03 November 2009

Lambaian Kaabah 1430H

Hari ini,15 Zulqaedah@3 November,merupakan hari yang agak istimewa.Kedua-dua ibu bapa penulis akan berangkat ke Makkah untuk menunaikan fardhu haji buat kali kedua sepanjang umur hidup mereka.Kali pertama adalah pada tahun 2000.

Sememangnya pemergian mereka pada kali ini amat berbeza berbanding 9 tahun dulu.Berbeza suasana dan usia.

Dulu kami adik-beradik ditinggalkan seramai 10 orang dengan yang bongsu ketika itu baru berusia 5 bulan.Tetapi kali ini kami dah 12 orang.Dulu kebanyakan kami masih di bangku sekolah dan dijaga oleh ibu saudara.Kini kami di bangku universiti perlu menjaga dan mengurus sendiri kehidupan sehari-hari kami.

Di Pantai Kemasek

Walau bagaimanapun ,penulis dan adik-adik doakan buat mak dan abah selamat dan sentiasa sihat dalam menunaikan ibadah haji,dijauhkan segala musibah dan penyakit,dapat beribadah dengan penuh khusyu' dan tawadhu',dijauhkan segala penyakit hati.

Berdasarkan pengalaman penulis ke Makkah sebelum ini,memang tidak dapat dinafikan Makkah yang menempatkan Baitullahilharam membawa ketenangan yang mengasyikkan.Jiwa setiap insan hanya terarah untuk mengabdikan diri terhadap RabbulJaleel.Maka,diharapkan mak dan abah kami serta umat Islam yang lain mampu mengeksploitasi suasana ini sepenuhnya.Didiklah hati,tumpukan jiwa hanya pada Allah.Buangkanlah segala keegoaan diri.Tingkatkanlah amal ibadah dengan sepenuhnya.Jauhkan segala kekusutan dunia.Bulatkan hati hanya kepada Allah.

Tempat seribu ketenangan dan pengabdian

Doakan kami juga semoga suatu hari nanti dapat menunaikan fardhu haji.Doakan kami dan umat Islam agar sentiasa menjadi insan yang taat kepada Allah dan RasulNya,taat kepada kedua ibu bapa kami,sentiasa di dalam redha Allah.Paling penting doakan kami dapat mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.

Sampaikan salam kami buat kekasih umat Islam,penghulu sekalian nabi dan rasul,sebaik-baik makhluk dan kekasih Allah Sayyidina Muhammad S.A.W.Juga buat keluarga dan sahabat-sahabat baginda di Baqi'.

Rindukan Rasulullah...

Akhir kalam,semoga dikurniakan Allah haji yang mabrur.Haji yang diterima dan diredhaiNya.Dapat mengubah jiwa dan peribadi kepada yang lebih baik.Menjadi insan yang sentiasa dan terus larut dan khusyu' dalam ibadah kepada-Nya.

حج مبرور وسعي مشكور وذنب مغفور

Tiada ulasan: