29 Ogos 2008

Jalan berliku tokoh PKR ke Putrajaya



Seperti yang diduga, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang mudah dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh semalam.

Ini ditambah pula dengan majoriti yang lebih besar daripada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

anwar ibrahim mp swearing in 080828 04Ia membuktikan bahawa pengaruh Anwar sedikitpun tidak terjejas meskipun dilemparkan dengan pelbagai tuduhan.

Tuduhan liwat, pengkhianat Melayu dan negara, rasuah gila kuasa yang dibuat oleh pemimpin Umno, ditolak mentah-mentah oleh pengundi Permatang Pauh.

Anwar mendapat 31,195 undi, manakala calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi. Manakala calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.

Ia sekaligus menunjukkan bahawa usaha BN, khususnya Umno, untuk menguburkan karier politik Anwar gagal. Sebaliknya, keputusan pilihanraya itu menunjukkan sokongan terhadap beliau tidak pernah luntur.

Sewajarnya pemimpin Umno yang bermulut celupar, khususnya Naib Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin, merasa malu kerana serangan-serangan peribadi ke atas mantan timbalan perdana menteri itu, sedikitpun tidak diterima pengundi.

anwar ibrahim enters parliament building as mp 280808 09Sepanjang tempoh kempen selama 10 hari, pemimpin besar Umno, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hadir berkempen untuk calon BN.

Pengundi atas pagar

Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku pengarah pilihanraya BN, saban malam berada di Permatang Pauh bersama pemimpin-pemimpin lain.

Malangnya, pengundi Permatang Pauh langsung tidak mahu mendekati ceramah pemimpin Umno, menyebabkan ia lenggang kerana tiada sambutan.

Serangan-serangan oleh bekas orang kuat, Anwar seperti Ezam Mohd Noor dan Datuk S Nalakarupan, juga bagaikan peluru kertas sahaja.

Sebaliknya, ceramah Anwar dihadiri bukan sahaja oleh penyokongnya tetapi juga pengundi atas pagar dan kaum India serta Cina setiap malam.

permatang pauh polling day 260808 05Namun, perlu diakui juga bahawa jentera kempen PKR dan Pakatan Rakyat sangat berkesan kerana mereka gigih bekerja tanpa mengira waktu.

Petugas parti juga bergerak pantas setiap hari untuk membahagikan risalah untuk menjawab apa juga serangan Umno terhadap Anwar.

Dalam pilihanraya kali ini, penekanan Anwar terhadap Malaysia baru, iaitu menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum, lebih diterima oleh rakyat berbanding politik perpaduan oleh BN.

Kemenangan besar Anwar itu memberikan peluang yang baik untuknya mengotakan janjinya untuk mengambilalih pemerintahan pada 16 September depan.

Laluan ke Putrajaya

Mungkin masih ramai berpandangan sinis tetapi jika diperhatikan kepada pengaruh Anwar yang tidak pernah surut, ia seharusnya menerbitkan rasa gerun kepada Umno itu sendiri.

Rakyat Permatang Pauh telah membuktikan mereka tidak lagi percaya kepada Umno walapun para pemimpinnya mendendangkan bahawa parti keramat itu begitu berjasa kepada orang Melayu dan negara.

Apa yang mereka perlukan ialah politik yang lebih adil, pemimpin yang berwibawa dan dipercayai yang boleh membawa negara dan rakyat yang lebih makmur dan dihormati dunia.

permatang pauh polling day 260808 04Sepatutnya, janji-janji retorik tidak perlu lagi untuk sebuah negara seperti Malaysia, sebaliknya memperkasakan keazaman untuk membina Malaysia yang baru.

Mulai hari ini, tiada lagi mana-mana pihak yang boleh memandang rendah kepada Anwar.

Pagi ini, mantan timbalan perdana menteri telah telah mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh di Dewan Rakyat.

Pagi ini juga, seperti yang telah dipersetujui oleh anggota Pakatan Rakyat sebelum ini, Anwar turut dilantik sebagai ketua pembangkang.

Dan laluannya menuju Putrajaya, seperti yang dilaung-laungkan kepada penyokongnya, kini terbuka luas.

-malaysiakini,280808

Tiada ulasan: