28 November 2008

Al-Faatihah!

Al-Fatihah kepada Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail yang meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland kira-kira 6.30 petang tadi dan takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau.

Pengalaman bersama Almarhum

Penulis pernah bersua muka dengan almarhum yang mana ketika itu diadakan Majlis Ramah Mesra bersama almarhum di Surau Asrama Darul Iman di Kaherah akhir 2007.Antara pesanan almarhum ketika itu yang sedikit sebanyak memberi peransang kepada penulis :
"Extraordinary Effort Can Make or Produce Extraordinary Result"

Penulis akui almarhum seorang yang berpengalaman dalam dunia pendidikan dan sedikit sebanyak kagum dengan almarhum dalam bidang ini,bukannya dalam bidang politik.Ini jelas ketika almarhum berucap dalam majlis ramah mesra tersebut lebih-lebih lagi almarhum lulusan Sarjana di Birmingham University,UK dan pernah mengajar di beberapa buah maktab perguruan serta menjawat jawatan sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu.Cuma penulis agak terkilan apabila almarhum seolah-olah terlalu memandang tinggi institusi-institusi pendidikan di Barat sehingga penulis ketika itu terkeluar kata menyampuk ucapan almarhum :
" Universiti AlAzhar?(Bagaimana?)".
Mungkin rakan-rakan seperjuangan pun turut terkilan ketika itu.Almarhum dan kenamaan lain sepatutnya jangan lupa Universiti Al-Azhar adalah merupakan penyumbang yang besar dalam dunia umat Islam jika dibandingkan dengan institusi-institusi pendidikan lain.Sejarah telah membuktikan!

Penulis tidak berniat untuk menyalahkan almarhum seratus-peratus apatah lagi memburukkan almarhum.Harapan penulis dan rakan-rakan agar mereka yang kenamaan dan berkelulusan Barat terutamanya pimpinan UMNO wajib perbetulkan tanggapan yang salah ini.Kaji balik sejarah Islam yang lalu berkaitan dengan Al-Azhar ini dan hayatilah.Kalau nak mempersalahkan kami sebagai Azhariyyun ini kerana kami salah tak mengapa,tapi jangan nafikan kebenaran sejarah Al-Azhar dan sumbangannya sampai hari ini.

Walau bagaimanapun,penulis dan rakan-rakan doakan semoga roh beliau tergolong bersama roh-roh orang beriman dan semoga Allah mengampuni dosa-dosa beliau.Mudah-mudahan keluarga beliau juga turut tabah dan redha dengan kembalinya almarhum ke rahmatullah.Amin...

Tiada ulasan: