Penulis terpanggil untuk membicarakan topik ini memandangkan ada beberapa peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini berkaitan dengan maut dan kematian.Dan sesungguhnya juga ia merupakan satu peringatan yang amat penting untuk diri penulis dan juga para pembaca dan pengunjung blog ini.
Penulis teringat akan satu pesanan Rasul Habibullah S.A.W yang mengatakan bahawasanya mereka yang bijak adalah mereka yang selalu mengingati mati.Mengingati mati ni bukanlah bermaksud kita takut akan datangnya kematian,akan tetapi ia merupakan satu peringatan buat kita sebagai umat yang sangat Baginda S.A.W kasihi agar sentiasa bersedia sebagai satu persediaan bekalan sebelum kita didatangani Izrail.
Satu fakta yang amat perlu kita sematkan dalam kepala bahawasanya kematian itu datangnya tanpa diundang dan tanpa disedari.Cuba kita renungkan betapa sejak akhir-akhir ini berapa ramai insan yang masih muda umurnya telah dijemput Allah.Kes-kes seperti serangan jantung semakin banyak berlaku kepada orang-orang yang masih muda usianya.Begitu juga kemalangan-kemalangan maut di jalan-jalan raya juga menunjukkan peningkatan akan bilangan kes-kes yang berlaku di samping kes-kes melibatkan H1N1,mat-mat rempit,ragut,AIDS dan lain-lainnya menunjukkan maut bukan hanya datang ketika usia tua sahaja.
Pada hari ini,penulis menyeru semua terutamanya diri penulis yang amat dhoif ini agar sama-sama mempertingkatkan amalan-amalan ibadah,menjauhi perkara-perkara maksiat serta menambah rasa takut kepada Allah agar kita sentiasa beringat lantas memotivasikan diri untuk terus berusah menjadi hamba Allah yang soleh.
"HIDUP BERJUANG,MATI TERBILANG"
"HIDUPKANLAH DAKU SEPERTI KEHIDUPAN ULAMA,MATIKANLAH DAKU SEPERTI MATINYA SYUHADA'"
JABATAN PENGAJIAN AM,
POLITEKNIK KOTA KINABALU.
9 JUN 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan