Bermula akhir Disember 2009 sehinggalah awal Januari 2010 adalah satu tempoh yang agak sibuk dan tidak terjangka.Pada kesempatan ini suka untuk penulis berkongsi beberapa pengalaman yang dilalui yang penulis kira satu transisi dalam kehidupan penulis.
Awal Disember 2009,penulis kembali ke kampus untuk menyambung pengajian semester ke-2 di UIA.Alhamdulillah setelah lulus English Proficiency Test(EPA) kelolaan UIAM sendiri pada semester sebelumnya,penulis dapat mendaftar subjek pengajian Master di bawah Jabatan Fiqh&UsulFiqh untuk semester kali ini.Untuk pengetahuan pembaca@pengunjung,semester pertama hanyalah kursus Bahasa Inggeris sebagai syarat daripada pihak UIAM sebelum memasuki kuliyah sebenar.
Tempoh awal semester ini amat menyeronokkan kerana penulis dapat ‘kembali’ menemui pengajian yang menggunakan B. Arab sebagai pengantar.Tidak dinafikan semester sebelumnya juga menyeronokkan dan bermanfaat.Cuma kali ini lebih serasi.
Dalam pada itu,penulis juga sedang menunggu surat penempatan sebagai pensyarah politeknik setelah menerima surat menyatakan kejayaan temuduga untuk jawatan tersebut.Akhirnya,setelah 2 minggu kembali ke UIA,surat penempatan tersebut sampai ke rumah penulis.Tanpa terjangka,penulis ditempatkan di Sabah.Betul-betul satu kejutan kerana penulis tak terfikir langsung dapat ke sana kerana penulis dapat maklumat masih banyak kekosongan di semenanjung.Ketika itu,fikiran penulis berkecamuk dan berbelah bagi sama ada meneruskan pengajian MA atau menerima kerja yang ditawarkan.Sayang kerana MA baru bermula dan sayang juga untuk menolak tawaran pekerjaan Tetap.Perancangan sebelum ini jika ditempatkan di semenanjung,MA dapat diteruskan secara ‘part-time’.Tetapi situasi begini menyebabkanan,seandainya menerima tawaran pekerjaan tersebut,pastinya MA ditangguhkan dahulu dan seandainya pula MA diteruskan,belum tentu ada tawaran sebegini akan diterima.Lantas, istikharah adalah jalan yang Terbaik!
Alhamdulillah,berdasarkan naluri penulis yang diharapkan itu adalah ilham dari Allah Yang Maha Kaya,penulis cenderung untuk menerima jawatan tetap tersebut dan boleh disimpulkan terdapat beberapa sebab yang mendorong keputusan tersebut :
Pertama : Sabah adalah sebuah negeri yang didiami oleh masyarakat yang mempunyai keseimbangan populasi penganut agama Islam dan bukan Islam(Penduduk Islam bukan majoriti).Masyarakat Islam di sini pula masih memerlukan bimbingan para agamawan.Penulis berazam untuk menjadi pembimbing tersebut.(Ya Allah,bantulah hambaMu ini untuk membimbing umat kekasihMu di sini).
Kedua : Menyambung pengajian di peringkat MA mungkin lebih bersifat memberi faedah hanya kepada diri sendiri sedangkan pada masa yang sama khidmat kita diperlukan serta-merta.Lebih-lebih lagi di Sabah dan sama sekali bukan bermakna kewajipan menuntut ilmu itu tergugur.(Mudah-mudahan Allah memberiku peluang untuk menyambung pengajian MA pada masa akan datang.)
Ketiga : Restu dan redha dari orang tua penulis serta sokongan dari saudara-mara,kenalan dan sahabat penulis.
Bertitik-tolak dari itu,penulis melaksanakan beberapa urusan berkaitan penangguhan kuliah dan persediaan untuk berangkat ke Sabah.Beberapa kali terpaksa penulis berulang-alik ke Kuala Lumpur sehinggalah penulis melapor diri di Putrajaya pada 4 Januari yang lalu dan seterusnya bermusafir ke Sabah pada 7 Januari 2010.
Akhir kalam,buat sekadar ini sahaja yang boleh penulis kongsikan terlebih dahulu.InsyaAllah,untuk entri akan datang,penulis akan ceritakan serba sedikit situasi yang berlaku dan yang dihadapi penulis di Sabah ini.
Wallahu a’lam.
20 Januari 2010-8.20 malam,
Politeknik Kota Kinabalu,
Menggatal,Sabah.

2 ulasan:
Selamat berdakwah di Sabah!
wah, tak sangka sudah berkhidmat di Sabah sekarang! Ok la tu, dapat di KK, tahniah ya!
Catat Ulasan