2. Anda perlu merancang kebahagiaan untuk hari akhirat anda sebagaimana anda merancang untuk kebahagiaan hidup di dunia
3. Anda perlu mengetahui apakah amalan yang paling baik, waktu dan masa yang paling sesuai serta pemberian yang paling baik untuk anda lakukan atau berikan kepada rakan-rakan dan keluarga anda
4. Anda perlu mengetahui apakah amalan yang paling utama dan ganjaran pahala yang paling besar serta cara memperolehinya.
5. Anda perlu mencari dan berdamping dengan orang yang sering melakukan kebaikan dan anda hendaklah membina hubungan baik bersama mereka, mengambil pengajaran dan manfaat dari mereka, bertanya mereka dan belajar dari mereka cara untuk mendekatkan diri kepada Allah sehingga anda dikasihi oleh Allah.
6. Anda perlu bersiap-siap dalam beramal dengan meminta panduan dari mereka yang suka beramal untuk akhirat sebagaimana ada bersiap-siap untuk dunia anda dengan meminta panduan dari seseorang untuk urusan dunia anda. Apabila anda sentiasa bertanya dan meminta panduan dari orang yang suka beramal dengan cara mengkaji dan mempelajari, semua itu akan memperelokkan amalan anda.
7. Anda perlu sentiasa mengadakan perubahan dalam hidup anda sebagaimana anda sentiasa menukar barang-barang keperluan hidup duniawi anda seperti perabot rumah anda, pakaian, set pinggan mangkuk dan sebagainya. Anda juga perlu mengubah niat dan meningkatkan amalan anda iaitu ubahkan niat kepada niat yang baik dan suci.
8. Anda perlu mengubah niat anda dan belajar bagaimana untuk mendapatkan ganjaran pahala dalam segala perbuatan samada kecil atau besar, semasa anda gembira dan marah, semasa anda tidur dan jaga, semasa anda makan, pergi dan pulang dan dalam segala amalan dan tindakan anda!
Sesuatu perbuatan yang dilakukan dalam kehidupan mesti berasaskan kepada niat dan tujuan perbuatan tersebut dilakukan. Seseorang yang melakukan urusan dunianya dan kebiasaan hariannya jika diniatkan perbuatan tersebut semata-mata untuk menunaikan hak dan kewajipan terhadap Allah SWT disamping untuk menunaikan kewajipan terhadap hidup dan dirinya sendiri, maka segala amalan yang menjadi rutin hidupnya itu akan menjadi ibadah dan mendapat pahala di sisi Allah. Ini termasuk urusan mencari rezeki, makan dan minum, rehat, tidur dan sebagainya. Apabila semuanya diniatkan untuk Allah maka perbuatan tersebut akan diberkati dan dibuka segala pintu kebaikan dan rezeki dengan tidak disangka-sangka oleh kita.
Orang yang tidak berniat kerana Allah dalam segala urusan hidupnya maka merekalah orang yang paling rugi kerana kejahilannya dan kecuaiannya. Mereka hanya mencela diri mereka sendiri. Rasulullah saw bersabda di dalam hadis sahih:
إنك لن تعمل عملاً تبتغي فيه وجه الله إلا أجرت عليه، حتى ما تجعله في فيّ امرأتك
"Sesungguhnya engkau tidak melakukan amalan yang engkau niatkan kerananya semata-mata kerana Allah, melainkan engkau akan diberi pahala sehingga termasuk juga rezeki yang engkau suapkan kepada isterimu"(Al-Bukhari)
Petikan dari buku 'Mencari Ganjaran Pahala Dalam Kehidupan',karangan Ustaz Zukarnain bin Dollah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan