kita lupa bahawa kita semua wajib mengasihi Baginda S.A.W selepas kasih kita kepada Allah.Bahkan kasih kepada Baginda S.A.W adalah melebihi kasih kepada ibu bapa,kaum kerabat,negara dan lain-lainnya.

Beberapa tahun lalu,dunia Islam dikejutkan dengan munculnya karikatur yang menghina Baginda S.A.W yang terbit melalui sebuah majalah Denmark.Lantas beberapa negara Islam serta-merta menyekat hubungan perdagangan dengan negara Denmark manakala kebanyakan masyarakat Islam memboikot barangan keluaran mereka.Hasilnya ekonomi mereka terjejas.Kemudian beberapa bulan lalu,tiba-tiba muncul pula blog yang secara terangan penulisnya menghina Baginda Rasul S.A.W menyebabkan masyarakat terutamanya para bloggers mengutuk tindakan tersebut dan men'flag' blog tersebut.Seorang rakan blogger penulis langsung menggelarkannya 'blog CELAKA'.

Begitulah serba sedikit rentetan bentuk-bentuk penghinaan ke atas batang tubuh Nabi S.A.W.Kini kita di ambang untuk menyambut ulangtahun kelahiran Rasulullah S.A.W.Berdasarkan hukum,para ulama mengharuskan sambutan kelahiran Rasulullah S.A.W.Hanya segelintir sahaja ulama mengharamkan sambutan tersebut atas alasan bid'ah.Penulis tak berminat nak membahaskan hukum ini.Cuma hayatilah satu hadis yang penulis lupa matannya mengkisahkan bahawa Baginda S.A.W berpuasa pada hari kelahirannya.Bukankah ini satu bentuk sambutan?Apatah lagi sambutan itu adalah dalam bentuk ibadah iaitu puasa.Maka tak salah kalau kita perbanyak selawat dan menghidupkan sunnah Baginda S.A.W. pada hari tersebut.

Itu sambutan pada hari keputeraan Baginda S.A.W.,bagaimana pula pada hari-hari lain?Dalam khutbah Jumaat hari ini ada disebutkan bahawa untuk menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W tidak dikhususkan pada amalan-amalan tertentu sahaja bahkan merangkumi kehidupan seharian bahkan kalau diikutkan setiap kali khutbah Jumaat di Malaysia ni pasti para jemaah diseru untuk memperbanyak selawat ke atas Baginda S.A.W.Tapi apa yang mendukacitakan,berapa ramai sahaja yang betul-betul menghayati seruan selawat ni?Yang datang solat ramai,tapi lebih separuh yang tidur!!!Apatah lagi kalau kandungan khutbah banyak disebut hadis dan disebut nama Baginda S.A.W.Senyap...tak ramai yang menyambut selawat ke atasnya S.A.W sedangkan dijanjikan balasan 10 kali selawat!Hal ini berbeza sama sekali suasananya di Mesir.Saat ini,penulis amat merindui khutbah oleh imam-imam di Mesir...

Sebelum mengakhiri entri kali ini,penulis ingin menyeru diri penulis sendiri dan pengunjung@pembaca blog ini untuk sama-sama memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Baginda S.A.W serta menghiasi kehidupan seharian kita dengan sunnahnya S.A.W.

Cadangan penulis agar kita jangan lupa selawat walau di mana kita berada sama ada di pejabat,di jalanan,ketika memandu dan sebagainya.Jangan pula ketika berada di tandas@bilik air,dikira menghina pulak.Dan pastikan setiap perbuatan kita dimulakan dengan Basmalah.

كل أمر ذي بال ولا يبدأ ببسم الله الرحمن الحيم فهو أبتر, فهو أبتر,فهو أبتر...أو كما قال الرسول صلى الله عليه وسلم

" Setiap perbuatan@amalan yang ada faedah@kepentingan(bukan perkara sia-sia) dan tidak dimulai dengan basmalah,maka ia adalah kurang!ia adalah kurang!ia adalah kurang!"

Artikel berkaitan...






Tiada ulasan: