إنما الأعمال بالنيات , وإنما لكل امرئ ما نوى
" Hanyasanya setiap amalan@pekerjaan itu dengan niat,dan hanyasanya setiap perkara itu berdasarkan apa yang diniatkan "
Ketahuilah bahawasanya tunjang bagi setiap perbuatan,amalan,pekerjaan dan yang lainnya adalah niat.Maka dengan ini amat pentinglah niat dalam memandu sesuatu pekerjaan itu.
Niat yang ikhlas kepada Allah dalam melakukan amalan@pekerjaan yang baik apatah lagi mulia sangat-sangat dituntut iaitu bermula dari permulaan pekerjaan itu.Hal ini amat penting agar pekerjaan yang dilakukan insyaAllah menghasilkan natijah baik,mulia dan diredhai oleh Allah.Seringkali atau kadang-kadang terlintas di benak atau niat yang terpesong dari niat yang asal apatah lagi jika berbentuk kebendaan.Maka bersegeralah memperbaharui niat yang betul dengan diiringi istighfar agar pekerjaan itu berada pada landasan dan panduan yang betul dan diredhai Allah.
Andainya berlaku dugaan dan cabaran dalam menghadapi pekerjaan yang telah ditunjangi dengan niat yang telah dibulatkan kepada Allah,maka berlapang dadalah dan hadapilah dengan penuh bijaksana.Ingatlah bahawasanya niat yang betul dan ikhlas kepadaNya insyaAllah akan dibalasi dengan balasan yang hanya Allah Maha Berhak untuk menentukannya.
Sekadar pemujuk hati penulis...
p/s-penulis amat mengalu-alukan sebarang tambahan dan teguran serta mungkin pengalaman yang boleh dikongsi...
4 ulasan:
ya.. dan niat x menghalalkan cara..
Suatu kata2 yg lazim didengar:
HIDUP INI INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH...
Walaupun susah dan menderita sekalipun,jika disandarkan kepada Allah,hati pasti menjadi tenang.
Terutama dalam perjuangan ini...
al-umur bi maqasiduha..
-: ami mahzar :- niat yg betul akan memandu cara yg betul.
-: Azan Subuh :- Ye,walau sshdn mderita,hati akan sentiasa qanaah menghadapinya.
-: Rubiah Ismail :- al-umuur bi maqaasiduuha : kaedah pertama dlm qawaid fiqhiah.Asal@dalil qaedah ini diambil dari hadis yg ana sebutkan pd permulaan entri.
Catat Ulasan