27 Ogos 2010

Wajarkah?

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Sudah sekian lama jari-jemari ini tidak menari-nari di papan kekunci ini menitipkan sesuatu perkara atau isu.Congakan penulis,hampir 3 bulan lamanya tidak menulis.Alhamdulillah,kali ini Allah bagi keizinan untuk jari-jemari ini memainkan peranan di arena blogging ini.

Satu perkara telah terdetik di hati penulis sejak penulis berada dalam dunia pekerjaan@kerjaya ini.Selama usia kerjaya penulis yang masih mentah ini,ada satu perkara yang membuatkan hati penulis terdetik dan minda penulis berfikir.Wanita berkerjaya dan telah bersuami bekerja melebihi waktu pejabat...

Isu ini mungkin agak kompleks untuk difikir dan dibincangkan kerana rata-rata wanita zaman ini majoritinya bekerjaya tidak kira apa bidang terutamanya profesional.Hal ini berlaku disebabkan oleh banyak faktor dan antara faktor yang penulis fikir adalah disebabkan faktor kewangan keluarga dan wanita hari ini lebih berpendidikan tinggi.

Apa yang berada dalam kotak fikiran penulis adalah mungkin kurang melibatkan wanita-wanita yang masih bujang atau ibu-ibu tunggal yang belum bersuami atau dah ketiadaan suami.Akan tetapi ia melibatkan wanita-wanita bekerja terutamanya di bidang profesional yang bekerja melebihi waktu bekerja biasa.

Penulis tidak menafikan bahawa kaum Hawa memang lebih rajin bekerja daripada kaum Adam dan ini bagus untuk prestasi sesuatu company atau jabatan.Yang menjadi persoalan,wajarkah mereka bekerja daripada yang sepatutnya diperuntukkan untuk mereka?

Bersambung...

Tiada ulasan: