26 Mei 2010

Polis Agama Diberi 20,000 Skirt

MEULABOH, Indonesia - Polis Islam di Aceh akan menerima 20,000 skirt panjang untuk diberikan kepada wanita yang melanggar etika pakaian Muslim, kata seorang pegawai, Ramli Mansur semalam.

"Mulai hari ini, saya akan menyerahkan kira-kira 20,000 skirt kepada polis syariah di Aceh Barat," katanya yang merupakan Ketua Daerah Aceh Barat.

Menurutnya, pesalah-pesalah wanita akan menukar seluar panjang dengan skirt panjang dan longgar jika polis syariah menangkap mereka.

Mansur berkata, pada suatu hari, dia terpaksa menjawab soalan daripada Tuhan apakah yang telah dilakukannya untuk menguatkuasakan undang-undang Islam.

"Kami akan meningkatkan serbuan terhadap pesalah undang-undang syariah di sini. Tuhan akan bertanya kepada saya untuk bertanggungjawab terhadap apa yang telah saya lakukan semasa saya berkhidmat di Aceh Barat," katanya.

Polis pencegah maksiat semalam menyoal 30 wanita mengenai pakaian yang dipakai mereka di sebuah kampung di Aceh Barat semalam.

"Apakah silapnya dengan pakaian saya? Undang-undang manakah yang telah saya langgar? Adakah saya seorang pengganas yang menyebabkan saya diminta menunjukkan kad pengenalan saya?" kata seorang wanita berumur 40 tahun, Fatima yang ditahan oleh polis agama.

Namun, protesnya tidak didengari dan dia menutup seluar jeannya dengan skirt yang dibawa dari rumah.

Polis agama itu tidak mempunyai kuasa untuk menangkap wanita kerana melanggar etika pakaian tetapi mereka diminta menukar pakaian yang tidak sesuai dengan ciri-ciri Islam. - AFP


Penulis : Entri ini penulis dapati daripada akhbar Kosmo 26 Mei 2010.Pendekatan yang digunakan oleh Penguatkuasa Syariah di Aceh sesungguhnya sesuatu yang perlu dicontohi.Penulis berpendapat sememangnya akan ada berpandangan bahawa tindakan ini terlalu tegas dan melanggar hak peribadi wanita.Penulis percaya jika penguatkuasaan ini dilaksanakan di Malaysia pastinya akan mendapat tentangan hebat. Percayalah,tindakan penguatkuasaan ini bukan perkara yang merugikan.Mungkin ia agak membebankan lantaran ia melanggar kebiasaan sebahagian besar wanita di Malaysia.Prinsip pelaksanaan syariah sebenarnya lebih bersifat mendidik dan menjaga kesucian wanita itu sendiri.Penulis berharap para wanita di luar sana jangan melenting apatah lagi memandang serong terhadap penguatkuasaan sebegini.

Sumber - kosmo
Artikel-artikel lepas berkaitan pakaian wanita :
1) Kompaun Tidak Tutup Aurat
2) Purdah@Niqob
3) Kasut Tumit Tinggi
4) Tudung Wanita
5) Cara Menutup Aurat

3 ulasan:

Shahibul Afzan Wahab berkata...

tindakan yg praktikal...bagus la pemikiran polis kat acheh...

Fitrie Muhammad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Fitrie Muhammad berkata...

Yang penting,inisiatif ini perlu bermula dari pemimpin atau mereka yang ada kuasa untuk melaksanakannya.Seperti yang telah diutarakn oleh Ketua Daerah Aceh Barat(font merah).Bahkan takut akan azab akhirat jika tidak melaksanakannya di dunia ini...