19 Mei 2010

Cinta dan Kasih Sayang

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri kali ini lebih berbentuk tazkirah atau peringatan buat sidang pengunjung@pembaca sekalian lebih-lebih lagi buat diri penulis yang serba faqir ini.

Kali ini penulis ingin mengajak sidang pembaca sekalian untuk sama-sama berfikir dan merenung balik konsep atau kesan ungkapan tersebut.Mungkin skop yang diutarakan tidak meluas memandangkan perkara ini telah dibahaskan lebih panjang lebar oleh penulis-penulis lain.Penulis di sini hanya sekadar ingin berkongsi sedikit pandangan.

Di sini,maksud cinta tidak semestinya melibatkan percintaan antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi ia lebih luas lagi.Suka penulis ingin ungkapkan juga perkataan sayang dan suka untuk memberi pengertian yang sama seperti kasih sayang kita terhadap ibu bapa,adik-beradik,isteri,anak-anak,kaum kerabat dan lain-lainnya.Begitu juga terhadap rasa sayang kita terhadap harta benda seperti wang,rumah,kereta,tanah dan sebagainya.Pelbagai tafsiran di sini dan mungkin sidang pembaca lebih mengetahuinya.

Sebenarnya penulis ingin mengajak kita semua untuk merenung balik mungkin adanya kasih sayang@cinta@rindu@suka kita terhadap seseorang ataupun sesuatu benda berharga.Tapi sedarkah kita ataupun pernahkan anda semua terfikir untuk kita ukur dan bandingkan tahap kecintaan@sayang kita itu dengan kecintaan kita terhadap Allah dan RasulNya serta kecintaan kita terhadap Islam dan perjuangannya???Kebanyakan kita mungkin akan mengatakan kecintaan terhadap Allah itu kurang berbanding yang lain.Oleh demikian itu,di sini penulis ingin mengajak semua untuk mengubah kesilapan ini dengan kita menyedari bahawa sesungguhnya selama mana kecintaan@kerinduan@kesukaan@kasih sayang kita terhadap manusia dan harta benda,sesungguhnya semua itu akan pergi meninggalkan kita.Didiklah jiwa kita agar meletakkan kecintaan terhadap Allah dan RasulNya melebihi yang lainnnya apatah lagi terhadap perjuangan menegakkan agama Islam.Tanda cinta kita terhadapNya adalah kita sentiasa menjaga segala perintah dan laranganNya.Istiqomah pada jalanNya.Sesungguhnya kecintaan itu amat manis rasanya bahkan akan berkekalan sehingga ke akhirat.Kecintaan kita pada yang selainnya beserta kemanisannya mungkin akan bersifat sementara...



والله أعلم بالصواب

8.00pm
19 Mei 2010

02 Mei 2010

Termenung Di Tengah-tengah Malam...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Malam ni,fikiran penulis entah menerawang ke mana-mana.Skrin laptop ditatap beracap kali.Laman web yang sama ditekan dan 'refreshed' berkali-kali.Akhirnya penulis tergerak untuk membuka blog sendiri menghayati hasil tulisan sendiri.

Penulis tergerak untuk membuka blog-blog rakan penulis yang tersenarai.Satu-persatu nama pemilik blog ditekan.Satu-persatu penulis baca entri-entri terbaru setiap blog.

Berdasarkan gaya dan isi penulisan,kematangan penulis-penulis atau pemilik blog tersebut makin terserlah.Bahkan ada sahaja ilmu-ilmu baru yang dikongsi bersama dan disebarkan kepada yang lain.Melihat latar belakang pemilik-pemilik blog mebuatkan penulis terasa malu kepada diri sendiri.Rata-ratanya adalah bekas junior di SMAASZA dulu.

Penulis bandingkan dengan diri penulis,terlalu jauh rasanya keupayaan diri ini berbanding mereka.Di sini penulis dapat pelajari bahawa tidak semestinya 'senioriti' seseorang itu dikira sebagai faktor utama dalam menentukan keupayaan dan kehebatan seseorang.Bahkan makin terserlah maksud firman ALLAH yang berbunyi :

" Allah mengangkat (darjat) orang-orang beriman daripada kamu dan ( juga mengangkat darjat) mereka yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat. "

Penulis akui diri penulis tidaklah sehebat mereka.Tapi penulis pohon daripada Allah supaya dijadikan diri penulis ini seorang hamba yang sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat yang telah dikurniakanNya.Sentiasa redha dan 'Qona'ah' dengan apa yang ada.

Sejak akhir-akhir ini,penulis asyik terfikir yang diri penulis ini pun masih kekurangan ilmu agama dan kadang-kadang merasakan apa yang dah ada semakin tumpul bahkan lebih dahsyat merasakan diri ini sentiasa tidak dapat di'tarbiyyah',apatah lagi men'tarbiyyah' 'seseorang yang akan hadir sebagai peneman hidup' nanti?

Sebagai seorang muslim,kita mesti hidup dalam keadaan sentiasa bersyukur kepada Allah supaya kita sentiasa yakin dengan diri sendiri.Kita diajar supaya menggunakan sepenuhnya kekuatan yang ada dengan kita sebagai satu titik untuk memotivasikan diri walaupun ia tidaklah sehebat yang lain.Kita juga perlu sedar mungkin di luar sana masih ramai yang memiliki keupayaan yang jauh di bawah kita.

Entah apa yang penulis karutkan di atas.Mungkin apa yang ditulis sekadar ingin melepaskan sahaja perasaan yang berlegar di kalbu (hati @ jantung?) dan juga di minda penulis.Sekurang-kurangnya penulis dapat muhasabah diri yang dhoif ini agar sekurang-kurangnya dapat memotivasikan kembali diri penulis.

Wallahu a'lam.

2 Mei 2010
1.34 am
Blok C 3-2,Apartment Staf,
Politeknik Kota Kinabalu.

20 April 2010

Suatu pagi...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Makin lusuh dan berusang!

Mungkin itulah perumpamaan yang boleh penulis ungkapkan keadaan blog ini.Penulis tidak pasti masih adakah pengunjung-pengunjung setia yang sudi bertandang ke teratak ini.Yang paling teruk,pemilik blog sendiri pun tidak menjenguk 'rumah' sendiri.Macamana mahu jemput orang lain datang ke rumah sedangkan pemilik rumah itu sendiri tidak balik-balik.

Jika difikir-fikirkan balik,mungkin perubahan zaman seiring dengan perubahan minat seseorang itu sendiri.Zaman sekarang,zaman orang ber'facebook'.Satu laman yang amat mudah diakses oleh semua orang.Blog mungkin hanya untuk kalangan tertentu sahaja seumpama golongan penulis yang dipenuhi idea-idea dan input-input serta kemahiran mengarang.Tapi tidak bagi 'facebook'.Pemiliknya hanya mengutarakan ekspresi masing-masing dengan ringkas dan mudah.Kemudian 'friends' pula masing-masing akan 'mengomen' setiap ekspresi itu.Itulah antara punca ia menjadi ketagihan sebahagian besar penduduk dunia sekarang.

Namun,blog tidak akan ditinggalkan begitu sahaja.Bagi penulis,ia adalah satu medan buat penulis untuk terus melatih keupayaan menulis.Mudah-mudahan ia menjadi satu kelaziman yang tidak akan luput selamanya jika diberi keizinan RabbulJaleel...

- Setelah 4 bulan di Sabah,baru perasan rupa-rupanya Gunung Kinabalu dapat dilihat dari beranda belakang rumah penulis diami ini.Tapi agak malang,walaupun dah berada di tingkat tiga pemandangan puncak gunung terlindung dek atap apartment.Nak tengok kena naik ke rumah jiran di tingkat 4.

Pemandangan Gunung Kinabalu yang terlindung dengan atap apartment...

24 Februari 2010

Suara Hatiku...

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera buat semua staff Politeknik Kota Kinabalu(polikk).Moga di bawah lembayung keberkatan Allah kesemuanya.

Tanggal 25/2 ni seperti yang dimaklumi Politeknik Malaysia akan mengalami satu transformasi yang menandakan satu lagi perubahan baru buat semua warga Politeknik Malaysia amnya dan polikk khasnya.Kami dari Unit Pendidikan Islam ,Jabatan Pengajian Am di sini sebulat suara bersetuju dan menyahut transformasi ini.

Merujuk kepada visi dan misi Politeknik Malaysia sekarang,kami ingin mengetuk hati saudara-saudara kami warga polikk sekalian dengan mengajak kalian semua merenung dan bermuhasabah balik visi dan misi tersebut berdasarkan konteks yang akan kami utarakan nanti.

Visi Politeknik : “ Menjadi Pusat Kecemerlangan pendidikan dalam bidang Kejuruteraan,Perdagangan dan Hospitaliti serta berazam melahirkan graduan yang berketrampilan,berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.”

Misi Politeknik : ‘Menghasilkan tenaga kerja separa professional yang berkualiti bagi menampung keperluan sektor awam dan sektor swasta di Malaysia.’

Berdasarkan visi dan misi ini,kami ingin mengutarakan satu persoalan di benak kalian semua betapa adakah kita warga pendidik benar-benar melahirkan ‘graduan yang berakhlak mulia’ serta ‘berkualiti’ dalam erti kata yang sebenar?

Kami terpanggil untuk menyuarakan satu aspek yang paling penting yang pada pandangan kami ia diabaikan oleh kebanyakan pelajar-pelajar politeknik iaitu SOLAT.Kami tidak berminat untuk berhujah berdasarkan pada akal fikiran kami yang tersangat dhaif lagi hina ini,tapi ingin mengajak teman-teman semua untuk merenung satu hadis Nabi S.A.W yang menyatakan bahawa amalan pertama yang akan dihisab nanti adalah SOLAT .Seandainya solatnya baik./ok/beres maka akan selamatlah/ok lah/bereslah amalannya yang lain dan jika solatnya tidak baik/tidak ok/tidak beres maka tidak baiklah/tidak ok lah/tidak bereslah amalannya yang lain. .Walaupun kita merupakan satu institusi pengajian yg semestinya sebuah medan penerokaan ilmu dan kecemerlangan akademik, namun sedarlah sepentingmana pun ilmu,terlebih penting lagi mendirikan solat.”SOLAT DIDAHULUKAN KECEMERLANGAN DIUTAMAKAN “

Dalam satu hadis Nabi S.A.W dinyatakan bahawa agama Islam terbina dari 5 tunjang yg utama.Salah satunya adalah SOLAT dan ia berada kedudukan utama selepas seseorang itu melafazkan dua kalimah syahadah. Perlu diingat,jika salah satu ditinggal dan diabaikan maka runtuhlah sekalian agama sebagaimana hadis Nabi S.A.W yang menyatakan :

SOLAT itu tiang agama,barangsiapa yang mendirikannya,sesungguhnya dia telah MEMANTAPKAN/MENGUKUHKAN agama dalam dirinya, dan.barangsiapa yang meninggalkannya,sesungguhnya dia telah MERUNTUHKAN/ MEMBINASAKAN agama dalam dirinya.(membatalkan aqidah/syahadah)"


Dalam membina dan melahirkan graduan yang berakhlak mulia,kami berpendapat berdasarkan hadis-hadis di atas,aspek mendirikan SOLAT adalah yang paling utama mesti dicaknakan. Jika dilakukan dengan teratur dan ikhlas ,ia mampu menjana kualiti individu pelajar lantas dapat merealisasikan ketrampilan pelajar lagi bertanggungjawab.

Kerana hakikatnya tatacara solat itu sendiri merupakan satu disiplin daripada ALLAH yang mampu mendisiplinkan rohani dan jasmani seseorang, sekaligus dapat melahirkan individu yang berakhlak mulia,berketerampilan dan berdisiplin dalam apa jua keadaan.Ini ditegaskan oleh ALLAH swt.

“Sesungguhnya ibadah solat itu dapat mencegah seseorang daripada perbuatan mungkar dan keji”


Kami mungkin boleh membimbing kalian,tapi kami tidak berkuasa untuk mengubah kalian.Semuanya bermula dari lubuk nurani kalian.Kami percaya kalian masih mempunyai kekuatan iman yang teguh hasil kepercayaan aqidah yang mantap.Firman Allah :

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri.”


Akhir sekali sempena pelancaran transformasi Politeknik Malaysia pada 25/2(Khamis ini),kami mendoakan ia juga bakal menjadikan kita semua warga Politeknik sama ada pendidik ataupun pelajar satu komuniti yang lebih berkualiti terutamanya dalam aspek spiritual seterusnya diterjemahkan dalam bentuk hasil kerja yang berkualiti.

YANG IKHLAS,
UNIT PENDIDIKAN ISLAM
JABATAN PENGAJIAN AM.

20 Januari 2010

The Newest Transition

Bermula akhir Disember 2009 sehinggalah awal Januari 2010 adalah satu tempoh yang agak Justify Fullsibuk dan tidak terjangka.Pada kesempatan ini suka untuk penulis berkongsi beberapa pengalaman yang dilalui yang penulis kira satu transisi dalam kehidupan penulis.

Awal Disember 2009,penulis kembali ke kampus untuk menyambung pengajian semester ke-2 di UIA.Alhamdulillah setelah lulus English Proficiency Test(EPA) kelolaan UIAM sendiri pada semester sebelumnya,penulis dapat mendaftar subjek pengajian Master di bawah Jabatan Fiqh&UsulFiqh untuk semester kali ini.Untuk pengetahuan pembaca@pengunjung,semester pertama hanyalah kursus Bahasa Inggeris sebagai syarat daripada pihak UIAM sebelum memasuki kuliyah sebenar.

Tempoh awal semester ini amat menyeronokkan kerana penulis dapat ‘kembali’ menemui pengajian yang menggunakan B. Arab sebagai pengantar.Tidak dinafikan semester sebelumnya juga menyeronokkan dan bermanfaat.Cuma kali ini lebih serasi.

Dalam pada itu,penulis juga sedang menunggu surat penempatan sebagai pensyarah politeknik setelah menerima surat menyatakan kejayaan temuduga untuk jawatan tersebut.Akhirnya,setelah 2 minggu kembali ke UIA,surat penempatan tersebut sampai ke rumah penulis.Tanpa terjangka,penulis ditempatkan di Sabah.Betul-betul satu kejutan kerana penulis tak terfikir langsung dapat ke sana kerana penulis dapat maklumat masih banyak kekosongan di semenanjung.Ketika itu,fikiran penulis berkecamuk dan berbelah bagi sama ada meneruskan pengajian MA atau menerima kerja yang ditawarkan.Sayang kerana MA baru bermula dan sayang juga untuk menolak tawaran pekerjaan Tetap.Perancangan sebelum ini jika ditempatkan di semenanjung,MA dapat diteruskan secara ‘part-time’.Tetapi situasi begini menyebabkanan,seandainya menerima tawaran pekerjaan tersebut,pastinya MA ditangguhkan dahulu dan seandainya pula MA diteruskan,belum tentu ada tawaran sebegini akan diterima.Lantas, istikharah adalah jalan yang Terbaik!

Alhamdulillah,berdasarkan naluri penulis yang diharapkan itu adalah ilham dari Allah Yang Maha Kaya,penulis cenderung untuk menerima jawatan tetap tersebut dan boleh disimpulkan terdapat beberapa sebab yang mendorong keputusan tersebut :

Pertama : Sabah adalah sebuah negeri yang didiami oleh masyarakat yang mempunyai keseimbangan populasi penganut agama Islam dan bukan Islam(Penduduk Islam bukan majoriti).Masyarakat Islam di sini pula masih memerlukan bimbingan para agamawan.Penulis berazam untuk menjadi pembimbing tersebut.(Ya Allah,bantulah hambaMu ini untuk membimbing umat kekasihMu di sini).

Kedua : Menyambung pengajian di peringkat MA mungkin lebih bersifat memberi faedah hanya kepada diri sendiri sedangkan pada masa yang sama khidmat kita diperlukan serta-merta.Lebih-lebih lagi di Sabah dan sama sekali bukan bermakna kewajipan menuntut ilmu itu tergugur.(Mudah-mudahan Allah memberiku peluang untuk menyambung pengajian MA pada masa akan datang.)

Ketiga : Restu dan redha dari orang tua penulis serta sokongan dari saudara-mara,kenalan dan sahabat penulis.

Bertitik-tolak dari itu,penulis melaksanakan beberapa urusan berkaitan penangguhan kuliah dan persediaan untuk berangkat ke Sabah.Beberapa kali terpaksa penulis berulang-alik ke Kuala Lumpur sehinggalah penulis melapor diri di Putrajaya pada 4 Januari yang lalu dan seterusnya bermusafir ke Sabah pada 7 Januari 2010.

Akhir kalam,buat sekadar ini sahaja yang boleh penulis kongsikan terlebih dahulu.InsyaAllah,untuk entri akan datang,penulis akan ceritakan serba sedikit situasi yang berlaku dan yang dihadapi penulis di Sabah ini.

Wallahu a’lam.

20 Januari 2010-8.20 malam,
Politeknik Kota Kinabalu,
Menggatal,Sabah.


02 Januari 2010

Persediaan Bekalan...

إذا مات إبن آدم انقطع عمله إلاّ من ثلاث : صدقة جارية , وعلم ينتفع به من بعده , وولد صالح يدعو له

أو كما قال صلّى الله عليه وسلم