08 Mac 2009

Ditag Ramadhan...

Ops..Kali pertama ditag.Tak pe la,kali ni penulis nak sahut cabaran tu..
Instructions:

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.


Penulis tak pasti tahun bila gambar ni diambil.Mungkin dalam tahun 1989-90.Waktu ni tengah melakukan solat maghrib secara 'berjemaah' dengan dua orang sepupu di rumah ibu saudara di Bukit Chempaka,Tepoh.Penulis tergelak seketika ketika menatap gambar ni.Rasa-rasanya seorang sahaja yang betul-betul solat tu.Yang paling hujung dan terkedepan tu.Gambar ni diambil melalui friendster ahli jemaah yang berada di tengah-tengah tu.

Profil ringkas 2 orang sepupu di atas :

Paling hujung dan depan : Itu adalah Ustaz Wan Khairudin Wan Yahya.28 tahun. Dah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang 'cute'.Lepasan BA di UTM dan MA di UKM.Sekarang berkhidmat sebagai guru di SMK Bandar Tun Razak,Rompin,Pahang.(right : his beloved son)

Solat di Tengah dan Berkopiah Putih : Yang ni Mohd Asri bin Jusoh.24 tahun.Still single berpunye.Lepasan BA di UniMAP,Perlis.Sekarang sebagai felo akademik di UniMAP.Baru 'angkat' kereta baru semalam!!!tu yang tersengih tu....

Berkopiah putih, Berseluar Pendek : Penulis sendiri...

Berdiri : Haa...adik penulis no....???tak payah cerita la kat sini.nanti susah!!!

Seterusnya,Tag ini dipanjangkan kepada :

1. Cinta Agung
2. Rahsia Waza
3. Rumah Rusa
4. As-Saahah
5. Faez
6. Tarmizi Ali

06 Mac 2009

Rasulullah S.A.W

Berdasarkan tajuk entri kali ini,sememangnya banyak topik yang kita boleh perkatakan berkaitan Kekasih kita semua,Nabi Muhammad S.A.W.Satu hal yang sepatutnya tak perlu kita lupa bahawa kita semua wajib mengasihi Baginda S.A.W selepas kasih kita kepada Allah.Bahkan kasih kepada Baginda S.A.W adalah melebihi kasih kepada ibu bapa,kaum kerabat,negara dan lain-lainnya.

Beberapa tahun lalu,dunia Islam dikejutkan dengan munculnya karikatur yang menghina Baginda S.A.W yang terbit melalui sebuah majalah Denmark.Lantas beberapa negara Islam serta-merta menyekat hubungan perdagangan dengan negara Denmark manakala kebanyakan masyarakat Islam memboikot barangan keluaran mereka.Hasilnya ekonomi mereka terjejas.Kemudian beberapa bulan lalu,tiba-tiba muncul pula blog yang secara terangan penulisnya menghina Baginda Rasul S.A.W menyebabkan masyarakat terutamanya para bloggers mengutuk tindakan tersebut dan men'flag' blog tersebut.Seorang rakan blogger penulis langsung menggelarkannya 'blog CELAKA'.

Begitulah serba sedikit rentetan bentuk-bentuk penghinaan ke atas batang tubuh Nabi S.A.W.Kini kita di ambang untuk menyambut ulangtahun kelahiran Rasulullah S.A.W.Berdasarkan hukum,para ulama mengharuskan sambutan kelahiran Rasulullah S.A.W.Hanya segelintir sahaja ulama mengharamkan sambutan tersebut atas alasan bid'ah.Penulis tak berminat nak membahaskan hukum ini.Cuma hayatilah satu hadis yang penulis lupa matannya mengkisahkan bahawa Baginda S.A.W berpuasa pada hari kelahirannya.Bukankah ini satu bentuk sambutan?Apatah lagi sambutan itu adalah dalam bentuk ibadah iaitu puasa.Maka tak salah kalau kita perbanyak selawat dan menghidupkan sunnah Baginda S.A.W. pada hari tersebut.

Itu sambutan pada hari keputeraan Baginda S.A.W.,bagaimana pula pada hari-hari lain?Dalam khutbah Jumaat hari ini ada disebutkan bahawa untuk menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W tidak dikhususkan pada amalan-amalan tertentu sahaja bahkan merangkumi kehidupan seharian bahkan kalau diikutkan setiap kali khutbah Jumaat di Malaysia ni pasti para jemaah diseru untuk memperbanyak selawat ke atas Baginda S.A.W.Tapi apa yang mendukacitakan,berapa ramai sahaja yang betul-betul menghayati seruan selawat ni?Yang datang solat ramai,tapi lebih separuh yang tidur!!!Apatah lagi kalau kandungan khutbah banyak disebut hadis dan disebut nama Baginda S.A.W.Senyap...tak ramai yang menyambut selawat ke atasnya S.A.W sedangkan dijanjikan balasan 10 kali selawat!Hal ini berbeza sama sekali suasananya di Mesir.Saat ini,penulis amat merindui khutbah oleh imam-imam di Mesir...

Sebelum mengakhiri entri kali ini,penulis ingin menyeru diri penulis sendiri dan pengunjung@pembaca blog ini untuk sama-sama memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Baginda S.A.W serta menghiasi kehidupan seharian kita dengan sunnahnya S.A.W.

Cadangan penulis agar kita jangan lupa selawat walau di mana kita berada sama ada di pejabat,di jalanan,ketika memandu dan sebagainya.Jangan pula ketika berada di tandas@bilik air,dikira menghina pulak.Dan pastikan setiap perbuatan kita dimulakan dengan Basmalah.

كل أمر ذي بال ولا يبدأ ببسم الله الرحمن الحيم فهو أبتر, فهو أبتر,فهو أبتر...أو كما قال الرسول صلى الله عليه وسلم

" Setiap perbuatan@amalan yang ada faedah@kepentingan(bukan perkara sia-sia) dan tidak dimulai dengan basmalah,maka ia adalah kurang!ia adalah kurang!ia adalah kurang!"

Artikel berkaitan...






Qad Kafaani 'Ilmu Rabbi...



Artikel lepas...

02 Mac 2009

Kerajaan Perpaduan, Negara Tanpa Pembangkang

Seorang wartawan dari portal berita Mandarin mohon saya ulasan berkenaan apa yang dikatakan "unity government" yang dicadangkan oleh Presiden PAS. Begitu juga seorang penyokong tegar PAS berbangsa Tionghua dari Kelantan, minta penjelasan adakah ini bermakna PAS dan Umno akan bergabung dan mengadakan hubungan kerjasama politik?

Ternyata yang mereka maksudkan itu adalah cetusan gagasan baru yang cuba dilontarkan oleh Dato� Seri Tuan Guru Presiden PAS. Ia bermula semasa beliau membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Parlimen dan diikuti dengan temuramah khas bersama Malaysian Insider dan akhbar Siasah di bangunan Parlimen.

Gagasan baru ini tidak sekadar melibatkan UMNO dan PAS malah lebih besar lagi ia mencadangkan kerjsama politik secara "total" melibatkan semua pemain-pemain dalam gelanggang politik tanahair . Beliau mencadangkan sebuah kerajaan tanpa pembangkang yang menyatukan bukan sahaja orang-orang Melayu tetapi seluruh rakyat Malaysia.

Mendakap realiti semasa yang menampakkan suasana muram dan mencemaskan samada dari perspektif ekonomi maupun politik, maka demi kepentingan rakyat dan negara Tuan Guru mencadangkan agar semua pihak mengenepikan perbezaan dan meredakan perbalahan, duduk semaja atas satu pentas dan melahirkan sebuah kerajaan perpaduan atau "unity government" yang akan melihat semua parti bersatu membentuk satu kerajaan demi rakyat dan Negara.

Di dalam perbahasan beliau di Dewan Rakyat itu beliau menyebut:

"Pendekatan dalam mewujudkan perpaduan ini mestilah memenuhi segala ciri dan sifat fitrah naluri yang ada dalam diri manusia itu sendiri. Manusia bukan sahaja boleh disatukan sebagaimana menyatukan batu-bata dalam mendirikan bangunan, kayu yang mendirikan perabot tidak boleh disatukan begitu sahaja kerana manusia bukan sahaja jasad, mereka mempunyai hati perut dan perasaan. Dengan sebab itu pendekatan yang perlu diambil dalam mewujudkan perpaduan mestilah merangkumi segala aspek yang ada dalam naluri kejadian manusia itu sendiri."

Dalam suasana politik hari ini ia mungkin sesuatu yang sukar difikirkan namun jika kita semua meletakkan kepentingan Negara di hadapan, pembelaan nasib dan kebajikan rakyat agenda utama kita, maka tidak mustahil cadangan ini dapat dilaksanakan dengan syarat semua pihak jujur dan ikhlas.

Mengapa cadangan ini perlu dipertimbangkan?

Dari sudut politik kita melihat pasca PRU ke 12 menampakkan perubahan besar ke atas lanskap politik tanahair. BN menang dan mengekalkan kuasa diperingkat Pusat namun kehilangan majoriti duapertiga di Dewan Rakyat. Pakatan Rakyat pula berjaya menundukkan BN di lima buah negeri di Semenanjung Malaysia walaupun mereka kekal berkuasa di tujuh negeri lain (Sarawak tiada pilihan raya negeri).

Rentetan lanskap baru ini rupa-rupanya mencetuskan pula beberapa insiden politik yang tidak menampakkan kestabilan dan meyakinkan rakyat. Perebutan kuasa terus menerus berlaku sehinggakan pihak istana turut terlibat dan terbabit secara langsung.

Ini suatu fenomena yang baru dan rakyat semakin resah dan cemas mengikuti perkembangannya.

Tuan Guru melihat perkara ini tidak wajar dibiarkan berlarutan kerana ia bakal mengundang perbalahan dan perpecahan yang lebih serius yang akhirnya bakal merugikan rakyat dan Negara.

Kemudian dari sudut ekonomi kita masing-masing sedar betapa suasana ekonomi global kini begitu meruncing dan kegawatan besar di Amerika Syarikat dan Eropah bakal singgah dan mempengaruhi ekonomi Negara kita. Kita masing-masing bertanggungjawab mempertahankan Negara kita dari ancaman ekonomi ini dan sama-sama perlu menyatukan idea dan fikiran untuk meminimakan impaknya nanti ke atas rakyat dan Negara.

Kerana itulah, demi mengelakkan krisis yang lebih besar dari sudut politik dan ekonomi, maka pilihan yang ada bagi kita yang perlu difikirkan secara serius oleh semua pihak adalah ke arah "Negara tanpa pembangkang" ini.

Bagaimana ia mahu digerak dan dilaksanakan, maka kita serahlah pada pucuk piminan tertinggi semua parti agar berani tampil ke hadapan untuk menyahut pelawaan ini dan memikirkan penyelesaian yang terbaik buat rakyat dan Negara.

Kita mendoakan agar semua pihak memikirkan idea ini dan jika boleh bersama-sama bergerak ke arah perlaksaannya. Ia bukan sekadar baik buat PAS atau Umno tetapi sebenarnya akan baik buat BN dan PR dan lebih penting lagi buat semua rakyat Malaysia yang dahagakan kestabilan dan perpaduan itu.- azm

(Roslan Shahir bin Dato' Mohd Shahir adalah Setiausaha Akhbar Presiden) _

Tudung Wanita Dari Kacamata Lelaki

" Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." An-Nuur : 31

Kali ini penulis berminat untuk menyentuh sedikit soal trend tudung kepala wanita.Kalau kita imbas kembali Malaysia atau Tanah Melayu bermula zaman awal 1900an ,wanita-wanita Islam Melayu mengenakan tudung kepala sekadar lilitan sahaja bahkan lebih ramai yang ber’bogel’ kepala.Hanya ketika upacara berbentuk ke’islam’an yang tertentu sahaja mereka mengenakan tudung yang lebih ‘sempurna’ dalam erti maksud sebenar.

Kemudian pada sekitar tahun 1950an iaitu pada era pasca-kemerdekaan negara(atau era P.Ramlee) sehingga 1970an,trend tudung ini tidak banyak berubah.Kita boleh saksikan antaranya melalui koleksi filem-filem P.Ramlee,tudung-tudung wanita hanya sekitar diikat dan dililit sahaja di kepala dan masih menampakkan rambut di kepala.Jarang-jarang sekali kita boleh saksikan sebilangan kecil wanita mengenakan tudung labuh yang kebiasaannya adalah pelajar pengajian agama.

Bermula akhir 1970an dan awal 1980an,kesedaran untuk bertudung yang lebih sempurna mula berkembang.Ini dapat dilihat apabila semakin ramai wanita ketika itu yang mengenakan tudung yang lebih labuh di kepala.Manakala yang bertudung ala kadar sudah mula menutup terus rambut mereka walaupun ada yang masih menampakkan leher mereka.Anda boleh perhatikan foto-foto lama ibu-ibu dan nenek-nenek anda dari dulu sehingga sekarang sebagai rujukan(sekadar cadangan penulis).

Desawarsa ini,trend tudung pun mula berubah.Tidak salah kalau penulis katakan hampir kesemua jenis tudung semenjak era awal 1900an itu sehingga kini dikenakan oleh wanita zaman kini. Jilbab@tudung labuh,tudung ala Wardina,tudung 'bawal' dan terbaru,tudung Indonesia.Walau bagaimanapun,apa yang penulis ingin luahkan di sini walau apa jenis sekalipun tudung yang dikenakan,jangan menyimpang dari maksud asal kewajipan bertudung itu sebagaimana ayat di atas.

Jilbab@tudung labuh
Model ini paling ramai dipakai oleh pelajar-pelajar perempuan sekolah agama kerana pemakaiannya wajib di sekolah.Cuba kita lihat mereka apabila di luar sekolah atau tamat sekolah,lain jadinya kan!Tapi walau bagaimanapun,inilah model yang paling menepati kehendak syariah Islam berdasarkan ayat di atas.Cuma berdasarkan khilaf di kalangan mazhab,ada yang wajib ditambah penutup muka (purdah) sebagai hijab.

Tudung Ala Wardina
Tudung ini mula mendapat nama dan perhatian wanita apabila diperkenalkan oleh Wardina,iaitu artis yang insaf mengenakan tudung.Sebenarya bukan Wardina yang mempelopori model sebegini ,tapi ia adalah pemakaian tudung wanita-wanita negara arab seperti Mesir dan Jordan.Dari segi Syariah,penulis berpendapat ia agak bertepatan dgn syara’ kerana kainnya melepasi bahagian dada cuma kurang bersetuju kerana penutup kepalanya agak ‘fit’ dengan bentuk kepalanya.Walau bagaimanapun bergantung kepada pemakainya yang faham berdasarkan ayat di atas.

Tudung ‘Bawal’
Boleh dikatakan inilah model tudung yang paling ramai dipakai melibatkan semua peringkat umur.Rata-rata pemakainya berpendapat ia ringkas,lembut,cantik dan sebagainya.Dari segi syara’,bergantung kepada model dan cara pemakaiannya.Kalau model yang jarang kainnya dan terang warnanya kemudian dipakai ala kedua2 labuhan kain depan di’keronsang’kan di bahu,memang jelas menyalahi syara’.Kain yang jarang masih menampakkan telekung dan leher di dalamnya.Lebih teruk lagi kalau tak pakai telekung.Habis nampak rambut sampai boleh tahu jenis pengikat rambut!!!Baik jangan pakai terus,sama aje!!!
Begitu juga kalau warnanya agak terang,menarik perhatian yang melihat.Yang ini pun tak bertepatan syara’ kerana menarik perhatian umum terutamanya lelaki.
Satu lagi masalah yang memang tidak difahami adalah trend yang mana labuhan kain tudungnya dikepil@dislip di bahu dengan keronsang berbagai jenis.Ini pun satu hal,dalam ayat suruh labuhkan kain menutup dada,tapi trend ini suruh angkat biar nampak dada pulak!!!

Tudung Indonesia
Model ini paling laris digunakan sekarang ini,Mudah dan cepat.Tak perlu cari pin,tak perlu lipat segitiga,terus pakai.Model ini perlu diteliti dahulu terutama bentuk kain dan saiznya.Bentuk kain yang terlalu lembut dan mudah ‘luruh’ pun kalau tak kena cara pemakaiannya,akan menampakkan serba sedikit bentuk tubuh bahagian yang dipakai.Begitu juga saiznya ada yang terlalu kecil sehingga hanya menutup bahagian kepala dan leher sahaja.

Ini hanya sekadar pendapat dan pengetahuan penulis sahaja.Dari segi model-model di pasaran dan gaya pemakaian wanita sekarang,memang penulis tak tahu mana.Sekadar yang penulis tulis di atas boleh dikatakan pandangan umum dari kacamata lelaki.

Akhir sekali,penulis amat mengalu-alukan pandangan pembaca@pengunjung blog sekalian sama ada komen,teguran,tambahan dan pembetulan.

Wallahu A'lam.

25 Februari 2009

Mantan MB Pernah Diberi Amaran ‘Bala’ Yang Akan Menimpa


Kuala Terengganu – Bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh pernah diberi peringatan oleh pewaris lapisan ke enam Tok Sheikh Duyong, supaya menghentikan segera kejohanan perahu layar ‘Monsoon Cup’. (Gambar - Monsoon Cup, gambar kecil, Iyaz Spa and Resort, dulunya Kelab Teluk Warisan, yang didirikan diatas tanah anugerah sultan kepada Tok Sheikh Duyong)

“Yang saya marah, Pulau Duyong Kecil itu, telah dijadikan hotel (Kelab Teluk Warisan), apabila telah dijadikan tempat sebegitu,jadi tempat maksiat, arak naik, perempuan naik, judi, perkara-perakara yang bertentangan dengan Islam, itu yang berbalik kepada (wasiat) Tok Sheikh tu, tak benarkan arak (dan maksiat),”kata Wan Mohd Salleh @ Wan Ngah Hj Yaakub di rumahnya Kuala Ibai, kelmarin.


Menurutnya sebelum pilihanraya umum ke 12, Mac tahun lalu, beliau telah bertemu secara berdepan dengan mantan Menteri Besar Terengganu di pejabatnya.

Beliau berkata, ketika pertemuan yang berlangsung selama sejam setengah itu, beliau telah menceritakan seluruh kisah termasuk ‘wasiat’ Tok Sheikh Duyong.

“Saya cerita habis tentang Tok Sheikh Duyong, dia tak kata apa, jadi akhirnya saya kata (kepada Idris) saya mari jumpa Dato’ ni bukannya apa, saya nak lepaskan tanggungan saya, hok Tok Sheikh Duyong hari tu, kalau saya biar begini (tak beritahu) saya tanggung dosa, sebab saya tahu ceritanya (wasiat Tok Sheikh Duyong).Kalau Dato’ nak jalan juga, Dato’ punya pasallah,”kata beliau yang pernah menjadi guru kepada Idris di Besut pada awal tahun 1960an dahulu.

Walaupun begitu beliau berharap agar Idris sebagai Menteri Besar ketika itu membatalkan acara sukan perahu layar yang banyak mengundang perlanggaran kepada wasiat Tok Sheikh Duyong.

“Tok sah (jangan) buatlah (Monsoon Cup), kalau nak buat, ganti tempat asal, buat tempat (belajar) ugama,”ujarnya lagi.

Katanya, apabila tidak mendapat apa-apa respon dari Idris, sebelum beliau pulang, beliau sekali lagi memberikan ingatan yang keras berbentuk amaran kepada Idris.

“Tak apa lah Dato’(Idris), saya nak balik dah, saya harap Dato’ pegang betul-betul jangan main-main, saya bimbang kalau Dato’ teruskan juga, bala akan turun,”katanya menceritakan kepada Buletinonline kisah pertemuannya dengan Idris.

Tiga bulan selepas perjumpaan antara dengan Dato’ Seri Idris, pilihanraya umum ke 12 (PRU 12) telah diadakan pada 8 Mac, 2008.

Walaupun Idris menang dalam PRU 12 dan Barisan Nasional mendapat majoriti kerusi dalam DUN Terengganu, Idris yang menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional negeri Terengganu gagal menjawat kembali jawatan Menteri Besar.

Tok Sheikh Duyong, adalah ulama’ terkenal nusantara, telah dilantik menjadi Mufti Terengganu oleh Sultan Omar pada tahun 1846.

Semasa pertabalan anak muridnya, Sultan Zainal Abidin III menjadi Sultan pada 18 Disember 1881, Tok Syeikh Duyung dalam solat hajatnya telah berdoa yang bersungguh-sungguh untuk keselamatan Sultan Zainal Abidin III, semua rakyat dan kerajaan.

Tok Sheikh Duyong telah diberikan anugerah sebuah pulau, Pulau Duyong Kecil oleh Sultan Terengganu dan dijadikan kawasan penempatan anak-anak muridnya yang datang ke Pulau Duyong untuk menuntut ilmu ugama.
Tok Sheikh Duyong pernah berpesan dan kemudiannya menjadi ‘wasiat’ agar tidak membenarkan setitik arak pun tumpah di atas Pulau Duyong Kecil dan tidak dibenarkan berlaku sebarang maksiat di atasnya.

- Adaptasi dari Buletinonline,Rabu,25/2/2009.

12 Februari 2009

Culture Shock

Jutaan kemaafan dihulurkan buat semua pengunjung blog kerana telah lama penulis tidak mengemaskini blog ini terutama buat rakan-rakan seperjuangan yang berada di Mesir.

Semenjak kepulangan penulis ke tanah air ini,perkara pertama yang boleh penulis ungkapkan kepada diri penulis adalah 'culture shock'.Status kepulangan penulis sekarang ini amat jauh berbeza berbanding ketika kepulangan pada 2007 lalu.Dulu adalah kepulangan yang lebih difokuskan untuk 'bercuti' semata.Tapi kali ini semenjak penulis berada di dalam perut 'flight' lagi,perasaan gementar telah timbul lantaran kepulangan ini sebenarnya adalah menandakan titik permulaan buat penulis memulakan satu lagi kehidupan yang baru.Satu lagi tugasan yang baru.

Tatkala mula-mula menjejakkan kaki di KLIA dulu memang agak menggembirakan kerana telah berada di tanah air sendiri tapi itu sekejap sahaja.Kegembiraan itu hilang sedikit demi sedikit.Kemungkaran berlaku di depan mata.Sebaik melepasi imigresen,penulis tersentak dek ilaian ketawa 2@3 orang belia 'jante betino' dalam sebuah kedai.Ter'cerlong' mata penulis melihat mereka.Tapi apa yang lebih mengejutkan 'demo' ni duk dalam kedai najis!Jaga kedai najis!Cashier Kedai Arak!!!

Maasyaa-Allah!Macam-macam penulis terfikir ketika itu.Selama ni diaorang 'mengaji bende?'Mak bapak diaorang ini tahu ke? Menggigil seketika penulis ketika itu menahan perasaan marah dan geram,tergerak hati untuk nak pergi tegur diaorang.Mulut ni nyaris-nyaris nak 'sound' diaorang.Tapi tiba-tiba hati jadi sedih kerana tak mampu untuk berbuat begitu.Lemahnya iman.Astaghfirullah...Penulis hanya mampu men'cerlong' mata kat diaorang.Sekurang-kurangnya 'cerlongan' itu telah membuatkan mereka senyap.

Walau bagaimanapun,kalau beginilah keadaannya,memang jahil benarlah masyarakat kita.Perkara agama yang sepatutnya diketahui umum oleh muslim biasa pun mereka tak tau!Apatah lagi kalau berkaitan politik,lagi la jauh!

Peristiwa sebegini tidak terhenti setakat itu.Macam-macam perkara lagi berlaku yang menambahkan ke'culture-shock'an penulis.Tak perlu lah penulis senaraikan di sini.Cuma perkara-perkara seumpama inilah yang membuatkan penulis gementar kerana tanggungjawab memberi kesedaran agama buat ummah itu memang terletak di bahu para agamawan.Apatah lagi penulis!

Situasi politik di Perak,keganasan di Palestin,kemerosotan ekonomi dunia dan bermacam-macam lagi peristiwa yang berlegar sekitar penulis sedikit sebanyak membuatkan penulis pening apatah lagi penulis juga agak sibuk menguruskan beberapa permohonan kerja sehinga tidak sempat mengambil tahu keadaan sebenar dan tepat yang melanda sekeliling penulis.Keterbatasan maklumat sebelum internet aktif di rumah sesekali membuatkan penulis tak cakna 100% terhadap peristiwa-peristiwa ini.Inilah juga antara kejutan budaya yang terpaksa penulis hadapi.Penulis menganggarkan mungkin dalam tempoh sebulan selepas balik ini jadual harian masih kurang stabil.

Demikianlah sedikit coretan yang boleh penulis ceritakan.Sama-sama kita doakan untuk keizzahan Islam dengan diberi kekuatan spiritual oleh Allah terhadap kita yang bertanggungjawab terhadap tugas tersebut.


Antara 'kejutan'...