10 Disember 2008

Raya Qurban

الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر , الله أكبر, الله أكبر,
ولله
الحمد
Alhamdulillah,penulis bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana sekali lagi telah memberi peluang kepada hamba-Nya ini untuk meraikan sambutan ‘Idul Adha,bersama-sama saudara muslimin lain melaungkan takbir menghayati kebesaran Allah,menghayati ruh ibadat korban serta menyelami ruh jemaah haji yang menunaikan haji di Mekah Penulis berasa bertuah kerana dapat berada di bumi kinanah ini,bersama-sama rakyat Mesir yang sememangnya jiwa mereka ini amat terkesan dengan ‘Idul Adha yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada diri penulis.

Inilah sebenarnya penghayatan yang diajar oleh Islam dalam merayakan ‘Idul Adha,bukannya dengan kegembiraan dan keseronokan semata.Bukan dengan hiburan.Bahkan ruh atau jiwa kita sepatutnya diajar untuk berkorban diiringi dengan pujian membesarkan keagungan Zat Yang Maha Esa.Tiada yang layak dengan sebenar-benarnya melainkan Allah untuk dipuji,dibesarkan dan diagungkan sebagaimana takbir raya yang memuji dan membesarkan Allah.Bahkan laungan takbir Raya Korban ini berterusan bermula dari malam 10 Zulhijjah sehinggalah ke penghujung hari-hari Tasyriq iaitu pada 13 Zulhijjah,berbeza dengan Hari Raya Fitrah yang takbir raya terhad sampai solat pagi raya sahaja.

InsyaAllah,mari kita sama-sama berdoa memohon kepada Allah untuk memberi peluang kepada kita semua untuk menyahut seruan menunaikan ibadah haji seawal-awalnya tahun depan bagi sesiapa yang belum menunaikan haji dan juga memohon kepada Allah supaya kita mampu melakukan ibadah korban jika ada yang belum melakukannya.Amin..

Penulis : Penulis sangat teruja dengan laungan takbir stail Arab yang agak berbeza dengan takbir stail Nusantara.Laungan mereka lebih bersemangat berbanding stail Nusantara yang agak mendayu.Kurang ‘match’ dengan maksud takbir itu sendiri.MP3 takbir yang ada dalam simpanan penulis pun yang ada hanya stail Nusantara tu.Oleh demikian itu,penulis pun teruja mencari-cari takbir raya stail Arab takut-takut ada dalam simpanan kawan-kawan penulis.Akhirnya,Alhamdulillah terjumpa juga.Itupun melalui laman web.Kepada rakan-rakan yang berminat,sila layari dan download takbir raya Mekah di sini.

Kambing2 utk dikorbankan...
Proses me'rebah'kan unta...
Unta yg baru dikorbankan

2 ulasan:

Shahibul Afzan Wahab berkata...

syukran sediakan link download takbir makkah...

Fitrie Muhammad berkata...

Sama-sama..