30 Disember 2008

.::Qunut Nazilah::..:: قنوت النازلة ::.

Antara sighah qunut nazilah yang boleh digunakan :

اللهم إنَّا نَجْعَلُكَ في نُحُورِ أعدَائِنا ونعُوذُبِكَ من شُرُورِهم

اللهم بَدِّدْ شَمْلَهم وفَرِّقْ جَمْعَهم وشَتِّتْ كلِمَتَهم

وزَلْزِلْ أقْدَامَهم وسَلِّطْ عليهم كَلْبًا من كِلاَبِك

يا قَهَّار... يا جَبَّار... يا مُنْتَقِم!

يا الله ( 3 مرّات )


اللهم يا مُنْزِلَ الكِتاب...ويا مُجْرِيَ السَحَاب...ويا هَازِمَ الأَحْزَاب...
اهْزِمْهم وانْصُرْنا عليهم



Sesungguhnya qunut nazilah adalah antara yang disyariatkan di dalam Islam yang antaranya bertujuan sebagai doa kepada saudara-saudara Islam yang ditimpa musibah seperti ditimpa peperangan.

Doa qunut ini dibaca pada setiap kali solat fardhu yang lima.Sabda Rasulullah S.A.W :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: " لأقَرِّبَنَّ صَلَاةَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَانَ أَبُو هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقْنُتُ فِي الرَّكْعَةِ الْآخِرَةِ مِنْ صَلَاةِ الظُّهْرِ وَصَلَاةِ الْعِشَاءِ وَصَلَاةِ الصُّبْحِ بَعْدَ مَا يَقُولُ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَيَدْعُو لِلْمُؤْمِنِينَ وَيَلْعَنُ الْكُفَّارَ
متفق عليه

Disunatkan juga agar bacaan doa itu hendaklah ringkas,pendek dan tidak memanjang-manjangkannya.Ini berdasarkan kepada Hadis Baginda S.A.W :

حديث أَنَسٍ رضي الله عنه لما سئل: هَلْ قَنَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي صَلَاةِ الصُّبْحِ؟ قَالَ: " نَعَمْ بَعْدَ الرُّكُوعِ يَسِيرًا "
أخرجه مسلم

Doa qunut nazilah juga tidak dikhususkan pada lafaz-lafaz tertentu.Oleh demikian itu,boleh digunakna lafaz seperti yang di atas.

Secara ringkas,cara pelaksanaan qunut nazilah tidak berbeza daripada qunut pada solat Subuh melainkan pada lafaz.

Oleh demikian itu,rentetan serangan pengganas dunia tentera israel ketika ini ke atas rakyat Palestin terutamanya saudara seIslam kita,marilah kita sama-sama memperbanyakkan doa kepada Allah agar umat Islam pada hari ini dibagi kekuatan dan kemenangan antara caranya adalah mengamalkan qunut nazilah seperti di atas.Kita pohon pada Allah supaya umat Islam Palestin diberi kekuatan dalam menghadapi musibah dan serangan Israel Laknatullahi 'Alaihim serta dihapuskan kekuatan dan serangan Israel walau dengan apa cara sekalipun.Kita berserah kepada kehendak Allah dalam memberi pertolongan kepada hamba-hambanya yang merupakan umat kesayangan kekasihNya S.A.W.

rujukan : islamway

5 ulasan:

DAMAI berkata...

semoga doa kita semua dimaqbulkan Allah...

Tanpa Nama berkata...

ada terjemahan?

soalan: doa2 ni blh dibuat di waktu solat selain subuh kan? kt mesir certain masjid tu baca doa ni di setiap waktu solat lepas ruku' di raka'at terakhir

Shahibul Afzan Wahab berkata...

salam..maaf, tumpang tanya.biasa ana baca doa qunut nazilah ni dalam rakaat ke-2 solat hajat.tak pernah amal lg dalam solat fardhu yg lima.kalau dlm solat fardhu, adakah dibaca selepas i'tidal rakaat terakhir?

Tanpa Nama berkata...

Emm.berdasarkan hadis nabi S.A.W tu,blh dilakukan dlm solat fardhu 5 rakaat termasuk solat subuh.dilakukan slps i'tidal rakaat terakhir setiap solat tersebut kadar yg ringkas...

Shahibul Afzan Wahab berkata...

terima kasih.