21 Disember 2008

Demam Peperiksaan vs Demam Wireless

Tempoh 2 minggu terakhir ini merupakan antara minggu-minggu terakhir kepada siswa-siswi Al-Azhar untuk membuat persediaan menjelang peperiksaan fasal pertama sesi pengajian 2008/09 di Universiti Al-Azhar.Pada waktu inilah mereka akan cuba menghadiri sepenuhnya jadual pengajian kuliah di universiti memandangkan pada ketika ini pensyarah biasanya akan memberi gambaran gaya atau bentuk soalan serta tajuk-tajuk penting bagi semua subjek yang akan diajukan dalam peperiksaan akan datang.Maka akan penuh sesaklah dewan kuliah apatah lagi bas-bas yang menuju ke kampus!
Kelas-kelas tutorial tambahan yang diadakan di penginapan masing-masing juga tidak kurang rancaknya berjalan terutamanya melibatkan subjek-subjek yang kritikal dan berdepan risiko untuk gagal.Na'uzubillahi min zaalik!

Jika jadual pengajian kuliah ini telah mula ditawaqqufkan(ditangguhkan),maka bermulalah tempoh ber'uzlah' atau berkurung bagi mereka untuk menumpukan pada ulangkaji setiap subjek peperiksaan.Masing-masing akan cuba memahami kembali dan menghafal point-point penting bahkan ada juga yang baru nak buka kitab!Maka ada dari kalangan mereka yang sampai demam lantaran terlalu memberi penumpuan pada ulangkaji.Kesihatan juga amat penting persediaan sebelum dan semasa peperiksaan.Apatah lagi bila berada dalam musim dingin ini.Penulis doakan agar Allah mempermudahkan ulangkaji mereka serta memudahkan mereka untuk memahami subjek-subjek tersebut.


Dewan-dewan peperiksaan

Sementara itu,baru-baru ini pula,siswa-siswi Terengganu di Asrama Darul Iman telah menerima kehadiran 'orang baru' ke asrama mereka.Internet!
Internet yang dipasang di asrama ini menggunakan link DSL yang baru dan berfungsi dengan baik.Hal ini demikian kerana Datalink yang digunakan sebelum ini amat bermasalah dan ini diakui oleh pengguna-pengguna yang telah lama menggunakannya.

Wireless router

Lantaran kehadiran 'orang baru' ini,maka timbullah satu tsunami baru dalam kehidupan siswa-siswi di asrama ini.Demam wireless!Bagi mereka yang menggunakan laptop,mungkin masalah untuk mendapatkan gelombang internet agak kurang berbanding mereka yang menggunakan desktop.Maka pemilik desktop ini mula mengambil inisiatif membeli adaptor wireless untuk menarik gelombang ini.Maka terpacaklah beberapa bentuk adaptor ni di ruang-ruang yang agak strategik.Sekurang-kurangnya mereka tidak ketinggalan berbanding pemilik-pemilik laptop.

Adaptor wireless di atas peti sejuk

Adaptor wireless dari dekat

Apa-apa hal pun,penulis nasihatkan mereka agar pandai-pandailah menggunakan kemudahan tersebut apatah lagi bertembung dengan musim peperiksaan ini.Kelak jika mereka gagal,janganlah disebabkan internet ini dijadikan hujah dan alasan kegagalan tersebut.Kekalkan prestasi pencapaian siswa-siswi Terengganu yang sebelum ini menjuarai peratus kelulusan tertinggi berbanding negeri-negeri lain.Dan paling penting,bulatkan niat ulangkaji ikhlas kerana Allah Taala sebagai wasilah untuk menuntut Ilmu.

Siiru 'ala barakatillah.

5 ulasan:

Syeikhulislami berkata...

Kenapa buruk sangat pemandangan atas peti tu?
Dah mintak izin dengan tuan rumah ke ambik gambar tu?Hehe...
Nanti kene saman

Fitrie Muhammad berkata...

Kebenaran secara mulut dah ada....

RUBIAH BINTI ISMAIL berkata...

nikmat Tuhan itu untuk dihayati dan digunakan habis-habisan untuk tegakkan kalimah toyyibah..gunakan internet untuk kemaslahatan...

AZAN SUBUH berkata...

kdg2 di musim exam lg suka surfing internet bbnding musim x exam...ana pun kdg2 kena penyakit ni...ish3.

nak disiplinkan diri sendiri, terpaksa ana buat jadual harian.ada masa study,ada masa kat internet.kalau x,lagha la jawabnya.

smg shbt2 di sana berjaya dengan cemerlang dlm exam kali ni.ameen...

waza ali berkata...

dulu mse tgk ats peti tu..pelik gok..dlm hti ddk kate..spe la cas mp3 lame2 dok ttp.las2 wireless rupenye..adoiss!ml gler bl tahu.bru thu btape jahil teknologi nye dri ini