Menang kerana strategi
Tentera Islam dalam kebanyakan perang, Perang Khandaq dan lain-lain peperangan, telah mencedok strategi ilmu peperangan daripada tamadun lain juga seperti Parsi dan lainnya. Soalan awal yang patut kita tanya diri sendiri .. adakah kita menyusun strategi?
Saufi dari Upsi akhirnya melayangkan sms, "Aspirasi meletakkan calon menang tak bertanding sebagai YDP. Calon undi tertinggi PRK UPSI hanya diletakkan sebagai exco, memang mainan HEP." Saya tidak menjawab sms itu kerana penjelasannya panjang.
Maka, buang jauh-jauh pendapat selama ini, bahawa yang mendapat undi (angka) tinggi akan menang. Berasaskan pengalaman sebelum ini pun, kita dah tahu bahawa HEP Umno dan Aspirasi akan melakukan 1001 macam kaedah dan strategi untuk menang.
Kisah pilihan raya di USM itu belum tamat. Inilah sambungannya. Selesai pengiraan undi malam itu, wakil-wakil PMI, Dema yang membentuk pakatan propelajar berasa riang dan gembira. Puas hati kerana mereka mendapat undi tertinggi.
Dalam senarai calon umum itu, 4 orang wakil propelajar telah menang dan seorang sahaja wakil Aspirasi yang tersenarai dalam undian tertinggi. Sebahagian rakan-rakan PMI telah menuju ke Masjid al-Malik Khalid di USM malam itu kerana usaha mereka berbaloi.
"Kita mahu sujud dan solat syukur!" kata mereka beramai-ramai. Dan rakan-rakan Dema pun menghala ke arah Restoren Khaleel, membuang penat yang lama bertakung di tubuh mereka menjelang PRK. Demikianlah cara mereka melepaskan ketegangan di kepala.
Malam itu, sejurus pengumuman dilakukan oleh Dato' Profesor Jamaludin Mohaiadin di dewan kuliah, kumpulan Islamis melaungkan takbir dengan kemenangan itu. Gema takbir disambut TNC dengan gurauan sadis, "Yang itu (laungan) Pas!"
Deraian ketawa pun melimpah, memenuhi dewan kuliah yang bertukar menjadi tempat mengira undi. Propelajar meraikannya penuh gembira. Tak pernah tercuit, selepas itu, ada hari-hari gelap dan mendung suram mendatang, menyaksikan mereka kalah percuma!
Warga Berita Kampus berkerut dahi seperti biasa. Ya.. kerja kami belum lagi selesai. Dan saat pulangnya ke desasiswa Indah Kembara, saya terlihat kelibat juak-juak Aspirasi yang berkumpul bersama TNC di tanah lapang yang berhampiran tempat pengiraan itu.
"Kau agak.. apa TNC buat di situ?" demikian saya bertanya 'Deep Throat'.
"Entahlah, aku pun tak tahu," duri dalam daging HEP itu membalas ringkas.
"Kan kau yang selalu rapat dengan mereka?" saya bertanya kembali. Saya syak ada suatu rancangan baru yang bakal menyusul tiba. Tapi, kami gagal memahami apa-apa.
Tiba-tiba, selesai perbincangan antara TNC dan mahasiswa Aspirasi itu, mereka bertepuk tangan penuh kegembiraan. Dan mereka menyanyikan sebuah lagu. Sah! Mereka gembira ini tentunya ada apa-apa. Mereka tahu mereka akan menang! Tetapi, strategi apa?
Perang tiga peringkat
Sebab itulah dalam tulisan baru-baru ini, saya menyatakan bahawa saya mestilah gembira dengan kemenangan siswa Upsi, tapi peratus kegembiraan itu tak sampailah 100%. Saya hadam benar strategi dan pola pemikiran HEP. Bukan saya nak berlagak. Percayalah..
Sudahkah saudara menyiapkan pelan peperangan tiga peringkat? Saya percaya, ramai pro siswa menyediakan dua rancangan saja, iaitu sebelum PRK dan ketika berlangsung PRK. Sebenarnya, ada satu lagi strategi terakhir, iaitu 'backup plan' .. strategi selepas PRK.
Suatu malam, ketika berbual di ruang maya YM, Hamzah mengirim maklumat yang sama seperti Saufi. Iaitu, meminta cadangan tentang bagaimana mahu bertindak.
"Tiga calon umum yang menang PRK di Upsi dilantik jadi exco saja. Walhal, kami minta dua kerusi MT saja, iaitu NYDP dan bendahari.
"Dengan rakusnya, Proaspirasi bolot semua kerusi MT. Bagi saya, mereka dah menafikan majoriti undi siswa yang mengundi promahasiswa khasnya untuk kerusi umum," katanya. Beliau antara yang yakin sepenuhnya bahawa promahasiswa menang besar di Upsi.
Baiklah, yang tersurat telah pun terjadi. Saya teringat ungkapan Einstein yang tidak kalah menariknya. Lebih kurang begini, "Keburukan terjadi bukan kerana dunia ini dihuni oleh ramainya penjahat. Tetapi, keburukan berlaku kerana orang-orang yang sedar, melihat hal kemungkaran berlaku di depan matanya, tetapi tidak mengubahnya."
Pengajarannya..masalah ini terjadi bukan kerana Umno, HEP, Aspirasi berbuat kejahatan. Tapi, kerana orang-orang baik tidak berbuat apa-apa. Nah! Saya yakin saudara pasti rasa 'tension' lagi mendengar kenyataan ini.
Sudahlah kami kalah dan tidak mendapat kuasa, hasil penipuan HEP, kini anda menghina kami pula sebagai kelompok siswa yang tak bertindak?! Baik..dengar dulu apa penjelasan saya yang berikutnya. Asas kenapa saya berkata demikian memang wujud.
Saya bercakap melalui pengalaman, bukan cakap ikut suka hati. Di USM, hal yang sama telah berlaku. Ketika kes itu terjadi, kumpulan mahasiswa ini, Aspirasi dan promahasiswa telah dibawa ke kem BTN. Maka, gerak kerja 'brainwash' pun bermula.
Ceritanya sangat panjang di sini. Tapi, memadailah kalau saya ringkaskan di sini bahawa pada akhirnya, USM jatuh juga ke tangan Aspirasi.
"Hangpa buat apa lepas ni?" tanya saya kepada seorang pemimpin propelajar. Diam..
Kepada seorang pimpinan pelajar lagi saya turut bertanya, "Tak bolehkah buat kenyataan untuk bantah.." Dia juga mati akal. Selalunya begitulah, pimpinan siswa diam pada pasca PRK. Di sini HEP suka, sebab dia tahu pada pasca PRK propelajar akan diam sahaja.
Dan percayalah, bahawa hal ini akan terus menjadi satu budaya yang berterusan. Tahukah saudara betapa azabnya ketika saya terpaksa memujuk seorang pimpinan propelajar untuk memberikan kenyataan di Berita Kampus bahawa promahasiswa di USM menang?
"Tak apa, kalau HEP panggil nanti, kita pergi sekalilah," demikianlah saya memujuknya. Akhirnya dia bersetuju, memberanikan diri untuk memberi kenyataan kepada BK.
Saya masih ingat, hari Jumaat pagi dia menelefon saya. "Abang, HEP dah panggil."
Atas keinginan mahu bertanggungjawab dan rasa ingin bergaduh dengan HEP, maka saya jadi gembira kerana perangkap saya mengena. En. Nazrul memang marah saya. Dia halau saya keluar dari pejabat. Saya enggan. Saya merapati keraninya. Pendek kata, saya masih ingin menimbulkan kemarahan pegawai HEP itu. Fuh! Seronoknya!
"Jangan rapat dengan kerani saya!" marahnya lagi. Saya enggan. Ketika itu saya sudah di luar biliknya. Saya tak mahu menunjukkan bahawa saya akan tunduk pada arahannya. Di sini, kita harus tahu bahawa pegawai HEP berasa gembira kalau arahannya dipatuhi.
Anda mesti cuba melanggar sebanyak mungkin arahan ini dengan sengaja hingga mereka sakit hati. Semua ini pasti akan melemahkan mereka dan anda jadi kuat tiba-tiba.
"Saya bukan panggil awak! Saya panggil dia seorang saja!" katanya ketika merujuk siswa itu. Saya masih diam, buat-buat memandang siling, pintu, meja dan apa-apa sajalah yang boleh dipandang. Anda mesti tekan perasaan HEP, tapi kenapa hal ini tak dilakukan?
Sesekali, anda perlu berlawak jenaka juga dengan HEP. Ini sebagai menunjukkan bahawa mereka ini tidak dihormati oleh warga kampus. Ada banyak lagi yang mahu diceritakan. Tetapi, biarlah saya berhenti di sini dahulu.
Syor dan cadangan
Baiklah..ketika saya mengarang ini, saya sendiri tak tahu apa yang sedang dilakukan oleh HEP dan apa yang sedang dirancang oleh mahasiswa Upsi itu. Tapi inilah syor-syor yang mungkin boleh saudara usahakan.
Pertama, himpunkan mahasiswa Upsi seluruhnya yang telah mengundi propelajar tempoh hari. Gunakan kebijaksanaan, mengguna persatuan-persatuan tertentu di Upsi yang anda kuasai untuk menggunakan kemudahan tersebut.
Kedua, sebarkan 'flyers' maklumat tentang perhimpunan itu. Minta pandangan-pandangan mereka berhubung kaedah bagaimana yang perlu mereka lakukan bagi mengatasi hal ini. Katakan kepada siswa, undi anda telah dinafikan oleh HEP, maka apa tindakan kita?
Ketiga, lantik barisan 'MPP alternatif'' dan isytiharkan kepada semua mahasiswa bahawa inilah MPP yang sah sebenarnya dan MPP yang dilantik HEP itu adalah MPP haram.
Keempat, kenyataan dan pendirian saudara berhubung MPP alternatif itu hendaklah juga dirakam melalui YouTube dan salinannya disebarkan seluas-luasnya di internet.
Kelima, berjumpa dengan pihak media cetak, media eletronik, Buletin Utama, NTV7 dan sebagainya untuk mengisytiharkan bahawa MPP anda adalah sah dan HEP telah khianat kepada perjalanan demokrasi kampus.
Keenam, melalui kenyataan terbuka di media eletronik, desak Idris Haron agar menjawab segala kenyataan saudara itu termasuklah pegawai HEP anda sendiri.
Ketujuh, undang bersama pensyarah-pensyarah yang berani sebagai penasihat anda dalam hal ini. Ertinya, mahasiswa propelajar yang dilantik sebagai exco di dalam MPP haruslah meletakkan jawatan untuk dimasukkan dalam kerajaan MPP alternatif itu.
Dan banyak lagi yang boleh anda rancangkan nanti. Perhatian.. semua langkah di atas ini memang jelas menyalahi Auku. Anda tak boleh membuat kenyataan media melainkan ia mestilah melalui TNC. Ini semua, anda sedia maklum bukan?
Tetapi, kalau ingin berjuang dan tak mahu ditembak mati seperti Gandhi, Hasan al-Banna atau tidak mahu dipenjarakan seperti Nelson Mandela atau maut di tali gantung sebagai Syed Qutb, lupakan sajalah syor-syor di atas. Berehatlah dan wariskan derita batin untuk generasi seterusnya pada sidang hadapan. Wariskan kekalahan ini untuk bakal guru.
Saya tidak suka menyindir, menaikkan suhu bahang kemarahan, mendidihkan kegeraman yang telah lama menggelegak di kolam perasaan saudara. Saya tahu apa perasaan disindir itu. Ek, eleh.. macamlah kami ini tidak berguna walau seduit pun.
Proteslah seperti Sivaji!
Duit satu rupee kalau jatuh dalam genggaman seorang Sivaji pun besar maknanya kerana bermodalkan duit syiling itulah dia sanggup dan berani melawan. Tengok tak filem Sivaji The Boss baru-baru ini? Kalau tak sempat tonton, belilah VCD atau DVD satu.
Tapi, janganlah berlatih baling duit syiling, berlatih makan 'chewing gum', berlatih pakai cermin mata ala Sivaji. Bukan apa syeih..Ana dah cuba banyak kali dah. Memang tak jadi pun! Jadi, saya harap saudara berlatih bijak bertindak seperti Sivaji yang mengesan wang haram dan mengguna video di mana hal itu hampir sama dengan kes klip video Linggam correct, correct, correct. Gunalah YouTube, media elektronik perdana dan lainnya.
India itu walau terjebak dalam barah rasuah menggila, masih berani bermimpi membunuh pemimpinnya lewat filem. Labu Labi walau diherdik, masih berani protes dalam mimpi, mewajahkan watak majikan mereka, Hj Bakhil sebagai pelayan bar dan beruk mat ye.
Saudara memang berani protes di dalam blog. Tahniah.. saya memang gumbira. Tapi, apa kata jika anda lanjutkan protes sebagai Labu yang terbawa-bawa protesnya di alam realiti ketika Hj Bakhil simbah wajahnya dengan air. Kita boleh lihat ketakutannya bukan?
Syahadan, tentang syor-syor cara melawan HEP pasca PRK itu bukanlah saya harapkan sangat saudara mengikuti langkah-langkah tersebut. Mungkin, dalam pertemuan saudara bersama pelajar-pelajar Upsi itu nanti, saudara akan dapat menemukan lebih banyak syor yang berguna, baik dan sesuai dengan situasi di Upsi. Itulah yang terlebih baik.
Saat mengarang ini banyak limpahan perasaan berkubang di dalam dada. Rasa nak marah dan berlagak pun ada. Justeru itu saya mohon maaf. Rasa mahu ketawa pun ada, sebab itu saya pun tergelak, terguling dan tersenyum sendirian tatkala mengarang ini.
Kata Sukarno, berikan saya 10 orang pemuda nescaya saya akan goncangkan dunia. Saya bukan Bung Karno. Cuma, nak tanya.. berapa ramai yang boleh bergerak untuk melawan dalam tempoh pasca PRK ini? Takkan Saufi dan Hamzah saja kot?!
Kee.. saudara nak saya turun ke Upsi? Haa.. jawab-jawab..
-Ali Bukhari Amir
3:02 a.m, 29 Syawal 1429
Sekolah Pemikiran Kg Baru. _
Penulis : Saya tertarik dengan artikel ini kerana sedikit sebanyak menggambarkan suasana,ragam dan sepak terajang dalam PRK di tanah air.Saya akui memang sebelum ini saya belum pernah mendengar cerita-cerita semacam ini.Saya beranggapan ini semua memang tempias daripada PRU Malaysia ke-12 yang lalu menimpa PRK di semua IPT Malaysia.Saya harap Saudara Ali Bukhari Amir merestui kisah beliau ini disalin di dalam blog saya ini dengan harapan dapat berkongsi cerita dengan rakan-rakan blogger saya yang lain terutamanya yang berada di Perlembahan Nil ini.
Saya sebenarnya rasa segan dengan perjuangan rakan-rakan siswa di IPT Malaysia apabila berdepan dengan PRK ini kerana tiada suasana sepertinya di sini.Walau bagaimanapun saya beranggapan kami di sini mungkin berhadapan dengan cabaran yang agak berbeza tapi dengan matlamat yang sama iaitu menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini bermula dari kampus supaya manusia di semua peringkat terutamanya mahasiswa beramal dengan amal Islam. Wallahu a'lam.
30 Oktober 2008
23 Oktober 2008
Peringatan Buat Semua
“ Pendedahan yang dilakukan oleh dua orang mahasiswi UPM yang juga anggota Per
satuan Mahasiswa Islam UPM berhubung tindakan pejabat pengurusan kolej kediaman pelajar yang tidak membenarkan mereka untuk tinggal di kolej seharusnya dapat menarik perhatian masyarakat apa yang telah berlaku kepada mahasiswa di institusi-institusi pengajian tinggi sama ada tempatan ataupun di luar negara. Kejadian ini pula hanyalah secebis daripada perkara malang yang menimpa mahasiswa.Bahkan ada di kalangan mereka yang ditarik pinjaman dan biasiswa bahkan zakat disebabkan penglibatan mereka dengan persatuan pelajar yang pada anggapan pihak pengurusan IPT lebih mirip kepada parti pembangkang.
Penulis teringat terhadap kejadian yang hampir sama berlaku terhadap mahasiswa al-Azhar di Mesir ini.Peristiwa yang berlaku sekitar penghujung 2004 dan awal 2005 melibatkan beberapa pelajar yang telah diperintahkan untuk keluar asrama serta-merta oleh pihak pengurusan asrama atas alasan telah cukup tempoh yang dibenarkan untuk menginap di asrama tersebut.Yang menyedihkan kejadian ini berlaku tatkala para pelajar sedang menghadapi peperiksaan dan pelajar terbabit tidak berkesempatan untuk mencari penginapan baru serta berlaku pada musim dingin yang suhu malamnya hampir mencecah 7 darjah celcius.Kejadian ini telah mendapat perhatian seluruh mahasiswa al-Azhar di mesir terutama yang berada di Kaherah yang mana lantas memberi bantuan setakat yang termampu.
Tidak c
ukup setakat itu ada sebahagian mahasiswa yang tidak diluluskan permohonan zakat atau diugut untuk ditarik penerimaan zakat atau pinjaman atas alasan terlibat dengan persatuan pelajar Malaysia terbesar di Mesir iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang dianggap pro-pembangkang kerajaan sedangkan mereka adalah kalangan cemerlang akademik.
Malah yang paling teruk persatuan pelajar peringkat negeri pun ada yang turut terjejas kegiatannya.Ada yang dibubarkan,dibekukan dan tidak diberi hak untuk bergiat dalam asrama sendiri atas alasan yang hampir sama,pro-pembangkang. “
satuan Mahasiswa Islam UPM berhubung tindakan pejabat pengurusan kolej kediaman pelajar yang tidak membenarkan mereka untuk tinggal di kolej seharusnya dapat menarik perhatian masyarakat apa yang telah berlaku kepada mahasiswa di institusi-institusi pengajian tinggi sama ada tempatan ataupun di luar negara. Kejadian ini pula hanyalah secebis daripada perkara malang yang menimpa mahasiswa.Bahkan ada di kalangan mereka yang ditarik pinjaman dan biasiswa bahkan zakat disebabkan penglibatan mereka dengan persatuan pelajar yang pada anggapan pihak pengurusan IPT lebih mirip kepada parti pembangkang.Penulis teringat terhadap kejadian yang hampir sama berlaku terhadap mahasiswa al-Azhar di Mesir ini.Peristiwa yang berlaku sekitar penghujung 2004 dan awal 2005 melibatkan beberapa pelajar yang telah diperintahkan untuk keluar asrama serta-merta oleh pihak pengurusan asrama atas alasan telah cukup tempoh yang dibenarkan untuk menginap di asrama tersebut.Yang menyedihkan kejadian ini berlaku tatkala para pelajar sedang menghadapi peperiksaan dan pelajar terbabit tidak berkesempatan untuk mencari penginapan baru serta berlaku pada musim dingin yang suhu malamnya hampir mencecah 7 darjah celcius.Kejadian ini telah mendapat perhatian seluruh mahasiswa al-Azhar di mesir terutama yang berada di Kaherah yang mana lantas memberi bantuan setakat yang termampu.
Tidak c
ukup setakat itu ada sebahagian mahasiswa yang tidak diluluskan permohonan zakat atau diugut untuk ditarik penerimaan zakat atau pinjaman atas alasan terlibat dengan persatuan pelajar Malaysia terbesar di Mesir iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang dianggap pro-pembangkang kerajaan sedangkan mereka adalah kalangan cemerlang akademik.Malah yang paling teruk persatuan pelajar peringkat negeri pun ada yang turut terjejas kegiatannya.Ada yang dibubarkan,dibekukan dan tidak diberi hak untuk bergiat dalam asrama sendiri atas alasan yang hampir sama,pro-pembangkang. “
Penulis bukan berniat untuk bercerita semata.Tapi hanyalah sebagai peringatan buat diri penulis dan sahabat mahasiswa yang berada dalam satu platform yang sama memperjuang dan meninggikan kalimah Allah melalui medium berpersatuan.Kita semestinya sedar dan sentiasa menyedarkan diri kita bahawa dalam meneruskan rantaian perjuangan Islam, tiada jalan yang mudah dan selesa.Bahkan di sana banyak ujian dan cabaran sama ada yang telah dihadapi ataupun yang bakal menanti.Apatah lagi jika kita adalah pelajar jurusan agama yang belajar tafsir,hadith,fiqh,usulFiqh dan lain-lain ilmu agama.Dugaan bukan setakat dari luaran bahkan dalam bentuk dalaman yang menguji kekebalan iman melawan hawa nafsu dan syaitan.Amal ibadah yang berterusan amat perlu untuk membentuk kekuatan iman.
Harapan penulis supaya para pembaca sedar dan sentiasa memperingati antara satu sama lain lebih-lebih lagi terhadap diri penulis yang serba dhoif ini.
Harapan penulis supaya para pembaca sedar dan sentiasa memperingati antara satu sama lain lebih-lebih lagi terhadap diri penulis yang serba dhoif ini.
“ Ya Allah tetapkanlah hati-hati kami pada jalan agama-Mu dan dalam mentaati-Mu”
"يا مقلب القلوب ... ثبّت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك ! "
وصلّى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين…
Bawwabah 3,
10th District of Nasr City.
p/s-sila tekan
16 Oktober 2008
07 Oktober 2008
What After Ramadhan ?
We leave the blessed month of Ramadan, its beautiful days and its fragrant nights. We leave the month of the Qur'an, taqwa, patience, jihad, mercy, forgiveness and freedom from hellfire…
Have we fulfilled the requirements of taqwa and graduated from the Ramadan school with the diploma of the god-fearing?
Have we fought our souls and desires and defeated them, or have we been overtaken by our customs and blind imitations?
Have we performed our actions in a way that fulfills the conditions for receiving mercy, forgiveness and release from the Fire?
Many questions and numerous thoughts come to the heart of the sincere Muslim, who asks and answers with truthfulness.
And i think it is almost that only we can answer these questions for ourselves like Saiyyidina Umar said :
" Count for yourself before you be counted ".
So, I'll leave to us to answer it!!!

02 Oktober 2008
Takbir Raya...
Saat melaungkan gema takbir di pagi raya...Tiada yang selayaknya pada pagi Syawwal melainkan dengan melaungkan kebesaran Allah.Menginsafi kekerdilan diri berbanding Yang Maha Agung,Yang Maha Berkuasa...
Kembali kepada fitrah setelah sebulan dididik di 'Ramadhan Institute'.Institusi yang telah dijanjikan oleh Baginda S.A.W. dengan Rahmat,Keampunan dan Bebas dari Api Neraka.
Mudah-mudahan kita ber'graduasi' dengan sifar dosa.Ameen...Ya Rabb!

Takbir dan Solat Hari Raye...

28 September 2008
كل عام و أنتم بخير

CommentEstate.com: Click Here To Get One
Naruto Wallpaper - Chicken Recipes - Funny Stuff - Computer Geeks
Politik Malaysia Makin Gawat
Nik Abdul Aziz Nik Mat – HarakahDaily.net
Sun | Sep 28, 08 | 5:43:58 pm MYT
BELUM pernah saya melihat suasana politik negara yang segawat ini. Pelan peralihan
kuasa yang ditetapkan oleh Perdana Menteri dan pernah dipersetujui oleh timbalan dan naib-naib presiden tidak dipersetujui pula oleh salah seorang Naib Presidennya.
Akhir-akhir ini, pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin mula kelihatan disokong oleh Najib supaya tarikh peralihan kuasa ditentukan perwakilan.
2) Sedang Pak Lah melahirkan kekecewaan, Muhyiddin sering dikaitkan pula dengan Ku Li dalam penyediaan pelan alternatif demi memulihkan Umno atau menggantikan Presiden Parti.
Sementara itu, Pak Lah dikejutkan pula dengan hajat terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali semula ke pangkuan Umno.
Dalam keadaan Datuk Ahmad Ismail yang dilihat menyentuh perkara sensitif mengenai kaum, tiba-tiba tak semena-mena wartawan daripada Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor ditahan di bawah ISA.
Selepas 24 jam dalam tahanan, Tan Hoon Cheng telah dilepaskan pula kerana mengikut Syed Hamid Albar, polis menahan beliau di bawah ISA kerana terdapat 'ancaman terhadap nyawa'(?)
Bukankah semua ini pelik namanya. Dalam keadaan kegawatan yang bertimpa-timpa, Datuk Zaid Ibrahim pula meletakkan jawatan.
Zaid meletak jawatan tetapi PM tidak mahu terima. Tanpa mengambil banyak masa, walaupun ditawar cuti dua minggu, Zaid tetap menolak dan mengisytiharkan peletakan jawatan beliau kerana tidak puas hati dengan penyalahgunaan ISA oleh kerajaan keesokan harinya.
Semakin menarik apabila semua akhbar 18 September memberitakan bahawa Zaid menyertai gerakan caucus yang dianggotai Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Khalid Ibrahim dan lain-lain untuk menentang ISA.
3) Di tengah-tengah keghairahan ugutan ISA yang seakan-akan memanjangkan tangannya ke batang tengkok Dato� Seri Anwar Ibrahim, Majlis Peguam yang disertai oleh 12,000 peguam telah membuat EGM Khas pada 20 September 2008; membantah keras ISA bahkan mendesak membatalkan Akta yang zalim ini.
Pada tahun 1998, Umno cuba memerangkap Anwar dengan tuduhan liwat. Walau terpaksa memunggah bantal dan tilam sambil mengutip rambut dan bulu untuk menegakkan pembuktian, Anwar telah ditumbuk dan ditendang ke lokap dan dipaksa menjalani enam tahun hukuman.
Anehnya, di hujung pertimbangan Anwar didapati tidak bersalah oleh Mahkamah. Tidak serik dengan pengalaman pahit ini, Umno sekali lagi dilihat cuba mengitar semula tuduhan liwat dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Belum didapati bersalahpun sekali lagi Anwar telah terpaksa melalui lorong ejekan untuk dicerca oleh media.
Ini yang saya katakan, keadaan negara yang sedang berada dalam sebuah krisis kepercayaan yang tenat. Hati saya sentiasa bertanya sama ada; politikkah ini atau kecelaruan?
Dalam kes tuduhan liwat ini, boleh dikatakan semua ahli ilmu yang ikhlas kerana Allah telah menegur kerajaan yang suka menuduh tanpa mengikut sistem pembuktian yang telah dilandaskan oleh Kitab Allah S.W.T.
Semua peraturan ini berada di dalam Hududullah. Adalah menjadi kewajipan bagi mana-mana pemerintah yang taklif yakni dibebankan dengan hukum untuk menanggung dan melaksanakan ketentuan Allah S.W.T.
Perintah Allah ini telah wujud sebelum wujudnya Umno dan sebelum wujudnya PAS.
Tuduh orang kerja mungkar
Menuduh orang sesuka hati adalah kerja semua kerja mungkar.
4) Sekarang, Datuk Seri Dr Rais Yatim pula kelihatan mengumpan rakyat Malaysia dengan tohmahan yang lain. Tanpa perlu menunggu lama, keesokan harinya Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mendorong rakyat melihat Datuk Seri Anwar sebagai ancaman.
Ini diikuti pula oleh Tan Sri Muhammad Muhd. Taib selaku Ketua Penerangan Umno yang mencampur adukkan apa yang disebutkan oleh Rais dengan sentimen Cina dan India yang kononnya boleh mencetuskan keresahan kaum.
Sedangkan yang resah adalah Umno kerana kemaraan Anwar dengan 31 'penyokong baru' cukup berpotensi untuk meruntuhkan Umno/BN. Boleh dikatakan semua rakyat boleh berfikir bahawa Umno/BN yang sedang bercelaru.
Rakyat sedang tenang menjalani ibadat puasa, tadarus, Tarawih dan qiamullail pada bulan Ramadan ini. Demikian juga dengan masyarakat Cina dan India. Mereka cuma resah melihat pemimpin-pemimpin Umno yang gelisah.
Anwar bukan ancaman kepada keselamatan negara tetapi ancaman kepada survival Umno. Inilah yang menjadikan mereka kehilangan arah.
Sekali menuduh Anwar melakukan liwat. Sekali menuduh Anwar rasuah. Sekali menuduh Anwar agen asing. Sekali menuduh Anwar disokong oleh Amerika.
Sekali menuduh Anwar pengancam kepada ekonomi dan keselamatan negara. Dalam rekaan alasan yang berputar-putar itulah rakyat khuatirkan keselamatan Anwar. Sebab itu saya awal-awal lagi menyebutkan tentang kekhuatiran saya terhadap Anwar yang mungkin akan diISAkan.
ISA jadi alat
Walaupun hati saya lega apabila Datuk Seri Perdana Menteri seakan-akan mengeluarkan jaminan bahawa ISA tidak akan digunakan ke atas Anwar tetapi maklumat yang kononnya diperolehi oleh Menteri Luar bahawa Ketua Pembangkang sedang diperalatkan oleh US untuk menghuru harakan Malaysia (Utusan Malaysia 20 September 2008) cukup merisaukan saya semula.
Ingatlah bahawa di dalam Al-Quran sudah berapa banyak Maharaja yang ditolak ke neraka kerana suka menzalimi orang-orang yang baik. Firaun, Namrud dan Haman jauh lebih handal daripada pemimpin-pemimpin Malaysia.
Al-Quran merakamkan nasib mereka, "Maka Kami hukumlah Firaun dan bala tenteranya, lalu kami lemparkan mereka ke dalam laut.
Maka lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang zalim dan Kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang menyeru (manusia) ke neraka dan pada hari kiamat mereka tidak akan ditolong." (Surah A-Qashash: Ayat 40 dan 41).
5) Kita kena faham bahawa kita ini adalah makhluk yang dicipta. Atas belas ehsan Allah S.W.T. kita diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi. Bumi ini adalah tempat ujian untuk kita membuktikan pengabdian kita kepada Allah S.W.T.
Setiap denyut jantung dan putaran darah yang memunggah masuk keluarnya oksigen dan karban dioksida dan hati selaras proses pembersihan buah pinggang untuk menyempurnakan pula penghadaman dan pembuangan melalui usus kecil dan usus besar adalah terjadi atas anugerah dan kudrat iradat Allah S.W.T.
Sama ada kita tidur atau berbaring, segala proses biologi yang mengambil tempat dalam tubuh kita setiap hari semuanya diatur rapi oleh Allah S.W.T. Semua nikmat yang telah disempurnakan ini untuk menguji setiap hamba sama ada mahu membuat maaruf atau mungkar.
Memfitnah orang ini sebenarnya sebuah kemungkaran. Sama seperti menuduh zina, menuduh Anwar tanpa bukti atau menuduh Anwar sebagai tali barut Amerika adalah kerja dosa.
Lebih zalimlah jika dalam keadaan bukti yang tiada, Anwar mahu disumbat sekali lagi ke sel menggunakan Akta ISA. Walaupun Rais Yatim menyatakan tentang adanya 'pihak tertentu' tetapi bolehkah rakyat diberitahu tentang siapakah mereka?
Insiden Memali
Sebenar manakah mereka? Saya masih tidak lupa betapa Dato� Seri Rais Yatim pernah terlibat dalam menjelaskan punca fenomena insiden Memali yang mengorbankan 14 syuhada pada tahun 1986.
Rais Yatim jugalah yang bersungguh-sungguh untuk menjelaskan kewajaran kepungan dan pembunuhan yang berkaitan. Walau bagaimanapun 24 tahun kemudian, belum ada lagi sebarang bukti bahawa mereka adalah ancaman terhadap keselamatan negara. Apakah kali ini Rais Yatim tidak akan silap?
6) Sibuk sangat khuatirkan Anwar yang kononnya boleh dijadikan 'pemimpin ke hadapan' yang akan dijadikan alat Amerika, sedangkan pada pengamatan saya, pemimpin Umno sejak dari awal penubuhannya lagi selalu memisahkan agama dengan politik.
Pegangan politik sekular ini sangat direstui oleh Amerika dan Yahudi. Ini yang pernah saya katakan bahawa Umno menjadi penyokong dan proksi kepada Amerika dan yahudi di negara ini sejak dahulu lagi.
Saya tidak membela Anwar Ibrahim dan melawan Datuk Seri Abdullah mengikut sentimen dan nafsu yang fujur semata-mata. Saya cuma mahu menjadi pembela kebenaran. InsyaAllah saya bersama-sama dengan 'Al haqqul mubim'.
7) Saya mengajak diri saya dan seluruh rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama menghayati maksud Ayat Allah ini dalam Surah An Nisaa'. Ayat 105 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana (membela) orang-orang yang khianat."
Kunci kepada Ayat ini ialah "kamu jangan membela orang-orang yang jahat dengan memberi keadilan melalui wahyu Allah yang telah diturunkan kepada kamu."
8) Ramadan Karim. Ini bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan. Ingatlah. Tuhan Maha Berkuasa untuk menentukan segala sesuatu. Dalam kisah Nabi Allah Saleh Alaihissalam disebutkan begini:
"Lalu mereka mendustakannya dan menyembelih unta itu, maka Tuhan mereka membinasakan mereka disebabkan dosa mereka, lalu Allah menyamaratakan mereka (dengan tanah) dan Allah tidak takut terhadap akibat tindakanNya itu." (Surah Asy Syams : Ayat 14 dan 15).
Dari Ayat ini jelas bahawa "mereka dibinasakan di atas dosa-dosa mereka." - mj _
Sun | Sep 28, 08 | 5:43:58 pm MYT
BELUM pernah saya melihat suasana politik negara yang segawat ini. Pelan peralihan
kuasa yang ditetapkan oleh Perdana Menteri dan pernah dipersetujui oleh timbalan dan naib-naib presiden tidak dipersetujui pula oleh salah seorang Naib Presidennya. Akhir-akhir ini, pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin mula kelihatan disokong oleh Najib supaya tarikh peralihan kuasa ditentukan perwakilan.

Langgan:
Catatan (Atom)