16 Januari 2009

Terdesak: Kepala Babi Dalam Surau API


Kuala Lumpur, 16 Jan - Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan ‘PMI, PRO M, PAS’ dijumpai di dalam surau tersebut.
Kepala binatang tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi sebelum Subuh.
Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Shahir Abdul Aziz, beliau hairan sambil menimbulkan tanda tanya tentang kejadian ini apabila kepala babi beserta bendera PAS tersebut diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam(API).
“Saya yakin ada pihak yang ingin menyatakan protes terhadap Pro Mahasiswa dan PMI (Persatuan Mahasiswa Islam).
Selain itu, timbul persoalan kenapa kejadian begini berlaku dalam musim PRK sekarang, malah surau Akademi Pengajian Islam menjadi tumpuan?,”ujar beliau sambil mengajukan tanda tanya.


Selain itu, presiden Pro Mahasiswa Nasional merangkap Pro Mahasiswa Universiti Malaya, saudara Norazali Zainuddin menyatakan kejadian ini mungkin disebabkan beberapa pihak yang tidak puas hati dengan tindakan Pro Mahasiswa dalam menyatakan pendirian dan pendedahan isu termasuk rasuah dan penyalahgunaan wang dalam politik kampus.
“Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang, selain itu, isu ini sengaja dicetuskan bagi mengalih perhatian umum daripada isu rasuah yang lebih besar,”ujar beliau.
Pilihanraya kampus kali disifatkan sebagai yang paling teruk dalam sejarah demokrasi kampus apabila berleluasanya politik wang dan penyalahgunaan kuasa oleh beberapa pihak dalam memenangi pilihanraya.
Isu rasuah TNC HEP yang dibawa oleh Pro Mahasiswa mendapat liputan dan respon panas dari pelbagai pihak. Ekoran dari isu ini, markas Pro Mahasiswa digeledah oleh pihak polis tanpa waran geledah dan komputer riba diambil. Malah pagi ini, kejadian kepala babi dijumpai di surau API menimbulkan tanda tanya.
Pihak polis masih meneruskan siasatan ke atas kes ini.

Sumber : mahasiswakini

4 ulasan:

Unknown berkata...

Beberapa perkara untuk difikirkan.

1. Mana dapat binatang ini? Beli? Apa hukum beli babi?

2. Kenapa letak dalam surau? Apa hukum orang yang sengaja mengotorkan surau?

3. Macam mana nak bersihkan kotoran ini? Tentu kena basuh sampai bersih, kemudian kena samak. Karpet tu... bukan kain batik...

4. Kenapa bungkus dengan bendera Pas? Letak la dalam plastik ke, kanvas ke... Tak adalah meresap air dan darah.

5. Siapa yang beli dan letak binatang ini dalam surau? Muslim ke tak? Kalau muslim, apa tujuan anda? Kalau non-muslim, apa maksud anda?

6. Adakah mereka fikir sebelum buat ni? Saya rasa tidak!

A: Apa kata kita taruk babi dalam surau malam ni!
Orang lain: Ya, kami setuju! Jom!


P.s.: Ah... parah! Memang parah!

DAMAI berkata...

salam..

astaghfirullah...

sungguh tidak ber'aqal mereka yang melakukan perkara itu...

bersedialah menghadapi balasan Allah...sesungguhnya azab Allah tersangat pedih..mampukah??

Shahibul Afzan Wahab berkata...

musuh2 islam sentiasa ada di mana2...kalau bukan si kuffar,di kalangan muslim sendiri pun ada...berhati-hatilah kita!

Tanpa Nama berkata...

ujian dalam perjuangan akan sentiasa wujud. namun, ingat janji Allah..kebenaran itu pasti akan tumpaskan kebatilan