02 Mei 2010

Termenung Di Tengah-tengah Malam...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Malam ni,fikiran penulis entah menerawang ke mana-mana.Skrin laptop ditatap beracap kali.Laman web yang sama ditekan dan 'refreshed' berkali-kali.Akhirnya penulis tergerak untuk membuka blog sendiri menghayati hasil tulisan sendiri.

Penulis tergerak untuk membuka blog-blog rakan penulis yang tersenarai.Satu-persatu nama pemilik blog ditekan.Satu-persatu penulis baca entri-entri terbaru setiap blog.

Berdasarkan gaya dan isi penulisan,kematangan penulis-penulis atau pemilik blog tersebut makin terserlah.Bahkan ada sahaja ilmu-ilmu baru yang dikongsi bersama dan disebarkan kepada yang lain.Melihat latar belakang pemilik-pemilik blog mebuatkan penulis terasa malu kepada diri sendiri.Rata-ratanya adalah bekas junior di SMAASZA dulu.

Penulis bandingkan dengan diri penulis,terlalu jauh rasanya keupayaan diri ini berbanding mereka.Di sini penulis dapat pelajari bahawa tidak semestinya 'senioriti' seseorang itu dikira sebagai faktor utama dalam menentukan keupayaan dan kehebatan seseorang.Bahkan makin terserlah maksud firman ALLAH yang berbunyi :

" Allah mengangkat (darjat) orang-orang beriman daripada kamu dan ( juga mengangkat darjat) mereka yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat. "

Penulis akui diri penulis tidaklah sehebat mereka.Tapi penulis pohon daripada Allah supaya dijadikan diri penulis ini seorang hamba yang sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat yang telah dikurniakanNya.Sentiasa redha dan 'Qona'ah' dengan apa yang ada.

Sejak akhir-akhir ini,penulis asyik terfikir yang diri penulis ini pun masih kekurangan ilmu agama dan kadang-kadang merasakan apa yang dah ada semakin tumpul bahkan lebih dahsyat merasakan diri ini sentiasa tidak dapat di'tarbiyyah',apatah lagi men'tarbiyyah' 'seseorang yang akan hadir sebagai peneman hidup' nanti?

Sebagai seorang muslim,kita mesti hidup dalam keadaan sentiasa bersyukur kepada Allah supaya kita sentiasa yakin dengan diri sendiri.Kita diajar supaya menggunakan sepenuhnya kekuatan yang ada dengan kita sebagai satu titik untuk memotivasikan diri walaupun ia tidaklah sehebat yang lain.Kita juga perlu sedar mungkin di luar sana masih ramai yang memiliki keupayaan yang jauh di bawah kita.

Entah apa yang penulis karutkan di atas.Mungkin apa yang ditulis sekadar ingin melepaskan sahaja perasaan yang berlegar di kalbu (hati @ jantung?) dan juga di minda penulis.Sekurang-kurangnya penulis dapat muhasabah diri yang dhoif ini agar sekurang-kurangnya dapat memotivasikan kembali diri penulis.

Wallahu a'lam.

2 Mei 2010
1.34 am
Blok C 3-2,Apartment Staf,
Politeknik Kota Kinabalu.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..
setiap org ada kalebihan & kekurangan masing2.. mungkin your strength bkn dlm bidang penulisan.tp tidak salah mencuba.. usaha anda tanpa kenal jemu, insyaAllah akan terbalas.
Niway, chaiyuk! aja aja fighting! ganbate ne! \(^^)/

Fitrie Muhammad berkata...

Thanks for your support and suggestion. i really apreciate it.