14 November 2008

HAJJATUL WADA (HAJI SELAMAT TINGGAL)

Hajjatul Wada merupakan satu-satunya haji yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. selepas diutuskan sebagai Rasul. Apabila orang ramai mendengar Rasulullah s.a.w. akan mengerjakan haji pada tahun tersebut, mereka berbondong-bondong datang dari pelbagai pelusuk semenanjung tanah Arab untuk sama-sama mengerjakan haji hinggakan bilangan mereka (mengikut sesetengah ahli sejarah) mencapai jumlah 114 ribu orang. Kami anggap bilangan ini adalah bilangan anggaran. Jika tidak, bagaimanakah mereka boleh dihitung dan ditentukan bilangan seramai itu?

Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan khutbah Baginda yang masyhur. Setiap penuntut wajib menghafalnya kerana ia mengandungi pengisytiharan prinsip-prinsip umum Islam, la juga merupakan khutbah terakhir Baginda. Di dalamnya terkandung:

"Wahai manusia! Dengarlah sabdaku. Aku tidak tahu, boleh jadi aku tidak akan menemui kamu selepas tahun ini di tempat ini untuk selama-lamanya. (Ramalan ini adalah antara mukjizat Rasulullah s.a.w.).
Wahai manusia! Darah dan harta kamu mesti dihormati sehingga kamu bertemu kembali
dengan Tuhan kamu. la mesti dihormati sebagaimana kehormatan hari kamu ini (Hari Arafah) dan kehormatan bulan kamu ini (bulan haram Zulhijjah). Kamu akan bertemu dengan Tuhan kamu, lalu Dia akan menyoal kamu tentang amalan-amalan kamu. Sesungguhnya aku telah menyampaikan. Sesiapa yang mempunyai amanah, hendaklah dia menunaikan amanah itu kepada pemberi amanah. Semua amalan riba dihapuskan. Namun kamu berhak memiliki modal kamu tanpa kamu menzalimi atau dizalimi. Allah telah menetapkan tiada riba (lagi diamalkan). Oleh itu, semua riba kepunyaan Abbas bin Abdul Muttolib dihapuskan. Setiap tuntutan darah pada zaman jahiliah digugurkan. Tuntutan darah pertama yang aku gugurkan ialah darah Ibnu Rabiah bin al-Harith bin Abdul Muttolib (dia disusukan oleh Bani Laith dan telah dibunuh oleh Huzail). Dia merupakan tuntutan darah jahiliah pertama yang aku mulakan pengguguran tuntutannya.
Wahai manusia! Syaitan telah berputus asa buat selama-lamanya untuk dia disembah lagi di bumi kamu ini. Namun sekiranya dia dipatuhi dalam perkara lain yang kamu anggap lekeh, ia sudah cukup untuk menyenangkan hatinya. Oleh itu, berwaspadalah terhadap agama kamu.
Wahai manusia! Perbuatan menangguh tarikh bulan-bulan haram adalah penambahan kepada kekufuran. Orang-orang kafir menyesatkan orang ramai dengan perbuatan itu. Mereka menghalalkan bulan tersebut untuk setahun dan mengharamkannya untuk setahun yang lain dengan tujuan melakukan perkara-perkara yang Allah haramkan. Justeru itu, mereka menghalalkan perkara yang diharamkan Allah dan mengharamkan perkara yang dihalalkan Allah. Waktu telah berputar sebagaimana keadaan asalnyapada hari Allah menciptakan langit dan bumi. Bilangan bulan di sisi Allah ialah 12 bulan. Empat bulan daripadanya adalah bulan haram: tiga bulan berturut-turut dan satu lagi ialah Rajab Mudhar1 yang berada antara Jamadil Akhir dengan Syaaban.
Wahai manusia! Kamu mempunyai hak ke atas isteri-isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu. Hak kamu ke atas mereka ialah mereka tidak boleh membenarkan sesiapa yang kamu bend (sama ada lelaki mahupun wanita, mahram mahupun ajnabi) memasuki rumah kamu. Mereka juga tidak boleh...(maaf tiada maklumat)
Kaum Mudhar amat memuliakan bulan Rajab. Oleh kerana itu, bulan tersebut dikaitkan dengan mereka. melakukan perkara keji. Sekiranya mereka melakukannya, Allah membenarkan kamu untuk meninggalkan tidur dengan mereka dan memukul mereka dengan pukulan yang tidak keras. Sekiranya mereka berhenti daripada perbuatan-perbuatan ini, mereka berhak mendapat rezeki dan pakaian yang baik. Terimalah pesanan aku untuk berbuat baik dengan wanita ini. Mereka adalah pembantu kamu. Mereka tidak memperolehi apa-apa bagi diri mereka. Kamu mengambil mereka sebagai amanah Allah serta menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah.
Fahamilah sabdaku ini, wahai manusia! Sesungguhnya aku telah menyampaikan. Aku telah tinggalkan kepada kamu satu perkara yang jelas,jika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya: Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
Wahai manusia! Dengar dan fahamilah sabdaku. Kamu tahu bahawa setiap orang Islam saudara kepada orang Islam yang lain. Sesungguhnya orang Islam bersaudara. Milik
saudaranya tidak halal bagi seseorang kecuali apa yang diberikannya dengan rela hati. Oleh itu,jangan kamu menzalimi diri-diri kamu. Ya Allah, adakah aku telah menyampaikan?"



Perkara pertama yang menarik perhatian dalam peristiwa Hajjatul Wada ialah kehadiran manusia yang begitu ramai bersama Rasul s.a.w.. Mereka datang dari segenap pelusuk semenanjung tanah Arab. Mereka beriman dengan Baginda, membenarkan risalahnya serta patuh kepada arahan-nya. Sedangkan 23 tahun sebelum itu, mereka semuanya berpegang kepada keberhalaan dan syirik. Mereka mengingkari prinsip-prinsip risalah Baginda dan merasa pelik dengan seruan tauhid yang disampaikan oleh Baginda. Mereka juga menjauhkan diri daripada kritikan Baginda terhadap nenek moyang mereka yang menyembah berhala, juga hujah Baginda memperbodohkan khayalan mereka. Bahkan ramai antara mereka yang menentang dan menunggu-nunggu masa untuk bertindak kepada Baginda. Bahkan mereka merancang untuk membunuh, mempersiapkan angkatan untuk menyerang dan bertarung dengan Baginda menggunakan pedang juga lembing. Bagaimanakah revolusi perubahan yang mengkagumkan ini berlaku dalam tempoh sesingkat ini? Bagaimanakah Rasulullah s.a.w. dapat menukar kelompok manusia yang ramai ini daripada pegangan keberhalaan, jahiliah, kerosakan dan perpecahan kepada mentauhidkan Allah, mengenali zat dan sifat-Nya, bersatu padu dan mempunyai satu objektif juga matlamat? Bagaimana mereka boleh mencintai Baginda sedangkan sebelum ini mereka memusuhi, kuat menentang dan terus bertelingkah dengan Baginda? Seorang manusia, walau sepintar, selicik dan sehebat mana peribadinya, adalah mustahil dia mampu mencapai perubahan ini dalam masa ratusan tahun. Kita tidak pernah mendengar fenomena sebegini pada umat terdahulu mahupun kini. Perubahan ini pasti disebabkan oleh kebenaran risalah, sokongan langit, pertolongan Allah dan mukjizat agama yang syumul lagi sempurna. Agama ini dijadikan sebagai penyempur-naan nikmat Allah ke atas hamba-hamba-Nya dan penutup risalah-Nya kepada manusia. Allah menghendaki agama ini berperanan menghentikan kesengsaraan umat yang sesat di celah lorong-lorong kehidupan, juga yang hina kerana hawa nafsu dan sentimen 'asobiyyah. Dia juga mahu menunjukkan mereka jalan hidayah dan membuka mata mereka kepada cahaya kebenaran. Dia ingin melantik mereka sebagai pemimpin bangsa-bangsa dan perubah perjalanan sejarah. Dia juga mahu mereka menghapuskan kehinaan manusia, seterusnya mewariskan kepada mereka, hikmah dan Kitab yang menjadi petunjuk dan peringatan kepada orang-orang yang berakal.
Seratus empat belas ribu orang manusia yang sebelumnya mendustai, memerangi, membenci dan memberontak terhadap Baginda, bertukar menjadi mereka yang mempercayai, mematuhi, mencintai dan mentaati Baginda. Semua itu dalam tempoh 23 tahun. Ini adalah perbuatan Allah Yang Maha Benar lagi Maha Nyata. Maha suci Allah daripada apa yang mereka sekutukan. Maha suci zat Rasul-Nya daripada apa yang dikatakan oleh para atheis.
Maha Suci Tuhan kamu, Tuhan Yang Maha Mulia daripada apa yang mereka sifatkan. Selamat ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam.

Perkara kedua yang menarik perhatian dalam peristiwa hajjatul Wada ini ialah khutbah yang bertenaga lagi jitu yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada semua manusia. Begitu juga dengan pengisytiharan prinsip-prinsip selepas sempurna risalah dan kepimpinan Baginda. la merupakan penegasan terhadap prinsip-prinsip yang diisytiharkan sejak permulaan dakwahnya. Iaitu ketika Baginda masih keseorangan, ditindas, sedikit dan lemah. la adalah prinsip yang tetap dan tidak berubah, sama ada ketika sedikit mahupun ramai, ketika perang mahupun aman, kalah mahupun menang, dunia menentang mahupun menerimanya, musuh kuat mahupun lemah. Sedangkan kita mengetahui terdapat di kalangan pemimpin-pemimpin dunia, mereka yang berbolak balik ialam pegangan akidah dan prinsip.
Pegangan mereka bercanggah ketika lemah dan ketika kuat. Cara dan objektif mereka pula berubah-ubah. Mereka menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang mereka sembunyikan dalam diri. Mereka juga mengajak kepada perkara yang mereka tidak percayai. Mereka memakai pakaian pendeta ketika lemah dan kulit serigala ketika kuat. Fenomena ini adalah kerana mereka itu "rasul" kepada maslahat, sedangkan para Nabi adalah rasul kepada Allah. Amat jauh beza antara mereka yang mengerumuni bangkai busuk dengan mereka yang berenang dalam lautan cahaya petunjuk. Begitu juga terlalu jauh beza mereka yang bekerja untuk diri sendiri dengan mereka yang bekerja untuk kemanusiaan. Juga amat jauh beza antara penyokong-penyokong syaitan dengan penyokong-penyokong Tuhan ar-Rahman.
Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya..

Tiada ulasan: