Jutaan kemaafan dihulurkan buat semua pengunjung blog kerana telah lama penulis tidak mengemaskini blog ini terutama buat rakan-rakan seperjuangan yang berada di Mesir.
Semenjak kepulangan penulis ke tanah air ini,perkara pertama yang boleh penulis ungkapkan kepada diri penulis adalah 'culture shock'.Status kepulangan penulis sekarang ini amat jauh berbeza berbanding ketika kepulangan pada 2007 lalu.Dulu adalah kepulangan yang lebih difokuskan untuk 'bercuti' semata.Tapi kali ini semenjak penulis berada di dalam perut 'flight' lagi,perasaan gementar telah timbul lantaran kepulangan ini sebenarnya adalah menandakan titik permulaan buat penulis memulakan satu lagi kehidupan yang baru.Satu lagi tugasan yang baru.
Tatkala mula-mula menjejakkan kaki di KLIA dulu memang agak menggembirakan kerana telah berada di tanah air sendiri tapi itu sekejap sahaja.Kegembiraan itu hilang sedikit demi sedikit.Kemungkaran berlaku di depan mata.Sebaik melepasi imigresen,penulis tersentak dek ilaian ketawa 2@3 orang belia 'jante betino' dalam sebuah kedai.Ter'cerlong' mata penulis melihat mereka.Tapi apa yang lebih mengejutkan 'demo' ni duk dalam kedai najis!Jaga kedai najis!Cashier Kedai Arak!!!
Maasyaa-Allah!Macam-macam penulis terfikir ketika itu.Selama ni diaorang 'mengaji bende?'Mak bapak diaorang ini tahu ke? Menggigil seketika penulis ketika itu menahan perasaan marah dan geram,tergerak hati untuk nak pergi tegur diaorang.Mulut ni nyaris-nyaris nak 'sound' diaorang.Tapi tiba-tiba hati jadi sedih kerana tak mampu untuk berbuat begitu.Lemahnya iman.Astaghfirullah...Penulis hanya mampu men'cerlong' mata kat diaorang.Sekurang-kurangnya 'cerlongan' itu telah membuatkan mereka senyap.
Walau bagaimanapun,kalau beginilah keadaannya,memang jahil benarlah masyarakat kita.Perkara agama yang sepatutnya diketahui umum oleh muslim biasa pun mereka tak tau!Apatah lagi kalau berkaitan politik,lagi la jauh!
Peristiwa sebegini tidak terhenti setakat itu.Macam-macam perkara lagi berlaku yang menambahkan ke'culture-shock'an penulis.Tak perlu lah penulis senaraikan di sini.Cuma perkara-perkara seumpama inilah yang membuatkan penulis gementar kerana tanggungjawab memberi kesedaran agama buat ummah itu memang terletak di bahu para agamawan.Apatah lagi penulis!
Situasi politik di Perak,keganasan di Palestin,kemerosotan ekonomi dunia dan bermacam-macam lagi peristiwa yang berlegar sekitar penulis sedikit sebanyak membuatkan penulis pening apatah lagi penulis juga agak sibuk menguruskan beberapa permohonan kerja sehinga tidak sempat mengambil tahu keadaan sebenar dan tepat yang melanda sekeliling penulis.Keterbatasan maklumat sebelum internet aktif di rumah sesekali membuatkan penulis tak cakna 100% terhadap peristiwa-peristiwa ini.Inilah juga antara kejutan budaya yang terpaksa penulis hadapi.Penulis menganggarkan mungkin dalam tempoh sebulan selepas balik ini jadual harian masih kurang stabil.
Demikianlah sedikit coretan yang boleh penulis ceritakan.Sama-sama kita doakan untuk keizzahan Islam dengan diberi kekuatan spiritual oleh Allah terhadap kita yang bertanggungjawab terhadap tugas tersebut.

3 ulasan:
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...
mgkn sbb 'batu' maka ia menyakitkan..
berpesan-pesan dgn kebenaran dan kesabaran..slmt meneruskan pejuangan di tanahair
itulah realitinya, ust. sbb tu kita sangat2 memerlukan org2 mcm ust. utk terus menyambung jalan amar maaruf nahi mungkar ini. harapnya semua sahabat2 yg berada di luar negara sedar akan hal ini
Ya Allah,kurniakanlah petunjukMU kepada kami semua..Erm..kami para penuntut agama amat memahami tanggungjawab ini.Cuma bagi ana,masing2 ada halatuju kerjaya yang dipilih yang turut mampu menyumbangkan...
Catat Ulasan