15 Jun 2010

Sekitar Majlis Pertunangan...

Iklan Oleh Penaja Gambar...

Di mana Komander??

2 Bapa...

Barang-barang Hantaran 5 + 5

Hantaran Dari Pihak Lelaki...

Hantaran Pihak Perempuan...

Cincin Dijulang...

Saat Disarung...

Restu...

Iklan Oleh Penaja Gambar

Kredit gambar :
Ust Wan Khairuddin Wan Yahya
Mdm Wan Salma Wan Yahya

Terima kasih kepada semua kaum kerabatku dan yang lainnya yang sudi menghulurkan bantuan di kala diri ini jauh di perantauan....Hanya Allah jua yang layak membalas segala jasa baik kalian...

10 Jun 2010

Zionis...

Peristiwa serangan Zionis@Yahudi ke atas kapal yang membawa misi kemanusiaan ke Gaza baru-baru ni sesungguhnya telah membuka mata banyak pihak.Kebanyakan negara yang mempunyai rakyatnya dalam misi tersebut diketuai oleh Turki telah mengutuk sekeras-kerasnya.Tidak terkecuali juga negara-negara bukan Islam yang juga turut mengutuk serangan tersebut.

Pemimpin-pemimpin negara tersebut sibuk dan lantang sekali mengutuk bahkan ada yang membawa usul ke parlimen masing-masing termasuk Parlimen Malaysia.Rakyat pula tidak kurang hebatnya kelantangan mereka.Demonstrasi mengutuk serangan tersebut banyak diadakan di sana sini.Laungan boikot segala produk Yahudi juga turut bergema.Penulis menyokong penuh usaha-usaha mereka ini.Akan tetapi timbul keraguan dan kesangsian dalam hati penulis.Adakah memadai sekadar itu sahaja usaha kita membantah tindakan tersebut?

Beberapa cadangan agak baru timbul seperti saranan Presiden PAS di Parlimen dalam perbahasan usul mengutuk serangan tersebut agar diwujudkan pakatan ketenteraan negara-negara OIC.Penulis tidak bercadang untuk membuat cadangan baru tapi cukuplah kita bermuhasabah balik kekurangan dan kelemahan kita umat Islam zaman sekarang.Rasul S.A.W telah mengingatkan kita bahawasanya bilangan umat Islam pada akhir zaman amat ramai seumpama buih-buih di lautan.Akan tetapi bilangan yang ramai itu tidak berkualiti disebabkan timbulnya virus 'CINTAKAN DUNIA dan TAKUTKAN MATI'.

Penulis tidak pandai untuk mengulas panjang berkenaan isuu ini.Tapi penulis ingin mengajak kalian semua utnuk sama-sama membaca artikel oleh Ustaz Pahrol di sini.

JPA,
10 JUN 2010Justify Full

09 Jun 2010

Maut...

Penulis terpanggil untuk membicarakan topik ini memandangkan ada beberapa peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini berkaitan dengan maut dan kematian.Dan sesungguhnya juga ia merupakan satu peringatan yang amat penting untuk diri penulis dan juga para pembaca dan pengunjung blog ini.

Penulis teringat akan satu pesanan Rasul Habibullah S.A.W yang mengatakan bahawasanya mereka yang bijak adalah mereka yang selalu mengingati mati.Mengingati mati ni bukanlah bermaksud kita takut akan datangnya kematian,akan tetapi ia merupakan satu peringatan buat kita sebagai umat yang sangat Baginda S.A.W kasihi agar sentiasa bersedia sebagai satu persediaan bekalan sebelum kita didatangani Izrail.

Satu fakta yang amat perlu kita sematkan dalam kepala bahawasanya kematian itu datangnya tanpa diundang dan tanpa disedari.Cuba kita renungkan betapa sejak akhir-akhir ini berapa ramai insan yang masih muda umurnya telah dijemput Allah.Kes-kes seperti serangan jantung semakin banyak berlaku kepada orang-orang yang masih muda usianya.Begitu juga kemalangan-kemalangan maut di jalan-jalan raya juga menunjukkan peningkatan akan bilangan kes-kes yang berlaku di samping kes-kes melibatkan H1N1,mat-mat rempit,ragut,AIDS dan lain-lainnya menunjukkan maut bukan hanya datang ketika usia tua sahaja.




Pada hari ini,penulis menyeru semua terutamanya diri penulis yang amat dhoif ini agar sama-sama mempertingkatkan amalan-amalan ibadah,menjauhi perkara-perkara maksiat serta menambah rasa takut kepada Allah agar kita sentiasa beringat lantas memotivasikan diri untuk terus berusah menjadi hamba Allah yang soleh.

"HIDUP BERJUANG,MATI TERBILANG"

"HIDUPKANLAH DAKU SEPERTI KEHIDUPAN ULAMA,MATIKANLAH DAKU SEPERTI MATINYA SYUHADA'"

JABATAN PENGAJIAN AM,
POLITEKNIK KOTA KINABALU.
9 JUN 2010

26 Mei 2010

Polis Agama Diberi 20,000 Skirt

MEULABOH, Indonesia - Polis Islam di Aceh akan menerima 20,000 skirt panjang untuk diberikan kepada wanita yang melanggar etika pakaian Muslim, kata seorang pegawai, Ramli Mansur semalam.

"Mulai hari ini, saya akan menyerahkan kira-kira 20,000 skirt kepada polis syariah di Aceh Barat," katanya yang merupakan Ketua Daerah Aceh Barat.

Menurutnya, pesalah-pesalah wanita akan menukar seluar panjang dengan skirt panjang dan longgar jika polis syariah menangkap mereka.

Mansur berkata, pada suatu hari, dia terpaksa menjawab soalan daripada Tuhan apakah yang telah dilakukannya untuk menguatkuasakan undang-undang Islam.

"Kami akan meningkatkan serbuan terhadap pesalah undang-undang syariah di sini. Tuhan akan bertanya kepada saya untuk bertanggungjawab terhadap apa yang telah saya lakukan semasa saya berkhidmat di Aceh Barat," katanya.

Polis pencegah maksiat semalam menyoal 30 wanita mengenai pakaian yang dipakai mereka di sebuah kampung di Aceh Barat semalam.

"Apakah silapnya dengan pakaian saya? Undang-undang manakah yang telah saya langgar? Adakah saya seorang pengganas yang menyebabkan saya diminta menunjukkan kad pengenalan saya?" kata seorang wanita berumur 40 tahun, Fatima yang ditahan oleh polis agama.

Namun, protesnya tidak didengari dan dia menutup seluar jeannya dengan skirt yang dibawa dari rumah.

Polis agama itu tidak mempunyai kuasa untuk menangkap wanita kerana melanggar etika pakaian tetapi mereka diminta menukar pakaian yang tidak sesuai dengan ciri-ciri Islam. - AFP


Penulis : Entri ini penulis dapati daripada akhbar Kosmo 26 Mei 2010.Pendekatan yang digunakan oleh Penguatkuasa Syariah di Aceh sesungguhnya sesuatu yang perlu dicontohi.Penulis berpendapat sememangnya akan ada berpandangan bahawa tindakan ini terlalu tegas dan melanggar hak peribadi wanita.Penulis percaya jika penguatkuasaan ini dilaksanakan di Malaysia pastinya akan mendapat tentangan hebat. Percayalah,tindakan penguatkuasaan ini bukan perkara yang merugikan.Mungkin ia agak membebankan lantaran ia melanggar kebiasaan sebahagian besar wanita di Malaysia.Prinsip pelaksanaan syariah sebenarnya lebih bersifat mendidik dan menjaga kesucian wanita itu sendiri.Penulis berharap para wanita di luar sana jangan melenting apatah lagi memandang serong terhadap penguatkuasaan sebegini.

Sumber - kosmo
Artikel-artikel lepas berkaitan pakaian wanita :
1) Kompaun Tidak Tutup Aurat
2) Purdah@Niqob
3) Kasut Tumit Tinggi
4) Tudung Wanita
5) Cara Menutup Aurat

19 Mei 2010

Cinta dan Kasih Sayang

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri kali ini lebih berbentuk tazkirah atau peringatan buat sidang pengunjung@pembaca sekalian lebih-lebih lagi buat diri penulis yang serba faqir ini.

Kali ini penulis ingin mengajak sidang pembaca sekalian untuk sama-sama berfikir dan merenung balik konsep atau kesan ungkapan tersebut.Mungkin skop yang diutarakan tidak meluas memandangkan perkara ini telah dibahaskan lebih panjang lebar oleh penulis-penulis lain.Penulis di sini hanya sekadar ingin berkongsi sedikit pandangan.

Di sini,maksud cinta tidak semestinya melibatkan percintaan antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi ia lebih luas lagi.Suka penulis ingin ungkapkan juga perkataan sayang dan suka untuk memberi pengertian yang sama seperti kasih sayang kita terhadap ibu bapa,adik-beradik,isteri,anak-anak,kaum kerabat dan lain-lainnya.Begitu juga terhadap rasa sayang kita terhadap harta benda seperti wang,rumah,kereta,tanah dan sebagainya.Pelbagai tafsiran di sini dan mungkin sidang pembaca lebih mengetahuinya.

Sebenarnya penulis ingin mengajak kita semua untuk merenung balik mungkin adanya kasih sayang@cinta@rindu@suka kita terhadap seseorang ataupun sesuatu benda berharga.Tapi sedarkah kita ataupun pernahkan anda semua terfikir untuk kita ukur dan bandingkan tahap kecintaan@sayang kita itu dengan kecintaan kita terhadap Allah dan RasulNya serta kecintaan kita terhadap Islam dan perjuangannya???Kebanyakan kita mungkin akan mengatakan kecintaan terhadap Allah itu kurang berbanding yang lain.Oleh demikian itu,di sini penulis ingin mengajak semua untuk mengubah kesilapan ini dengan kita menyedari bahawa sesungguhnya selama mana kecintaan@kerinduan@kesukaan@kasih sayang kita terhadap manusia dan harta benda,sesungguhnya semua itu akan pergi meninggalkan kita.Didiklah jiwa kita agar meletakkan kecintaan terhadap Allah dan RasulNya melebihi yang lainnnya apatah lagi terhadap perjuangan menegakkan agama Islam.Tanda cinta kita terhadapNya adalah kita sentiasa menjaga segala perintah dan laranganNya.Istiqomah pada jalanNya.Sesungguhnya kecintaan itu amat manis rasanya bahkan akan berkekalan sehingga ke akhirat.Kecintaan kita pada yang selainnya beserta kemanisannya mungkin akan bersifat sementara...



والله أعلم بالصواب

8.00pm
19 Mei 2010

02 Mei 2010

Termenung Di Tengah-tengah Malam...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Malam ni,fikiran penulis entah menerawang ke mana-mana.Skrin laptop ditatap beracap kali.Laman web yang sama ditekan dan 'refreshed' berkali-kali.Akhirnya penulis tergerak untuk membuka blog sendiri menghayati hasil tulisan sendiri.

Penulis tergerak untuk membuka blog-blog rakan penulis yang tersenarai.Satu-persatu nama pemilik blog ditekan.Satu-persatu penulis baca entri-entri terbaru setiap blog.

Berdasarkan gaya dan isi penulisan,kematangan penulis-penulis atau pemilik blog tersebut makin terserlah.Bahkan ada sahaja ilmu-ilmu baru yang dikongsi bersama dan disebarkan kepada yang lain.Melihat latar belakang pemilik-pemilik blog mebuatkan penulis terasa malu kepada diri sendiri.Rata-ratanya adalah bekas junior di SMAASZA dulu.

Penulis bandingkan dengan diri penulis,terlalu jauh rasanya keupayaan diri ini berbanding mereka.Di sini penulis dapat pelajari bahawa tidak semestinya 'senioriti' seseorang itu dikira sebagai faktor utama dalam menentukan keupayaan dan kehebatan seseorang.Bahkan makin terserlah maksud firman ALLAH yang berbunyi :

" Allah mengangkat (darjat) orang-orang beriman daripada kamu dan ( juga mengangkat darjat) mereka yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat. "

Penulis akui diri penulis tidaklah sehebat mereka.Tapi penulis pohon daripada Allah supaya dijadikan diri penulis ini seorang hamba yang sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat yang telah dikurniakanNya.Sentiasa redha dan 'Qona'ah' dengan apa yang ada.

Sejak akhir-akhir ini,penulis asyik terfikir yang diri penulis ini pun masih kekurangan ilmu agama dan kadang-kadang merasakan apa yang dah ada semakin tumpul bahkan lebih dahsyat merasakan diri ini sentiasa tidak dapat di'tarbiyyah',apatah lagi men'tarbiyyah' 'seseorang yang akan hadir sebagai peneman hidup' nanti?

Sebagai seorang muslim,kita mesti hidup dalam keadaan sentiasa bersyukur kepada Allah supaya kita sentiasa yakin dengan diri sendiri.Kita diajar supaya menggunakan sepenuhnya kekuatan yang ada dengan kita sebagai satu titik untuk memotivasikan diri walaupun ia tidaklah sehebat yang lain.Kita juga perlu sedar mungkin di luar sana masih ramai yang memiliki keupayaan yang jauh di bawah kita.

Entah apa yang penulis karutkan di atas.Mungkin apa yang ditulis sekadar ingin melepaskan sahaja perasaan yang berlegar di kalbu (hati @ jantung?) dan juga di minda penulis.Sekurang-kurangnya penulis dapat muhasabah diri yang dhoif ini agar sekurang-kurangnya dapat memotivasikan kembali diri penulis.

Wallahu a'lam.

2 Mei 2010
1.34 am
Blok C 3-2,Apartment Staf,
Politeknik Kota Kinabalu.