02 November 2009

Purdah@Niqob...

Cambridge Benar Graduan Berpurdah

LONDON - Menara gading berprestij di dunia, Universiti Cambridge kelmarin mengumumkan untuk membenarkan para penuntut wanita beragama Islam memakai purdah pada majlis konvokesyen.

Keputusan drastik melanggar peraturan sedia ada itu dibuat selepas pegawai-pegawai universiti tersebut mengadu ramai pelajar berpakaian kasual ketika upacara tahunan itu.

Mengikut tradisi universiti itu yang ditubuhkan pada tahun 1209 oleh sekumpulan lepasan Univeristi Oxford, graduan dikehendaki memakai sut berwarna gelap dan kemeja putih serta gaun labuh.

Pihak pentadbiran universiti memberi amaran, kod pakaian itu akan diperketatkan dan pelajar ingkar akan ditegah daripada menghadiri majlis konvokesyen itu.

Namun, pelajar lelaki Scotland sudah lama menentang peraturan pakaian itu sebaliknya gemar memakai kilt iaitu skirt paras lutut yang menjadi tradisi masyarakat Scotland.

Kelonggaran itu mendapat bantahan pelajar asing lain dan akhirnya pihak universiti dijangka membenar pemakaian sari dan kimono, masing-masing untuk penuntut India dan Jepun.

Kelmarin, pentadbiran Cambridge memperluaskan kebenaran itu termasuk purdah yang bukan sahaja ketika konvokesyen, malah semasa menghadiri kelas tutorial dan syarahan umum.

Penarikan larangan kod itu disambut baik ahli-ahli Persatuan Pelajar Islam Cambridge yang mempunyai 600 penuntut Islam dan pernah memohon kebenaran pemakaian purdah.

"Pakaian yang bercorak tuntutan keagamaan dan kebudayaan dibenarkan semasa majlis rasmi bahkan kami menghormati perkara itu," kata seorang jurucakap Cambridge . - Agensi

sumber : kosmo!

Ulasan : Penulis tertarik dengan artikel di atas berkaitan dengan keputusan@tindakan terbaru pihak Universiti Cambridge.Agak menarik kerana sikap pihak universiti di sebuah negara bukan Islam mampu bertoleransi dalam isu berkaitan fahaman agama para penuntutnya.Isu ini bukan baru.Semenjak beberapa tahun isu berkaitan hijab dan purdah@niqab berlegar di beberapa negara Eropah dan juga di negara Islam.Kalau kita imbas kembali terdapat kes-kes berkaitan dengan isu ini seperti larangan pemakaian hijab terhadap kanak-kanak Islam di Perancis satu ketika dahulu dan beberapa kes lagi di negara-negara Eropah yang lain.

Beberapa minggu lepas pula diberitakan isu larangan pemakaian purdah oleh Al-Imam al-Akbar SyeikulAzhar Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi yang menyebabkan keraguan di kalangan umat Islam sendiri. Untuk pencerahan,penulis cadangkan pembaca@pengunjung mengunjungi blog-blog atau laman-laman web yang menjelaskan kembali isu ini.Sebagai cadangan,sila ziarah ke blog Ustaz Hairul Nizam Mat Husain.(Sila tekan link di bawah)

Tidak lupa juga isu yang tidak ramai umat Islam di Malaysia yang tahu iaitu berkenaan larangan pemakaian purdah terhadap ustazah-ustazah siswi al-Azhar di mana-mana premis milik Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah,Mesir(KBMK) menyebabkan protes oleh siswa-siswi Malaysia di Mesir yang lebih arif hukum hakam mengenainya melebihi pegawai-pegawai KBMK sendiri.

Penulis amat berharap para wanita Islam di Malaysia cuba memahami hukum berkaitan pemakaian hijab dan purdah serta hukum menutup aurat.Kesedaran dan pemahaman mereka menurut pandangan penulis sememangnya amat cetek.Sekurang-kurangnya artikel seperti di atas dapat membuka mata dan menyedarkan mereka.Kempen-kempen seperti kempen menutup aurat di Kelantan seharusnya diperluaskan ke seluruh negara.

Wallahu a'lam.

Related link :

- PMRAM
- Blog Ustaz Hairul Nizam

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now. Keep it up!
And according to this article, I totally agree with your opinion, but only this time! :)

Tanpa Nama berkata...

It is useful to try everything in practise anyway and I like that here it's always possible to find something new. :)

Tanpa Nama berkata...

It is useful to try everything in practice anyway and I like that here it's always possible to find something new. :)