الحمد لله والشكر لله
Alhamdulillah...
Tiada ungkapan yang selayaknya melainkan puji-pujian yang selayaknya bagi Allah SWT. Perjalanan menempuh pengajian sarjana ini bukanlah satu cerita baharu. Saat pertama adalah saat mendaftarkan diri di UIA pada sekitar Jun 2009. Namun, takdir Allah menentukan diri ini menempuh semester pertama dengan pengukuhan kemahiran Bahasa Inggeris sebagai syarat kelayakan universiti. Selesai menempuh satu semester tersebut, barulah diteruskan dalam pengajian sebenar dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh di UIA..
Takdir Allah mengatasi segalanya, tawaran pelantikan tetap sebagai pensyarah politeknik tidak mampu ditolak ketika pengajian di bidang fiqh baru berusia sebulan. Sempat mendapat tugasan assignment daripada pensyarah ketika itu. Pengajian di UIA terpaksa ditamatkan setelah 2 semester ditangguhkan lantaran tuntutan kerja dan sistem pengajian UIA yang tidak mengizinkan pengajian tersebut diteruskan.
Keinginan untuk meneruskan pengajian tidak pernah terpadam. Pertengahan 2012, bertempat di Kolej Yayasan Sabah (KYS), Kota Kinabalu, UTM melalui Pusat Penyelidikan CFIRST telah mengadakan taklimat berkaitan pengajian yang ditawarkan mereka. Walaupun pengajian yang ditawarkan dalam bentuk penyelidikan sepenuh masa, namun diri ini menganggap ia adalah cabaran baru yang perlu dicuba. Lagipun Dr. Arief Salleh dan Dr Farahwahida yang menyampaikan taklimat itu dalam waktu-waktu tertentu datang ke KK untuk melaksanakan penyelidikan dan mengambil peluang menilai draf cadangan penyelidikan bakal-bakal pelajar ketika itu. Akhirnya November 2013, setelah draf cadangan penyelidikan telah dinilai dan dibuat beberapa pengubahsuaian, kami mendaftar masuk ke UTM Skudai.
Bersambung...
.:: penahafiy ::.
17 Oktober 2017
19 September 2016
Transisi Utama 2016
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Transisi kehidupan penulis..
Dari Politeknik Kota Kinabalu Sabah selama 6 tahun 5 bulan(8 Januari 2010 sehingga 28 Mei 2016)..
Sekarang di Politeknik Mersing Johor bermula 1 Jun 2016.
Tarikh 3 Oktober bakal menjelma untuk melengkapkan transisi ini.
Moga Allah memberkati kesemuanya...
05 Mei 2015
TAHAP KEFAHAMAN IBADAH SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR PEKAK DAN BISU BERAGAMA ISLAM DI POLITEKNIK KOTA KINABALU
TAHAP
KEFAHAMAN IBADAH SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR PEKAK DAN BISU BERAGAMA ISLAM DI
POLITEKNIK KOTA KINABALU
Khairul Fitri Bin Mohd
Politeknik Kota Kinabalu
e-mail: fitri@polikk.edu.my
Abstrak
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar pekak
dan bisu di Politeknik Kota Kinabalu terhadap ibadah solat yang dilakukan
setiap hari. Berdasarkan pemerhatian awal penyelidik, didapati terdapat jurang
pergaulan antara pelajar-pelajar pekak dan bisu di Politeknik Kota Kinabalu
dengan pelajar-pelajar normal. Pergaulan mereka terhad terhadap kalangan mereka
sahaja atau dengan mereka yang boleh berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.
Keadaan ini membawa kepada pelbagai persoalan terutamanya berkaitan kefahaman
dan amalan ibadah solat mereka. Justeru, antara objektif kajian yang dijalankan
ini adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar pekak dan bisu berkaitan
prinsip dan hukum-hukum berkaitan ibadah
solat di dalam agama Islam dan pengetahuan mereka bagaimana pelaksanaannya.
Kaedah pengumpulan data yang dijalankan ialah secara kualitatif iaitu dengan
menggunakan kaedah pemerhatian terhadap amalan mereka dalam menunaikan ibadah
solat di Pusat Islam dan juga menggunakan kaedah temu bual secara bertulis dengan
dibantu seorang pensyarah bahasa isyarat yang menerangkan maksud soalan temu
bual yang dikemukakan. Pensampelan kajian yang dijalankan ialah melibatkan 14
orang pelajar pekak dan bisu iaitu 8 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar
perempuan untuk semester satu, dua dan empat yang aktif untuk semester Disember
2013. Hasil kajian ini mendapati kebanyakan pelajar mengetahui kedudukan ibadah
solat di dalam Islam, hukum-hukum berkaitan ibadah solat serta kaedah
pelaksanaannya. Hanya sebilangan kecil daripada mereka sahaja yang tidak
mengetahui terhadap persoalan yang dikemukakan. Berdasarkan kajian yang
dijalankan ini, penyelidik berpendapat bahawa pelajar-pelajar pekak dan bisu
perlu didekati, difahami dan dibantu oleh orang-orang normal agar kemajuan dan
pencapaian mereka seiring dengan orang-orang normal terutamanya berkaitan
persoalan yang penting di sisi agama seperti ibadah solat.
Kata kunci : pekak, bisu, solat, Politeknik
Kota Kinabalu, bahasa isyarat
03 Julai 2012
Perkembangan Terbaru...
Bismillahi rahmanirrahim
Alhamdulillah...setelah kira-kira hampir setahun lebih jari-jemari ini tidak menari-nari di papan kekunci ini untuk menitipkan sesuatu di blog ini, hari ini penulis terpanggil untuk kembali menulis dalam rangka untuk mengasah kembali kemahiran menulis dan menaip sesuatu sebagai satu perkongsian.
Tanggal 27 JANUARI 2009 adalah satu tarikh yang menggamit memori penulis lantaran pada tarikh tersebutlah penulis telah pulang menjejakkan kaki ke tanah air penulis untuk menyambung perjuangan para nabi menyampaikan ilmu dan dakwah setelah hampir 4 tahun lebih bertungkus lumus menuntut ilmu dan pengalaman yang berguna di Mesir Bumi Anbiya'. Pada masa sama, rakan-rakan penulis yang telah tamat juga pulang untuk sama-sama menabur bakti di tanah air sendiri. Cuma tarikh pulangnya berbeza.
Alhamdulillah..setelah hampir lebih 3 tahun berlalu semenjak dari tarikh tersebut, Allah telah menetapkan penulis untuk berbakti di Bumi Bawah Bayu iaitu sebagai pensyarah di Politeknik Kota Kinabalu bermula Januari 2010 yang lalu. Walaupun terpaksa mengorbankan pengajian Master di IIUM Gombak, sebenarnya Allah lebih mengetahui segala-galanya.
Sebagai perkongsian, terdetik penulis untuk menyebut beberapa rakan yang telah berkhidmat di tempat bertugas masing-masing.
1. Mohd Yusri Muhammad Azmi --> Guru di Sekolah Agama kelolaan MAIWP di Bandar
Tun Razak, Kuala Lumpur
2. Syed Muhammad Syahadi --> Guru di Kuala Lumpur
3. Saiful Nizam Mukhtar --> Pensyarah Politeknik Sultan Ahmad Syah, Kuantan
4. Ahmad Najib Mohd --> Peguam Syarie , Jabatan Kehakiman Syariah
Terengganu
5. Ahmad Mahyuddin Mohamad --> Guru JQAF di SK LKTP Belara
6. Kamal Mamat --> Pegawai Agama, Pejabat Mufti Terengganu
7. Harun Ali --> Penolong Peg. Agama,
Pusat Islam Universiti Malaysia Terengganu
8. Abd. Manaf Mamat --> Guru SAM Tanjung Karang, Selangor
9. Abdul Al-Hakim Razalli --> Pegawai Agama, JAKIM Sabah
10. Mohd Ridzuan Mahmud --> Guru JQAF SK Paya Bunga, K. Terengganu
11. Ibrahim Fahmi --> MASTER di Mesir
13. Ahmad Busra --> MASTER di Mesir
Di rumah Ust Rizq Syahatah di Zaqaziq
Untuk makluman, ini sekadar senarai kawan-kawan yang satu batch dari SMAASZA lagi. Ramai lagi kawan-kawan yang lain yang turut terlibat menyumbang kepada pembangunan ummah. Mudah-mudahan segala usaha kami ini diredhai Allah.
Sekian.
29 November 2010
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Segala puja dan puji diucapkan buat Rabbul Jaleel yang telah memberi keizinanNya untuk penulis melangsungkan aqad nikah dan walimah pernikahan....Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah membantu dan melicinkan perjalanan pernikahan penulis dan tidak lupa juga kenalan yang telah datang menghadiri walimah pernikahan penulis dan isteri...
08 November 2010
21 Oktober 2010
PERHATIAN !!! : Semua Pemegang Akaun Maybank
All Maybank Account Holders / Semua Pemegang Akaun Maybank
Whoever has the Maybank account number with ATM card, please be careful when withdrawing money through ATM machines,
Kepada semua pemegang akaun Maybank, disarankan berhati hati bila membuat pengeluaran wang menggunakan mesin ATM.
1. For the first time when you enter the right pin number, a message 'invalid pin number' pops up.
1. Bila anda menekan no. pin (6 digits), pemberitahuan 'nombor pin salah' terpapar di skrin.
2. Then, when you enter your pin number for the second time, a message 'invalid pin number, please call this number 'xxx-xxxx' pops up.
2. Bila menekan no. pin kali kedua, pemberitahuan 'nombor pin salah', sila hubungi nombor telefon 'xxx-xxxx' terpapar di skrin
3.. If you call this number, you will lose all your money.
3. Jika anda membuat panggilan, anda akan kehilangan semua wang anda.
NOTE: If you encounter the above matter, please DO NOT call the number. One of my friends just lost RM70000 on last Sunday and Maybank checked his last transaction was on that day itself even though he did not withdraw any money. Please forward this to your friends.
Nota: Jika anda menghadapi masalah diatas, and dinasihatkan untuk tidak membuat panggilan tersebut. Pernah berlaku dimana pelanggan tidak membuat pengeluaran tetapi kehilangan semua baki simpanan.. Sila maklum kepada semua kenalan
Best Regards,
Normah Zakaria
Credit Risk Management
Level 29, East Wing
Menara Maybank
Whoever has the Maybank account number with ATM card, please be careful when withdrawing money through ATM machines,
Kepada semua pemegang akaun Maybank, disarankan berhati hati bila membuat pengeluaran wang menggunakan mesin ATM.
1. For the first time when you enter the right pin number, a message 'invalid pin number' pops up.
1. Bila anda menekan no. pin (6 digits), pemberitahuan 'nombor pin salah' terpapar di skrin.
2. Then, when you enter your pin number for the second time, a message 'invalid pin number, please call this number 'xxx-xxxx' pops up.
2. Bila menekan no. pin kali kedua, pemberitahuan 'nombor pin salah', sila hubungi nombor telefon 'xxx-xxxx' terpapar di skrin
3.. If you call this number, you will lose all your money.
3. Jika anda membuat panggilan, anda akan kehilangan semua wang anda.
NOTE: If you encounter the above matter, please DO NOT call the number. One of my friends just lost RM70000 on last Sunday and Maybank checked his last transaction was on that day itself even though he did not withdraw any money. Please forward this to your friends.
Nota: Jika anda menghadapi masalah diatas, and dinasihatkan untuk tidak membuat panggilan tersebut. Pernah berlaku dimana pelanggan tidak membuat pengeluaran tetapi kehilangan semua baki simpanan.. Sila maklum kepada semua kenalan
Best Regards,
Normah Zakaria
Credit Risk Management
Level 29, East Wing
Menara Maybank
Langgan:
Catatan (Atom)